Monday, June 15, 2015

Restoren Vietnam-Thai yang sedap di cyberjaya.

As salam.

Hari tu, ada kawan i post kat FB ,dok teringin nak makan rice paper rolls vietnam,tapi tak jumpa restoren vietnam yang halal and sedap kat sini.Kalau i pulak,makanan yang sinonim dengan vietnam selain rolls tu,harus la kopi dia and sup.memang sedap.

I remembered,4 years back p Hanoi,tapi satu jenis masakan pun i tak rasa sebab tak jumpa restoren halal kat sana.time tu,i ada meeting and i bawak siap-siap segala can food.mintak depa nasi putih ja.and rasa la sayur depa masak tu.masa kat sini la,i sempat rasa kopi vietnam yang sedap tu.memang ada beza sikit la dengan kopi kita.ntah,susah nak describe :).i punya ex-boss pun suka giller kot kopi vietnam,siap kalau p sana,nanti dia bawak balik kopi banyak-banyak letak kat pantri.dapat la merasa free.hehehe.

Then,i baru tau,ada satu restoren vietnam baru bukak kat cyberjaya.so,boleh la kita try and tengok apa yang best.nama restoren tu Viet-Thai Canteen.nama ja canteen,tapi jangan la imagine macam kantin sekolah pulak :). Cantik ok restoren ni,cozy jer.i suka la konsep cenggini.




Masa ni tak ramai orang lagi.kedai ni pun baru operated this year.konsep depa,sediakan masakan berasaskan Vietnam-Thailand.yang penting halal dan bahan-bahan untuk masak ni,semua dibawak khas dari sana.baru lah betul masakan Vietnam-Thai kan.selalu tu,masakan thai senang nak dapat,so lagi terujas nak rasa Vietnamese food lah.




Ni lah dia paper rice rolls ni.yang best tu,kita balut sendiri.sebelum ni,i pernah makan,tapi depa dah siap gulung.yang ni,letak sendiri bahan-bahan tu ( ada suhun,ayam,udang,tauge,carrot and daun apa entah-tapi sedap bau nya ) ,lepas tu gulung and dip dalam sos tu.sedappppppp.



Bentuk rice paper tu.letak la semua bahan-bahan tu.adjust ikut muat jer la,takut susah nak gulung nanti.rice paper tu,kena basahkan dengan air,so that dia jadi lembut,kalau tak,keras.sapu-sapu gitu,kasik lembut,letak bahan and gulung.sedia untuk di ngap.




Terujas nak cerita pasal rice rolls ni sebab first time buat.hahaha.so,;epas dah settle,dip kan dalam air perahan limau tu,pastu dalam peanut sos + cili tu.huwaaaa sedappppp.nora bagi 5 bintang.




Apa la erti nya kalau tak minum kopi vietnam kan.di brew khas lagi.tu,muka budak curious apesal kopi tu serve macam tu :).tu, ice lemograss pandan tea tu eryna suka.habis dia minum.pun sedap.kembong perut minum ayaq.i olls tunggu kopi ni ja.



Tunggu sampai gelas penuh.yang belah kanan tu home blend- cair sikit.yang belah kiri tu special blend-pekat.so,i pilih yang cair.tapi rasa dia bukan la cair macam tak cukup kopi.rasa dia just nice with taste..usually,customer pilih jenis home blend.
Yang special tu memang kaw pekat.and hasben suka la.for me,yang home tu memang dah sedap dah.letak susu sikit,wallahhhhh..siap mintak refill.sebab sedap sangat kot :)




Ni ha kopi tu.tapi,depa tak jual.just display jer.depa bawak khas tuk dibancuh and serve dalam kedai jer.tak dapek la akak nak beli bawak balik haritu.terpaksa la p vietnam kalau cengini T_____T.




Tadi kan appetizer, so now kita try side dishes pulak.ada macam-macam la kat sini.senang cerita,nak yang light ada,nak yang berat pun ada.untuk side dishes ,try tiga ni jer.ni pun dah kenyang wei.sebab portion dia tak kecik sangat.

