Friday, August 14, 2015

Sambut kat taska pulakkkkk

As salam.

I tak busy sangat.tapi,time nak tulis blog,mesti ada yang lalu lalang dekat tempat.so,kita macam nak kaver sikit la,kang nampak sangat dok layan blog waktu opis.pekerja cemerlang sangat.

Tadek citer best sangat pun,cuma last week finally dapat jugak buat majlis besday budak kenit tu.tak habis-habis dalam blog ni citer pasal besday dia saja.anak sorang la katakan.nak cerita pasal sapa lagi kan.

So, jumaat lepas,pukul 430 pm i dah chow.bagitau boss kata nak celebrate besday anak.suka hati jer kan.hahaha.pastu,berdesup pick up kek.tengok jam dah nak dekat pukul 5 pm.nerves la mak kau ni,sebab nya cikgu cakap,1st besday session will be pukul 4 pm.so,eryna punya turn will be at 5 pm.





Sampai elok pukul 5 pm,cisss baru nak nyanyi kot.agaknya mak bapak budak tu pun baru sampai.tunggu la i terlangok depan gate dalam 15 mins tengah panas.pftttt.sebab taska tu jenis takkan bukak gate kalau tak berkenaan.padahal,nak sambut besday anak kat dalam tu kot.hmmm.tapi,in case emergency depa bagi jer masuk.agaknya tak nak eryna hilang fokus kot.sebab time tu tengah nyanyi lagu kat member dia.

Order kek butterscotch sebab haritu dah makan kek choc.yang besday lagi satu tu dia bawak kek choc.mujur tak sama.kalau tak,muak la makan choc dua kali.tapi,cikgu ramai,depa la perabis.parents yang lagi satu tu ada bawak nugget.so,next time,rasa nya baik bawak makanan jer macam fries ker.but,tau la budak-budak ni,nak main jer lebih.

Hasben pun sampai on time.gelabah dia keluar awai dari cyber.last-last dia tunggu dalam keta while waiting majlis yang 1st tu settle.dah abis budak makan kek,baru la turn eryna.





Budak ni kan,nampak jer we alls,dia ingat time dia nak balik.siap dah g amik kasut.pastu ter confuse apesal kena duduk pulak.pastu nampak kek suka la dia.

Ingat nak beli la kek yang lawo-lawo deco tu,tapi budget tak cukup,hahahaha.beli kek ni pun sengih sampai telinga dah.nak tiup lilih jer tu.tapi,sayang nya,api tak dak.boleh la buat pantun :

Nak tiup api kat lilin,
Api takdak.hahahaha.


So,nyanyi-nyanyi jer la pastu eksyen tiup lilin.sebab taska tu takdek dapur.memang la tadek api.makanan semua depa masak kat rumah pengetua taska tu.pagi-pagi dia akan bawak kan.
Then, both hasben and ayah budak lagi sorang tu tak merokok.memang tadek api la...




Dengan bestfren dia yang baju frozen tu.muka dah macam seiras.budak ni tua setahun dari eryna.sebab tu dia panggil kak darina.nama pun dah nak dekat sama.memula tu tengok,eh betul ke korang bestfren.ambik gambaq pun kaku jer.sengih apa pun tak.lama-lama baru nampak depa bersembang.nak kaverina la tu...




Yang paling depa excited..belon.tu berebut-rebut pakat nak belon.
Ni dah bagi suh cikgu tiup kan dulu.susah nak ambik sebab cikgu gantung kat gate.tu yang pakat dok kerumun hasben tu.mintak pakcik tolong amikkan ..ehehe.





Goodies bag frozen tu,yang first besday punya.so,ours yang kecik kat tepi tu.hahaha,macam elok pulak sebab yang frozen tu parents dia bagi set stationery.yang eryna pulak makanan.paling best, bila budak nak balik,cikgu letak party pack eryna dalam beg frozen.kat party pack tu pulak nama eryna.mesti orang ingat both beg tu eryna punya.sebab frozen tu takdek nama.kihkihkih..





Geram betul tak nak bergambar.ni jer paling senonoh.eiiiiii.
Yang dia sibukkan tang belon jer.tak kira,nak print gak kat photobook so that besaq nanti,bila eryna tengok baru dia tau perangai dia yang cantik molek tu...



Gambar kenangan kat entrance taska.ni pun tangkap banyak kali,ni jer la yang senonoh pun.pfffttttt.
Janji mak mentain tengok kamera ya..

Ok,itu jer cerita berkurun.pasni nak g open house opis pulak.
xoxo.


1 comment:

wa said...

Meriahnya...:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...