LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, June 22, 2015

Weekend berbuka puasa kat luaq

As salam

Weekend dapoq tutup. I don't mind cooking,tapi ada orang tu kata weekend makan kat luaq.mula-mula ingat nak kuar la makan,tapi pikirkan si mek ni entah mau tak behave sementara tunggu waktu berbuka,so kansel jer lah.unless kedai tu child friendly ok lah.kalau tidak,kirim salam jer la.kang kurang pahala sebab kurang sabaq melayan kerenah dia. T_____T.

So,fikir-fikir,dah alang hasben nak p pasar kelana jaya,so order la nasi bukhara kat restoren syed ni.yang ni setiap kali puasa tak pernah miss beli.at least sekali.best.cuba lah.pernah gak beli kat cawangan dia,lebih kurang jer rasa.



Untuk take away,dapat box macam ni complete dengan acar limau and dalca.for me,makan nasik dia and acar tu pun dah sedap dah.i order kambing,while the other box is chicken.portion nasi banyak angat,siap  boleh makan sampai sahur.kambing tu pulak besar,tak terabis makan sorang.huhu.




Popia tu pasar malam kj punya.ok la rasanya.beli sejenis ja kuih.sebab i tak berapa sangat makan.setakat makan seketui,dah malas nak ulang.sekarang ni,lepas terawikh ( buat sendiri ja kat rumah ) terus kerahan masuk tidoq ,kalau tak,eryna liat  nak bangun pagi.waktu posa ni,kena p opis awal sikit.ni tengah train la ni,esok dah nak kena masuk opis dah.back to reality,mc dah abis :(.




Hari ahad,melawat pasar TTDI pulak.boleh tahan crowded la,sebab depa buat di laluan utama.time tu la kereta pun sibuk nak lalu lalang.kami parked belakang lot kedai,so tak la stranded dalam traffic.

Tak banyak choice sangat.Most of the gerai jual nasik lemak,nasik lemak kukus,nasi beriyani,segala jenis percik and kuih.ada la few gerai juai nasi tomato and nasi ayam.hasben tu sibuk mencari gulai kawah,tapi tak jumpa.ada satu gerai ni jual,tapi dia tak mau pulak,sebab gulai kawah jawa punya.nak jugak gulai kawah utara.jenuh la,kena balik perghelih la wei.



Round punya round,nampak orang  dok beratur kat satu gerai  ni.so,haruslah ikut menyibuk jugak.rupanya pakat nak beli pulut udang.jom la ikut sama queue.memang panjang la.ada la dalam 15 mins kat situ saja.siap kena pau dengan eryna belon frozen tu.eh,belon tu pun buat untung kot,mak bapak lalu situ terpaksa rela beli sebab anak-anak dah macam histeria tengok belon.dah la 5 hengget,eiiii beli nasik pun dah kenyang.balik rumah,belon tu pecah kena kipas.lagi gerammmmm.




Kesian abang sate ni,gara-gara orang dok queue nak beli pulut udang tu,dah block gerai dia.mula-mula tu macam malas dah,tapi sebab ada makcik kat belakang ni dok cerita kata pulut dia sedap,nak jugak try.dia kata,semalam dia mai dah abis.ni pun masa queue,brader tu dah siap kira berapa ja ada.mujur la sempat lepas queue.hehehehe.makcik kat belakang tu pun dapat.happy la dia tu.kalau dak,kempunan lagi.



Gerai pulut udang.nak beli 4 bijik ja,tapi beratur sampai 15 mins.tu,makcik tudung hitam tu order banyakkkkk.dia saja sampai 2,3 plastik.patut la habis cepat.kekekekekeke.



Nasi beriani gam.seciput cenggini RM14.tanjat gegirl.ingatkan silap dengaq.ni hasben punya.dia pun tak tau nak makan apa.beli ja yang ni.boleh tahan mahal la,sebab nasik dia ciput.kalau banding dengan nasi bukhara tu,nampak sangat kedekut.ish,nak menjual tu,agak-agak la yer.hmmmm...




Yang ni cheq punya.nasi ambeng.sebab tengok lain dari yang lain.the only gerai yang jual nasi ambeng.teringin pulak tengok.yang ni pulak portion terlalu banyak.ada mee,suhun,nasi putih,ikan masin,ayam goreng ,sambal and nyoq,harga RM 7.50.

Hari ni maybe masak gulai ikan merah kot.esok dah nak masuk kerja,konfem la akan tapau dari cafe ja..balik masak nasik sudeh.kalau rajin,masak la sayoq,hehehehehe.lagipun lauk kat cafe tu sedap and murah,baik la beli terus.kalau nak beli bahan mentah pun bukan la murah sangat pun.


xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...