LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, June 29, 2015

Tragedi Ramadhan yang semua orang tak akan lupa

As salam.

Bulan Ramadhan ni,ada satu benda jugak yang tetiba terkenang.tambahan kalau dengar lagi Ramadhan - Maher Zain tu.teruih rasa sebak and sayu.





Rasa-rasanya ,semua orang pun tak akan lupa tragedi MH 17.waktu Ramadhan lah tragedi tu berlaku.allahu , semoga mereka semua tenang di sana.hampir setahun ,cepat nya masa berlalu.sedih nya sebab most of the passenger yang Muslim ,memang planned nak balik beraya.

Ingat lagi,tahun lepas masa tu almost 12 am,dekat grup wasap,dah kecoh pasal tragedi,i masa tu,tengah tidurkan eryna.so,memang la tak tengok tv masa tu.terus bangkit ,buka awani,masa tu depa dah sahkan MH 17 ditembak jatuh.terus dup dap dup dap ,call ayah.dah la masa tu,ayah tengah tidoq,ya lah dah pukul 12 tengah malam.dia pun macam blur bila i bagitau.'ayah, kapal mas kena tembak jatuh ni,call paksu '..paksu tu adik ayah yang bongsu,captain mas,dah service almost 25+ years dah.dan anak dia yang sulung pun sama pilot mas.

Mesti la kita berdebar.everytime ada news pasal kapal mas,mesti cepat-cepat call paksu.ayah i pun call paksu tapi masa tu phone tak dapat get through.lagi berdebar kan.macam-macam di fikiran.lepas tu dapat return call,paksu baru landed kat Jeddah and dia pun baru jer dapat tau.

Selalunya ,kalau dia baru landed,ambik masa sikit la nak return call,tapi ni dia terus call,maybe dah dapat agak takut kami risau.walaupun bersyukur, Allah panjangkan umur paksu dan anak dia, tapi kami tetap bersimpati dan rasa sedih.bayangkan kalau terjadi kepada keluarga kita atau orang yang kita kenal.kita tak kenal pun dah tak mampu nak bendung kesedihan tu,apatah lagi keluarga mangsa.perginya pula dengan cara yang begini.satu dunia ingat tragedi mas.

Being as pilot,kata paksu that's the risk that u have to take,.kalau dah ajal,di mana-mana pun berlaku.untuk paksu and my cousin tu,of course la,pilot terlibat kawan depa.mesti dapat rasakan kesedihan itu.terbayang co-pilot yang ada anak kecik baya eryna tu.semoga anak syurga itu dapat jaga emak dia baik-baik.begitu juga captain yang berasal dari perak tu.semoga anak-anak mangsa tragedi menjadi anak soleh/solehah yang mendoakan bapa/ibu mereka di sana.untuk semua la,anak-anak kapal,penumpang baik beragama Islam atau tidak,kita doakan semoga mereka bahagia dan tenang di sana.

Ada satu family yang 5 sekeluarga,yang kahwin dengan aussie tu,is my ex-colleague's sister.i was told, kakak dia dah lama tak balik malaysia,and memang balik nak beraya tu sebab nak jumpa sedara mara but, Allah maha besar, perancangan NYA tentu lebih baik.

Paling syahdu,tarikh 1707 tahun ni,jatuh pada hari raya pertama.semoga keluarga mangsa tabah melalui dugaan dan redha.nak cakap senang, yang melaluinya mesti sangat perit.

Marilah sama-sama kita sedekahkan Al- Fatihah untuk semua mangsa MH 17 dan MH 370.

Xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...