LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, July 1, 2015

Mitsui outlet dan nasi arab sanaa cyberjaya

As salam.


Semalam,teringin pulak nak makan meatball ikea,so tak beli apa-apa kat cafe opis.dah siap planned,sahur nanti makan roti ja cicah daging dendeng yang bawak balik masa kenduri haritu.sekarang ni,sahur makan mudah-mudah ja.nasi tu macam seminggu sekali ja kot makan.wajib amik kurma,insya allah mesti bertenaga and tak lapaq.

Ingatkan pegi weekdays tak ramai,silap percaturan la tak ramai.berebut meja okeh.cuma under kontrol la,kiranya kalau terdesak sangat,nak dekat buka tu,sempat lagi p kedai lain ja.kalau weekend,jawabnya minum ayaq,solat dulu and baru la cari kedai mana yang kosong.gitu.

Btw,nak cerita pasal benda lain,tiba-tiba masuk bab buka puasa pulak.
Ada satu hari tu,oh ya,weekend yang p melaka tu,on the way back to kami singgah Mitsui Outlet Park.alang-alang kan.kalau nak ikut p sana,rasa macam tak p kot.jauh sangat.unless ada nak p airport tu boleh la nak menyinggah.



Panas berdengung.sampai dalam pukul 2 petang.boleh tahan ramai jugak orang.niat tu sambil cuci mata kalau ada yang berkenan macam baju budak tu,nak la jugak beli.sebab masa p JPO haritu,tak puas masuk cotton on kids tu.gitulah harapannya.



Masuk tengok,tu dia...orang queue panjang kat Nike.ada sales kata nya.panjang tu dari entrance sampai ke butik Nike.gillos.apa yang best sangat tak tau la.kalau beratur lama-lama,pastu tak beli apa-apa,baik la tak payah.buang masa sangat.

So far,tak best sangat sebab masa kami p,tak banyak kedai bukak.tak nampak kelibat cotton on,coach ka,michael kors ka.macam banyak brand local.bagus jugak sebab boleh la promote local product but sadly harga tak la murah pun.kalau p factory outlet usa tu,local brand memang sangat-sangat murah.tapi,kita ni....hmmm..

Sampai-sampai ja,tukar pampers budak kenteng tu,tanki dah penuh.so,p baby room settlekan dia dulu.surau pun ada,quite ok.kalau ramai-ramai,macam tak berapa muat kot.



Budak ni bosan sebab masa ni saja la join queue kat hush puppies,katanya sales best.sekali beratur nak 15 mins,masuk sekali 2 orang ja.2 masuk,2 kuar.apakah weiiii..line dah la pendek.poyo giller,macam kan kita nak amik pulak barang depa.pakcik kat depan tu dah bising,.siap perli-perli.dia kata,orang masuk,nak tengok harga ja.bukan nak beli pun.gitu.last-last,aku keluar line g kedai lain.

Takdak berkenan,and tak tau nak beli apa,jom la balik.perut dah lapaq.last makan masa breakfast kat hotel ja.pastu setakat jajan buat kudap dalam kereta.lagipun,tak berapa child friendly la.stroller keta tu takdak.wheel chair je ada.hopefully,depa beli la kereta budak tu untuk sewa.lenguh ooo nak dukung.baya-baya ni bukan mau duduk dalam stroller.




Chak !!! Dah sampai cyberjaya nak makan nasi arab.selalu sangat p saba,so kali kita try sanaa pulak.nama pun dah nak dekat sama.hasben kata sini banyak pilihan and lagi sedap.ya la tu..rasa sama ja nasi arab ni.huhuhu.

Pilih nasi yang takdak kat kedai nasi arab yang lain.nama dia dah lupa.nama tu bawah nama mandi lamb tu.nak cerita tapi semua pun tak ingat.apa daaaaa.....





Ramai pulak orang.dah la lapaq.boleh makan sekoq kambing dah ni.grrrrr..
Waiter pulak agak lemah gemalai di situ.dia tak nampak ka,muka kebuluran dah ni :D.
Sabaq ok sabaq..banyak lagi orang yang tengah kelaparan yer.



Malas dah nak kata apa.buat ja la nak buat apa pun.menari atas meja pun ok gak.




Order arab tea.sedap jugak.ni untuk orang yang graduate ja no.nama tea ni,graduation tea.arab tea basically,teh o pastu letak bunga cengkih.do it yourself pun boleh.



Nasi arab tersebut.comes with cili tomato as usual,lepas tu mintak plain soup,takut tercekik makan takdak kuah ni.nasi tu rasa sama ja dengan nasi arab lain.kambing tu,di grill,so itu ja bezanya.kalau kabsah ka,mandi ka,maghdoud ka,ada la rasa masing-masing.

Sebab lapaq semua pun habis licin.takleh nak pikiaq mana sedap.
Kalau nak try,silakan..hanya di cyberjaya.

Harini buka puasa nak buat sambal tumis teloq hancoq,ayam goreng,kubis masak lemak.dah terliuq pulak time type ni. :)

xoxo..


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...