LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, August 27, 2015

Ciken rice shop

As salam.

Tajuk tadek kena mengena dengan cerita.
Hari isnin haritu kot, lepas balik office ,kami p paradigm mall.mujur la rumah tak jauh sangat and jalan pun tak jem.sebab utama,nak tukar package celcom.sebelum ni,i guna pakej time zaman dulu-dulu.unlimited internet pastu ada la few benefits i pun tak ingat.bayar bulan-bulan RM90 kot,but i cuma guna half of it je kot.rasa macam rugi,.sebab kat rumah ada unifi ,and kat office pun wifi laju.macam tak berapa guna la data kita tu.dah la call pun jarangggg.call kampung jer kot.dengan family pun whatsapps ja guna.mak i olls pandai whatsapps u..

So,celcom ada offer RM48 per month for postpaid.tapi internet 2G jer la.ok la tu.lagipun guna pun tak banyak.walaupun i dapat phone allowance co bayar every month, still macam tak guna sangat.lagipun depa bagi cash monthly,tak kena submit bill telefon ke apa pun.baik la i guna duit tu buat makan ke apa ke kan.ehehehehe.

Intro panjang nya hai..after dah settle semua kat celcom,solat pastu nak dinner.cari old town tak jumpa.rupanya dah tutup.baru berapa bulan ja tak singgah situ..dah tutup pulak.
Pastu,teringat,ada voucher kedai 'ciken rice shop'.maka berdondon la kami 3 beranak.




Kami ni fesyen suka duduk kat kerusi panjang.alah,yang boleh sandar kat dinding tu.tak suka duduk tengah-tengah alam tu.kat selang meja sebelah,ada satu family bertiga jugak la .ada baby.
Biasa la,eryna kan memang pot pet jer kejanya.so,dah masuk ciken shop,mula la dia tanya itu ini.anak bijak kata nya *cough cough* ..sambil tengok menu ,sambil mulut bising 'mama,ayam'. ( siap bunyi ayam..okookkkkkk -kuat la jugak ).pastu, i cakap la 'syshshsh slow sikit'..tapi,nama pun budak,makin dia syok ada la.i perasan la meja sebelah tu,duk tengok je anak haku yang comel tu *cough cough* sambil muka tak puas hati sebab anak aku duk bunyi ayam.

Pastu,tetiba tengah pot pet tu,belon yang dia dapat ( actually ,yang hasben terpaksa tebalkan muka p mintak kat juice kiosk sebab dia nak jugak belon oren tu T______T ) ,pecah..pooom gitu...i olls kat sebelah pun terkejut la.at the same time,eryna start menangis 'nak belon..nak belon' and i pulak dah start rasa guilty la sebab teringat baby tu.

I ni,niat nak mintak maaf la sebab anak haku tetiba bagi anak dia terkejut,tapi muka mak baby tu macam-nak-mintak-lempang.seriously.muka tak leh  blah.macam "eh,boleh tak bawak anak kau keluar dari sini"..gitu expression nya ..wah dramatik sangat.baby tu pun rileks jer bukan nangis pun LOLssss.terus la i tak jadi nk say sorry ,sambil tu dok pujuk eryna yang tengah nangis tu.i cakap la jugak "tak nak nangis,kesian baby'..something like that la..pastu,dia diam bila bagi buku menu.and waiter tu janji nak bagi new balloon..


So,berbalik kepada new parents meja sebelah tu,sepanjang makan,dok menjeling anak haku.wahhh,..hangin mak.dah kenapa pulak.budak kot.mentang-mentang la anak dia baby tak boleh berjalan lagi,memang la duduk elok.kau tunggu la besar sikit nanti,anak aktif tu bijak tau dak *emosss*..


Pastu,entah cemana,sebab rasa annoyed,i sambil makan sambil cakap "eh..pandang-pandang apa.hang tunggu la anak hang besaq nanti,tengok la buas macam mana.silap-silap lagi teruk"ok,my bad.masa tu tengah marah kan.so geram la.hope dia dengar.hahahaha.i cakap tu macam bunyi membebel jer.bukan la bunyi speaker.walaupun hakikat memang sora macam petir.

I remembered, masa eryna baby dulu,i jarang la nak bawak dia expose to people and if ada budak lain yang bising ke apa ke.i tak salahkan budak tu pun.sebab budak aktif nak membesar kot.bukan nya dia p panjat meja ka ,tumpah kan barang ka apa ka.eiiii geram pulak orang yang feeling-feeling over protective ni.lain kali,tak yah la bawak baby tu berjalan  malam,dah ganggu time tidoq dia.pastu nak jeling-jeling orang.

Time waiter tu bagi belon baru kat eryna,i tengok mata dia macam nak terkeluaq.eiii korek mata baru tau.dia punya kejap tengok kejap tengok meja orang tu so annoyed.itu pun i baik hati, i cuma cakap "tak yah main belon,nanti pecah dah takder yang baru." patut nya i cakap jer macam ni "tak yah main la belon ni,kang pompuan gila kat sebelah ni sawan"..ataupun, bagi jer eryna main pastu aku g cucuk belon tu bagi pecah..ha,tu kalau jahat la..




Saya suka..saya suka nasik ayam..mujuq la kau sedap kan..kalau tak,emosss jer sepanjang balik rumah.ehehehehehe.
ok,itu jer nak cerita.motip nya,jangan nak jeling anak orang sangat laaaaa.T_________T.
xoxo.



3 comments:

Nastyna said...

Eh ko tak nak bunyi bising-bising, ko duduk umah kunci pintu pasang dinding foolproof. angin jugak haku yang baca pon. Omg I can imagine how u feel, ni pesen ibu baru mmg gitu, ingat dia la ibu thorbaik. tunggu... tengok canner anak dia esok2.

FadMN said...

hahaha kan.. korek mata baru tau.meluat dengan jelingan setiap seminit tu.dah naper senahh..hehehe.kita ada anak yg membesar ni mmg terasa kan.hehehe.dok ingt gak,masa anak kecik dulu,takder la kita over sgt pun.rilek jer pun. :)

Nastyna said...

ni I teringat masa me and Jelita umur 7bulan kot masa tu fly ke Jerman ni, ada minah sebelah tu baby dia kecik sikit la dari my Jelita, and we had transit kan, so bebudak sakit la telinga even kita orang tua ni pun tak terkata sakitnya, and my Jelita nangis la kejap, boleh dia jeling kami.. heyyy, we just had 7hours flight earlier ok, ni lagi sekali terbang naik, kasi la can budak nangis. kalau orang yang takder anak buat macam tu, I still boleh terima depa tak faham, ni mak mak kalau buat gitu, sentap nya 50percent weh.
Kalau mak mak yang normal ni, bila tengok anak orang mengamok ker, menjerit ker.. we will just give a sympathy look and smile. Itu kebiasaannya kat sini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...