Friday, September 18, 2015

Welcoming Titi and Tutu

As salam.

Cuti hari Malaysia haritu ,kitaorang takder benda nak buat pun.Jenis takleh duduk rumah,macam tu lah kan.dah la tengah jerebu ,so macam malas nak kuar pun ada.tapi,nak kena keluar jugak sebab lauk dalam fridge dah habis ,so nak kena lunch jugak la.

Lepas makan,alang-alang dah bersiap bagai ,tetiba dah sampai IOI Mall putrajaya.this was our second time here.tobat la ,lepas ni tak mai dah.punya ramaiiiiii giler orang.mujur la dah makan,kalau tak memang kebuluran la.

Tengok queue semua restoren penuh.stall nak beli cream puff pun long queue.mak aih.ni kalau si ahmad nampak,dia kata,rakyat msia kaya jer.penuh sopink mall.dia tak tau ke,orang macam i ni p sopink mall sebab nak amik ekon ?? tehehehehe.

Balik IOI Mall,singgah putra heights nak tengok new anak saudara.baby girl baru lahir dalam 10 hari gitu.my cousin yang bersalin anak pertama dia.
Kazen i ni doc kat one of  govt hospital, tapi bersalin kat swasta.i tanya hasben dia,awat tak bersalin kat hospital dia keja jer.hasben dia jawab 'dia segan kot' ekekekeke.rasa nya macam paham jer perasaan tu kan. T______T.




Geram tengok baby.putih suci bersih.eii tidoq ja dia ni tau.macam eryna dulu.siang tidoq,malam berjaga.ni, dah nak maghrib sedap ja dia tidoq.rindu nya bau baby.insya allah tahun depan yek.

Kalau ikut kan, baby amni ni adalah cicit yang ke 21.sayangnya arwah tok dan tokwan tak sempat tengok cicit-cicit depa.al fatihah untuk arwah mereka yang dah meninggal kan kita.

After maghrib,dah makan,so nak balik la rumah.naik atas kejap.sekali,eryna nampak tortoise.cu anas ada beli tortoise 3 ekoq.ralit dia tengok benda alah tu gerak-gerak.




Eryna ni memang suka haiwan.pencinta haiwan la.bagi la apa jenis pun,selamba ja dia main.tapi,bukan la lipas ke cicak ke.yang cute macam arnab,kucing tu dia memang suka.maybe sebab dia suka fish ,so dia nampak tortoise tu terus excited.yang best tu, crocodile pun dia kata cute,yer la,yang kartun memang la cute..cer tengok yang real.ha,baru tau.

Since,she loves tortoise so much,balik ja dari rumah pak su tu,teruih g aeon big nak beli.sebab kat situ,ada pets shop.hasben kan sibuk nak bela ikan,so dia rajin la p situ.

Tortoise long tail gitu harga RM 18 sekoq.uiii boleh tahan harga nya.ingatkan sekoq 5 hengget.kehkeh..depa ada pakej, beli tank ( rumah ) untuk tortoise tu,all in dengan makanan,aksesori and 2 ekoq harga RM 55.kalau beli asing-asing ,tank tu saja dah RM 29.so kalau beli 2 ekoq, dah jadi RM 29 + RM 36 = RM 65.belum campur aksesori and makanan.dasar akaun sangat ,kira sampai ke dasar.

So,deal la,amik tank tu.amik yang besar terus.aksesori tu ada la 3 batang pokok and batu kaler-kaler tu.jadik la.nanti la beli jambatan so that depa tak la boring duduk berdua dalam tu.lupa nak tanya jantan ke betina.kang kalau sama jantina ,tak memasal perbuatan sumbang pulak.abis,dah duduk berdua jer dalam tu kan..




Senang jer nak bagi makan.depa makan dua kali sehari.so,bagi udang kering 2 ekoq,and food dia tu 2 ketui.done.kalau tak abis in 5 mins,buang jer.nanti malam makan lagi.bekas tu basuh la dengan chlorine kasik bersih.ini semua ada dalam pakej tu.




So far,memasing excited la sebab benda baru.risau eryna jer.sebab dia dok sergah tortoise tu.terkejut la depa.sian depa,terpisah dari kawan-kawan.uhuk uhuk.

Lepas tu,bawak keluar sat semalam dari bekas.nampak yang sekoq tu macam agresif sikit,tak cukup tanah dia berlari.mesti feeling nak escape tu.sian pulak kan.kejam kah kami ??? gituuu...




Kami tanya eryna,nak bagi nama apa.dia jawab "tortoise la". pastu penat explain,yer la dia ni tortoise,tapi kena ada nama.so, kita bubuh nama Titi dan Tutu ok tak ? memula dia ok.pastu bila i panggil "titi ,tutu", kemain lagi dia marah i cakap " ni tortoise la..bukan titi tutu"...pulak dah..baik lah.apa-apa lah no.janji jaga elok-elok.kurang ada la benda dia nak layan dari asik main jer.

Pastu,baru teringat ,next week nak balik kg,kan raya haji.arghhh sudah,takkan nak bawak balik??? anyone want to adopt ? hehehehhee.

xoxo.










3 comments:

Nabihah Arrose said...

Comelnya eryna, panggil tortoise je mungkin takde idea lah kowt erynanak bagi kura-kura tu nama apa :-)

Nabihah Arrose said...
This comment has been removed by a blog administrator.
FadMN said...

Hi nabihah arrose.tulah dia.senang nak ingat panggil titi tutu kan :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...