LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, July 8, 2015

Cepatnya dah nak raya

As salam.

Lebih kurang 9 hari jer lagi nak raya.cepatttt nya masa berlalu.kalau waktu sekolah dulu,rasa lambat ja masa berjalan.tak sabaq nak beraya.tak sabaq nak kutip duit raya.
I ni jarang nak beraya rumah orang,be it rumah sedara-mara atau kawan-kawan.sedara pun tak la jauh mana sangat pun.selalu tu,kalau tak kena paksa,memang harapan la.only after dah besar,dah kahwin ni baru la rajin berjalan raya.

Teingat pulak zaman budak-budak dulu,i ikut kakak beraya,memang giller jauh punya beraya ni.naik beskal ja ,atau gerek orang utagha panggei.kayuh la gerek serata kampung kutip duit raya.last-last agaknya dah penat berkayuh,siap tanggal kain,pakai baju ja weh p beraya..selekeh yang hamat T________T.

Dekat kampung ni,still ada budak-budak datang beraya.awal pagi dah bagi salam,siap dah sound,kami nak duit ja.takmau makan.amboi kau,banyak cantikkkk.sebelum dapat duit,selalu kami adik beradik buli dulu budak-budak ni.paksa jugak depa makan/minum.apa lagi lajuuu ja bebudak ni sumbat.maklum la nak kejar rumah orang lain pulak kan.

Ada sekali tu,setiap sorang kami bagi duit raya kat budak-budak ni.imagine,satu budak dapat dalam 5 sampul.elok ja tak lama lepas depa keluar rumah,tetiba segorombolan budak serbu.hahahah.
Ni mesti depa tukar info ni.ala-ala bagitau kawan-kawan," weh,umah situ bagi 5 sampul wei".mau dalam tu ada 2 hengget,tak ke satu rumah dah dapat 10 hengget.

Lepas tu,apa lagi,sampul duit raya di limitkan.yang lawak tu,bila dah jadi macam tu,time nak bagi duit raya nanti kami masing-masing tanya,"eh,sapa nak bagi duit ni" adoyaiiii sabaq jer la.apa-apa pun,memang unik raya kat malaysia ni.tu belum lagi kena komplen bagi singgit jer dalam sampul.demand sangatt.zaman dulu,dapat duit syiling pun dah suka,janji baju vogue :)

Eh,tetiba citer pasal raya.actually,nak cakap,tahun ni raya sekejap sangat.start cuti rabu ( 14/7 ) sampai la 21/7.baru ja planned nak amik seminggu tapi tak dapat sebab ada software penting nak kena settle before 1/8.adoi benci la kan.dah la 23/7 tu anniversary..nampak nya sambut kat opis ja la.maybe have to plan something on the weekend.T______T.


Eh,tetiba ada gambaq ni dalam folder.time ni sambutan raya kat opis.first opis masa start keja dulu.lepas tu,dah takdak merasa suasana meriah sambut raya di opis sebab nya lepas kerja co ni,i join sunway yang of crosss ramai cina,waktu CNY meriah laaa...pastu i join co lama yang ramai delegates and expat..banyak mat salleh,sooo kami pakat-pakat sesama local staff la buat pot luck.



Raya tahun lepas.baju recycle dari kenduri bro in law.tahun ni baju recycle my sister pulak kawin.jimat kos.baju eryna nak pakai beraya tak beli lagi.tengok la hujung minggu ni kalau rajin meredah lautan manusia.kalau tak,pakai jer la.dia punya baju asik beli ja tak kira waktu :).



Wajah yang dirindui..tak sabaqqq nak jumpa depa aih..dapat la buka puasa sekali rumah ayah,sekali lagi rumah pak mentua.raya kali ni turn belah hasben.kalau dapat solat raya,maka tahun ni pertama kali sembahyang raya.mujur la rumah parents and in law tak jauh.pagi kat rumah in law,agak-agak petang sikit,harus la terjah balik rumah mak.lagipun rumah in law tu sunyi tahun ni.bro in law balik beraya rumah mentua,mesti eryna boring nanti.kekekeke..alasan sangat kannnnn...


Baju raya tempah haritu harap dapat la siap minggu ni.makalau tidak,pakai jer blouse pakai kenduri haritu.hahaha,patutnya pakai baju ni la,tapi kan haritu dok ingat pregnant,so tak jadi la buat baju kurung sebab satgi rugi pulak ikut size pregnant.sekali,tak dak rezeki lagi,tu yang baru nak hantar tailor.ni pun gamble ja tempah.hopefully selesa la mamat bangla tu jahitkan.



The joyahsss..geng wajib jumpa.kawan-kawan masa sekolah form 5 ni.nama group zig-zag.gangster paradise sangat nama group.geng kepala ting tong.muka ni la yang tiap tahun tak jemu jumpa.time raya jer la dapat jumpa.time lain tu kalau ada masa,ada la jumpa.winduuuuu..

Ok,back to work.petang ni berbuka as usual ,lauk cafe.

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...