Thursday, June 4, 2015

Pantai klebang and makan malam di umbai.

As salam.

Hari kedua kat Melaka.poyo jer nak ada separate entry kan.
So, dah puas mandi-manda ,pastu ada budak tu,balik bilik,pekena susu,terus pengsan.bangun jer dah happy sebab puas mandi and tido segala.elok jer time tu dah nak dekat pukul 5 pm.ingat nak p pantai klebang pekena coconut shake.




Dari jauh dah nampak Bustel.laki i lagi best ,dia kata..'tu dia,ramai nya orang.bus penuh'..nampak sangat tak alert dengan alam sekeliling.sabaq jer la.itu Bustel la derrrr..ish buat malu kompeni jer tau.
Mentang-mentang la baru jer baca kat paper pasal Bustel tu ,so boleh la eksyen lebih.hahaha.

Bustel ni adalah Bus + Hotel.sekarang kan tengah in ,hotel nak dalam kapsul jer.nak dalam tube jer.ni dalam bus pulak.yang i baca , setiap bus tu ada katil ,toilet semua lengkap macam hotel biasa.tak sesuai untuk orang baru kahwin kot. T________________T.





Tak sure yang mana satu yang best.main redah jer ni,sebab ada orang bagitau ,yang kaler putih merah ni la ori.so,cheq tak tau.main belasah jer ni.janji dapat minum.tu ,budak kat depan tu dah tak sabaq nak main pasiaq.dah beli siap main korek-korek tu.sekali-sekala biaq merasa main pasiaq gitu...





Nampak lubang idung jer lebih budak ni.nak amik pic punya la susah.hati dok teringat kat laut la tu.kejap turun ,kejap naik kerusi.ajak minum pun payah.
Tu , coconut shake tu, jenis biasa RM 2.50 jer.ok jer la rasa dia..buat penghilang dahaga.tak tau la original ke tak.semua orang pun nak claim depa original kan.kang ada yang sentap pulak kalau kita tulis coconut shake original ,tapi tak original..gitu..





Ada banyak jer gerai.lebih kurang pantai remis ,selangor and kuala perlis ja.cuma ,kat kola takleh main pasiaq macam kat sini.tapi, banyak jugak orang berjual-jual.
Mai sini beli rojak buah.sedap gak ,cuma brader tu lemah gemalai sangat buat kerja.





Tu, dalam bus tu,ada ramai jer orang makan dalam tu.
Siap tandas pun buat dalam bus.eryna excited dapat naik bas.mesti nanti dia ingat ,orang naik bus untuk p toilet agaknya.



Cantik dan bersih.ada orang main layang-layang ,and naik kuda.best jugak.cuaca pun elok jer.



Aktiviti mengorek pasiaq.bagi masa 30 mins main.sebab lepas tu nak kena p umbai pulak ,pekena ikan bakaq.alang-alang dah sampai melaka.saja la memenuhkan tempat ,sebab dapat expect la,mesti crowded sebab cuti sekolah and malam minggu pulak tu.

Dari klebang nak p umbai dalam sejam jugak tu.lepas cuci semua, and tukar baju si mek ni, terus gerak p umbai.target before maghrib mesti dah sampai.




Hasil dari goggle ,orang kata kalau p umbai makan kat sini.ada lagi tempat nak makan, macam dekat Duyong kot.tapi dah pernah pegi dulu-dulu.so,nak try umbai la pulak.

As expected, keta dah bersusun dari depan.kat sini,nak parking kena bayar RM1.ikan bakar parameswara ni paling ujung.dari depan tu ada jugak gerai-gerai kecik.time kami sampai tu,semua orang berduyun datang sini.gerai depan tu sunyi sepi takdak sapa pun.huhuhu..so,teruja la jugak nak makan, mesti sedapppp sangat la kan..



Kami parking jauh jugak.ngam-ngam orang azan maghrib.mujur la dapat jamak.kalau tak,tengok surau pun dah bersesak.lega jugak ,dapat tempat duduk.awal betul depa mai makan noooo.

As usual ,kena la queue dulu pilih seafood kan.pastu bagitau nak masak jenis apa.
Pilih ikan siakap, udang and sotong.senang sikit.ketam nampak kecik sangat ,so tak yah la.buat stress ja nak makan takdak isi.

Makan ikan bakar kat melaka, kena la pekena nasi lemak sekali.so,i makan nasik lemak ja dengan segala seafood.



Udang sambal.udang fresh,tapi masakan so-so jer.udang macam tak berapa masak sangat.kuah tu pun tak berapa rasa sangat.nak kata pedas pun tak, garam gula ke macam terkurang entah.




Ikan siakap.melaka punya style ,bakaq sekali dengan sambal dia tu.tapi kami amik kuah asing.so,bakaq kunyit & garam ja.maklum la,orang peghelih pulak, jenis makan ikan bakaq cicah ayaq asam weiiiiii.baru la best.so,makan macam ni,tawar la sikit.mujur ada sambal kicap tu.tapi, ok jugak la order macam ni,sebab eryna pun boleh bedal sekali.banyakkkk jugak dia makan.

Sotong goreng tepung pun ok-ok jer.terus rindu seafood kuala perlis.huwaaaa....
Tak sure nak recommend ke tak.kalau i olls, insya allah p tempat lain pulak kot.tak mai dah sini.hehehhehehehehe.tekak masing-masing la yer.




Time ni baru pukul 8 pm.tengok la tu,punya la ramai orang dok mai lagi sini.tu tengah queue pilih seafood la tu.rezeki la untuk gerai ni.masa balik ,baru nampak,gerai-gerai yang kat depan tu dah ada orang p.agaknya ,yang baru sampai ,tengok kat sini ramai ,depa pilih belah sana.sekali dekat gerai-gerai tu pun sedap.tak cuba mana tau kan :).

Total untuk semua tadi , nasi 3 pinggan ,siakap ,udang ,sotong and air tebu include GST ( pffftftftft ) , dalam RM 73.tak sure murah ke mahal ke berpatutan.
Lepas makan, terus balik bilik , ada orang sibuk nak habiskan kerja.



Selfie adalah wajib walaupun tak sure mata nak tengok mana.masa ni dah nak check out.gigih la amik gambaq sendiri, kalau tak ,kamera penuh gambaq eryna jer la.huhuhu.

Ok, dah habis dah entry melaka.selamat bercuti sekolah.esok nak balik peghelih pulak :)

xoxo.


1 comment:

eynda said...

Pantai bersih :-)

Rindu nak makan ikan bakar kat Melaka... rasanya kat melaka je kot makan nasi lemak dgn ikan bakar...sedap :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...