Dalam daun tu,ayam pandan ,marinate dengan special resipi.sedap.tak payah dip dengan sauce.makan gitu jer dah feel.yang bulat tu thai fish cake-ada rasa tomyam and spicy.and hatyai chicken wings-deep fry and rasa dia pedas sikit.semua pun sedap.and terasa dia punya marinate tu.
Kalau masterchef tu,chef joe cakap,melompat-lompat dalam mulut gitew...korang wajib cuba tau.



Somtam-terbaik.dah semua sedap,acaner ni.seriously sedap.bahan semua cukup,tak kedekut.banyak ni baru RM6.50.boleh makan 2-3 orang.dah lama tak rasa somtam yang sedap macam kat thailand sana.mujur la jumpa kat cyber ni ha.berbaloi la datang jauh-jauh nak merasa masakan kat sini.




Yang ditunggu-tunggu.rangkaian sup.ada chicken noodles soup,beef noodles and yang kaler kuning tu siamese laksa.beef noodles tu paling i suka.kuah tu,perghhhh terasa dia punya bahan perapan.yang chicken to for me biasa jer.beef tu paling recommended.yang tak makan beef,boleh try chicken.

Aha,lepas tu nak  cakap,siamese laksa tu sedap.hahaha.dah kenapa semua sedap.first time rasa.mula-mula i bajet macam nyonya laksa,tapi rasa dia lain sikit.hampir sama tapi lain.kalau mai lagi,i nak order siamese laksa ni lagi.macam teringat kat laksa sarawak pun ada jugak sebab kaler kuah tapi rasa beza sikit..eh,p try sendiri la senang cerita.



Teh ais pun sedap.air sampai tiga jenis.mujur semua sedap and tak sakit perut.tamak apakah ini.teh ais ni rasa dia beza sikit.agaknya teh ni pun import dari vietnam.sedap tu lain.macam teh ais mamak sedap lain,yang ni sedap lain.


Nasi kena ada la sebab ada orang jenis makan nasik.eryna makan banyak jugak.yang ni vietnamese grilled lemongrass lamb chop.memang sedap perapan dia.boleh rasa serai and lain-lain bahan tu bila makan.lagi satu,grilled chicken.pun sama sedap.kira nya,kalau yang nak makan nasik,tak payah risau la,ada jugak kat sini.

Senang cerita,Viet-Thai canteen ni ada macam-macam selections dari appetizer,starter and main course.semua pun sedap and lain dari yang kita selalu makan.




Happy tummy.ni budak yang jenuh takmo duduk diam.makan nasi lari sana sini.huhuhu.dia kan peminat nasi,so dia tengok yang lain-lain tu ,konfirm la dia jeling-jeling jer.lepas tu,umpan dengan ayaq nak bagi duduk diam.fuhhhh...



Sempena Ramadhan ni,depa ada buat special menu.yang best tu,kat sini takder GST and service charge.so,jangan la risau nak keluar makan.sesekali bawak family berbuka kat luar apa salah nya kan.lagipun,tempat ni nak parking pun senang jugak and cozy.tak crowded.nak solat,boleh singgah masjid cyberjaya tu.dekat jer pun.


Mesti korang nak tau harga menu ni kan.cer tengok,berpatutan kan.macam noodles,nasik tu dalam RM10 camtu jer.yang ni kalau order ala -carte la.kalau Ramadhan ni,ambik set yang dorang dah set tu pun untung gak.boleh la merasa menu-menu yang ada.jangan lupa order kopi tau.ekekekeke.



So,kalau nak merasa masakan Vietnam+Thailand yang sedap dan harga berpatutan,mai la sini.gerenti tak menyesal.ni alamat and contact no kat bawah ni.kalau bulan puasa ni,elok nya call dulu takut kang fully book,nanti lambat pulak korang berbuka puasa.try ,jangan tak try :).


Viet-Thai Canteen,
No 6, Block E, Jalan GC 4,
Glomac Cyberjaya, Cyber 12.

Tel : 03-8322 6986.


Xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...