LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, July 22, 2015

Selamat hari raya..hari ni dah kerja :(

As salam.

Sapa dah masuk opis hari ni boleh la high 5 !!!!sobs sobs sangat sebab planned nak cuti sampai jumaat tak diluluskan.kejam sangat kot.dah la taska eryna cuti sampai jumaat,so hari ni kena bawak dia masuk opis sekali.parah la,melayan dia saja.bukan nak duduk diam sangat,mujur jugak kat opis ni tak ramai sangat orang,so dia lari kejap g sana kejap g sini pun ok lagi.


Btw,kami balik kampung hari selasa,gerak dalam pukul 5 petang.alhamdulillah,jalan tak jem.stop bukak puasa kat RTC ipoh.sapa yang biasa ikut PLUS mesti singgah sini sebab ada mydin mall.lepas tu,ada playground.sementara mak ayah gilir solat,boleh bagi anak main kat sini.




Mujur jugak orang tak ramai,so dapat berbuka dengan tenang.elok pulak ada mainan kat tepi tu,sambil suap makan,sambil main,habis sepinggan..legaaaa..kalau tak,memang tak tenteram nak makan.dah la tu,nasi kandaq kat sini sedap la pulak.kan dah teringat.




Sebab rest lama sangat kat RTC tu,bertembung pulak dengan jem.tapi,tak la teruk mana sangat.slow moving.rasanya balik masa CNY lagi jem.almost 12 hours stuck.alah bisa,tegal biasa.apa la erti nya balik kampung kalau tak merasa harung jem.ye dak ?? 

Sebab balik awal dua hari,dapat la merasa puasa kat rumah ayah and in law.baru adil ,merasa sorang sehari.i takdak preference sangat bab nak mengidam makan apa.hasben yang over duk teringin gulai kawah.sebab yang kat key ell ni style pantai timur,tak berapa kena la dengan tekak orang utagha ni.petang tu,terjah pasar ramadhan ,mujur la jumpa jugak.sebab mostly,orang dah tak menjual since friday tu kan raya.kira rabu,last berniaga.



Ada budak tu,mangkit lambat.pagi raya ,pukul 11 pagi baru nak bersiap.sabaq jer la.tu la,kalau pukul 2 pagi baru nak tdoq.hewhew...

Hari khamis,tidoq umah in law plus pakej beraya kat sana dulu.kami rumah jarak dalam 30 mins ja.petang raya pertama tu,balik umah ayah pulak.bersalaman and huluq duit raya.tahun ni takdak la gambaq beraya ramai-ramai sebab masing-masing beraya umah mentua.by the time jumpa,dah malam,and dah tak pakai baju raya dah.berlengas wooo sebab peghelih panas lit-lit habaq hang.






Begitu la kami tiap-tiap tahun ulang alik.sat mai sini,sat mai sana.ingatkan dah tak sempat nak jumpa kawan sekolah,finally ,a day before i balik key ell,terus ja ajak depa mai umah,masak spageti.dapat la jumpa 3 orang.jadi la.kalau nak tunggu semua ikut time masing-masing ,agak payah.hopefully tahun depan dapat la kumpul lagi ramai-ramai.





Semalam,i balik,gerak dah 1230 dari peghelih.pekena nasi kandaq dulu,baru hegeh nak balik.kena la jugak jem tu.almost 1030 pm baru sampai rumah.kiranya dalam 10 jam jugak la.phewww..lepas ni,kita balik naik keretapi laju jer la.tapi,komplen sangat pun,macam la i yang drive.kehkeh..eh,tapi lenguh jugak la pongkok walaupun duduk bersidai kat belakang jer. :).

Yang buat open house tu,jemput la i olls ( tak malu :D )..sapa yang nak datang rumah ,dipersilakan.kita tak buat la open house besar-besaran sebab kita duduk apartment jer,leceh sikit la nak buat makan-makan.tapi,kalau sapa mai,kita masak la jugak.janji habaq awal,kalau tak,merasa la makan serdak biskut ja nanti :D.

xoxo.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...