LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, August 7, 2015

Buat party pack untuk eryna.

As salam.

Hari ni ,0708 birthday eryna yang ke 3 tahun.kalau dekat FB semua dah tau la,yang i celebrate dua kali.hahaha.haritu,saja jer beli kek kecik khas untuk potong kat rumah.saja la amik berkat bulan Islam.Masa celebrate hari tu ,just beli kek kecik and nyanyi bertiga.tu pun dah tersipu-sipu malu.

Since masuk taska ni,asal hari jumaat ja mesti eryna bawak balik party pack.sebab kat taska tu,untuk celebrate birthday cuma hari jumaat.hari lain depa dah ada aktiviti berjadual.hari jumaat yang loose sikit.kebetulan pulak,hari jumaat jugak hari ulang tahun kelahiran.sedang elok la tu.

Tanya dekat cikgu,berapa banyak budak ada.nak prepare party pack.sekali cikgu cakap 60.tu dia,ramai nya.nampak macam tak ramai ja budak kat dalam tu.actually taska tu attach rumah corner lot depan belakang.yang setahun ke bawah duduk rumah belakang.dua tahun ke atas rumah depan.and depa cuma amik until 5 years jer.mungkin sebab kawasan rumah luas,so tak nampak macam ramai.





Gigih p mydin subang nak beli borong.plus mydin kan absorb GST ,so kita sanggup redah jer.ehehehe.memula dah p GM Klang hari sabtu,duk ingat kot la ada jumpa barang yang best-best.bila sampai sana,macam errrr..apakah.dengan ramai orang.and almost get lost.dah serupa dongdaemun kat korea sana.last-last balik macam tu ja.tobat takmau p dah.hahahaha.kesian kat budak la,sesak sangat dalam tu.





Mydin ni,ada floor paling atas tu,depa jual barang borong.so,kalau nak buat banyak tu,better beli sini.ada la diskaun sikit.kami budget satu budak RM5.mula-mula nak beli tabung,tapi lepas tu fikir balik,budak-budak baya ni,kang depa balik rumah,main campak ja.kalau beli makanan,at least la depa makan.so,fokus kepada makanan sudah.




Kat floor atas ni tak ramai orang.boleh bershopping dengan tenang.eryna siap boleh memveraks.pastu toilet kat atas ni wangi and bersih,bagus gak dia veraks kat sini.ahahahaha.kalau anyone yang berniaga tu,elok gak beli kat sini.penjimatan gitu.macam tabung yang kami duk usya tu,kalau beli 120 biji,baru RM3, cantik and besar lak tabung tu.gerammmmm .tapi lebihan 60 tu takkan nak buat jualan amal pulak.koser la pulak...




Beli milo kotak ,biskut julies,chuppa chups and dadih.kadang-kadang nak beli jajan ni risau gak.sebab bukan semua parents bagi anak depa makan kan.basically ,yang kami beli ni adalah benda yang eryna suka makan.minus chuppa chups tu,sebulan sekali la baru bagi.kang rosak gigi.

Milo tu,jatuh RM 1.05 jer.beli 3 papan.ada lebih 12 kotak,buat stok kat rumah.chuppa chups,satu bekas tu ada 100 ,RM50 jer.dah ada lebih 40 pcs tu sapa nak makan banyak-banyak tu.hahaha.dadih tu murah jer.dalam 1 pack ada 15 ,so beli 4 pack,baru RM 12 kot.
Biskut julies tu beli 2 flavour,kacang and cheese.Total belian haritu dalam RM 170 macam tu.still on budget.nanti lebihan tu nak beli kek and party bag tak jumpa pulak kat mydin.



Cari party bag tak jumpa yang berkenan.ingat nak beli beg kertas kaler coklat tu.tapi,tak tau nak carik kat mana,balik dari opis,singgah giant and beli rainbow bag ni.beli sebab baca blog kak eynda.ehehehehe.actually,rainbow bag ni lagi sesuai kalau letak benda yang ringan dan lembut.tapi,not bad jugak,sebab macam ok ja waktu letak semua jajans tu.

Yang tulis birthday eryna tu,paksa abah dia buat supaya nampak involvement.bab susun barang dalam party pack tu confirm la dia tengok saja.jadi,kita bagi kerja yang paling mudah.mujur jugak plastik pack tu mau lekat elok bila tampal dengan glue stick tu.



Dah tampal,lepas tu tunggu masa nak letak jajans dalam tu.eryna tolong sekali.mula-mula buat,dia dah masuk bilik.sekali,boleh pulak dia keluar bilik.nampak dok buat ni,confirm la takmau tidoq.nak tolong kata nya.tapi,dah bagi syarat ,tolong aja.tak boleh ambik.sebab yang ni nak bagi dekat kawan-kawan.





Tadaaaa...ini hasil nya.tapi,ni 30 packs jer baru.semalam baru settle 60 packs.stickers comel tu dah include dalam rainbow bag tu.boleh beli dekat giant, sections aluminium foils tu.harga satu bag tu dalam RM6.80.satu bag tu ada 30 keping.ngam-ngam la untuk party pack ni.dekat rak tu pun memang ada 2 bag jer lagi.laku gak tu.lepas ni nak beli lagi la.buat bekal anak-anak g sekolah pun cute ni.kertas ni jenis kalis air,and tak mudah koyak.unless kalau ganas,memang la hancur.

Pagi tadi dah letak kat taska siap-siap.hari ni,planned nak balik awal sikit.nak g amik kek and dalam pukul 5 pm majlis start.hari ni ada dua birthday.yang sorang tu start pukul 4 pm.mula-mula tu drama la jugak,sebab dah ada orang book hari.i cakap,gabung jer la.depa kata susah la combine sebab last time ,ada budak nangis takmau combine.nak full attention kat dia jer.cehhhh.kecik-kecik dah pandai demand yer budak sekarang.i kata ,bukan nak combine kek.combine majlis jer.mujur parents ni tak kisah,dia kata dia buat awai.and i buat after that...

Ok,back to work la..dah la nak balik awal,lagi main blog pulak..
xoxo..






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...