LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, July 28, 2015

Beraya di ofis mama

As salam.

Minggu lepas,hari rabu and jumaat bawak eryna ikut mai opis.sebab nya tak dapat cuti sampai jumaat.dah bagitau boss,taska tutup,sebab tu nak extend cuti ( padahal memang nak cuti gak sebab cuti raya kot ).pastu pakcik boss cakap,takper ,bawak jer la dia datang opis.kalau dia bosan,suruh jer masuk bilik main.amboi sangat..dia tak tau perangai si kinting tu macam mana.

So,rabu tu bawak la dia datang opis.jalan lengang la sebab orang semua still cuti.tapi,nak sentap sangat pun,macam la tak dapat cuti kan.dapat balik seminggu pun jadi lah.hari tu pun baru ja balik sana.lagi kesian orang yang tak dapat cuti raya langsung.lagipun,my boss ni bukan malaysian,so dia macam tak faham sangat apesal kau cuti beraya kena lama.sebab nya kalau ada orang nak p bercuti jenjalan,dia bagi jer sampai 2 weeks leave.part cuti beraya jer dia tak leh brain agaknya.huhu.cuba lagi tahun depan yer...




Masa mula sampai,semua orang dia buat eksyen.juai mahai sangat.orang tanya,dia jawab macam nak carik gaduh.sabaq jer la mak hang ni.pastu nak berkepit sedia.mujur la kat opis still ramai yang on leave.ada yang pergi workshop/event.so dia bising pun tak la menganggu.

Lepas 2,3 jam mula la buat perangai tuh.menunjukkan belang.panjat kerusi ,meja segala.kacau my colleague.hadoi la haiiiii...depa pulak rajin dok mai kacau dia,lagi la dia takmau dengan sapa-sapa.



Lunch hari pertama kat opis,bawak dia g muzium duit.kalau tak,jenuh dia bosan lama kat opis.nampak dia macam ok,so masuk opis balik.banyak kerja ni nak kena buat.memang bawak dia,tak settle la kerja tu ha.


Hari khamis,bapak dia jaga.pass baton la.sebab ada benda penting nak kena settlekan.takut nanti tersilap submit pulak.maklum la,baru nak start buat,tetiba ada yang "mama..nak susu"..mama..nak itu..mama...nak ini.dah siap ber summer sault lagi kat lantai opis tu...T______T.




Lunch hari jumaat.gigih tu ikut geng opis p makan kat banana leaf, nirwana bangsar.sebab dah janji hari khamis nak p makan ramai-ramai.terlupa pulak, hasben tak boleh jaga eryna hari jumaat.abis, takkan tak solat jumaat pulak kan...so,bawak sekali la,lagipun dia lama kat opis pun,dia boring jugak.bawak jer la kan,tumpang member opis,si david.

Drive dua keta.yang lain-lain tu,bukan malaysian.saja bawak mat salleh-yang tak berapa putih-makan nasi daun pisang.masakan melayu depa dah selalu makan sangat dah.kat cafe bawah ni memang hari-hari mak nenek masakan melayu ada.asam pedas,pulut,gulai,kerabu,masak lemak-u name it.




Sedap hingga menjilat jarissss...dapat lepas gian kat teh tarik sedap tu.
Boleh pulak terjumpa my unimate fren kat sini.kecik nya dunia ni kan.pusing-pusing mesti jumpa.




Kalut dok cerita apa tak tau la.eryna sat ok,sat tak ok.tapi,habis gak la nasik tu dia makan.siap tambah sikit lagi sebab mamak tu letak ciput giller.suap dia makan sambil dia layan cerita ummi dia tu kat youtube,settle.janji tak menangis sudah.orang yang tak kahwin lagi ni,depa tak berapa faham sangat pasal budak-budak.mujur david pun ada anak baya eryna,so dia la macam bapak angkat eryna pulak,tolong bawak kan beg ,botol susu segala.hahahhahaha...







Penangan nasi daun pisang.terus lentuk masuk dalam keta.mujur la naik keta bapak-bapak,siap ada baby seat and buku dalam tu.senang la nak distract dia.maklum la,eryna kan pantang nampak buku.kalau naik keta surya,konfirm dia stress.huhu...

Lepas ni tak sure la nak bawak lagi ke tak kalau emergency gini.kesian sebab budak la stress tak tau nak buat apa.hahaha.bagi i pad pun dia jemu.boleh bertahan sat saja.pastu dah takmau.dah mak kau pun sama stress.kihkih..tapi,kajian mengatakan, anak yang aktif adalah anak yang bijak..ok lah kalau gitu,mudah-mudahan *asian-parent-alert*.

xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...