LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, June 12, 2015

My second pregnancy journey ( part 1 )

As salam.

Ramai la yang asyik tanya bila la eryna ni nak beradik pulak.biasa la kan,bila takdak anak kena tanya,dah ada anak pun kena tanya lagi bila nak tambah anak.bagi kami laki bini ni dah ready ja bila eryna umur 2 tahun tu.cuma, last year masa bulan June, i dah tak kerja , melepak kat rumah so macam ready tak ready la nak ada baby lagi.ya, betul, anak tu rezeki tapi kita pun kena la tau kemampuan diri kita bukan?

Tapi,untuk aku sendiri,tahun 2015 baru ready nak baby sebab time tu sedang elok la.eryna dah putus susu and dah masuk sekolah.yang lagi difikirkan adalah,sapa nak jaga baby.bila banyak sangat kes pasal baby ni,ingat kita senang-senang ka nak beranak pastu lepas macam tu ja bagi orang jaga.itu antara reason kuat jugak la.since pengasuh lama tu tempat nya jauh sangat dengan rumah.memang susah nak percaya and jumpa orang macam pengasuh lama tu.

Until la jumpa taska eryna sekarang,hati terus rasa hepi sebab depa jaga elok kat situ.fee mahal sikit dari taska area situ, tapi asalkan anak terjaga , kena la berkorban sedikit.and i pun dapat kerja pulak masa bulan 3 haritu.memang elok sangat la.kiranya,dah ada kerja,ada orang nak jagakan baby,so mama is happy.

Start march tu kami pun dah looking forward untuk second baby.hasilnya......






Alhamdullilah,masa scan ni dalam lebih kurang 4 weeks macam tu.Bila period dah lewat lebih seminggu,terus beli upt and cepat ja naik dua lines tu.tak sabaq nak try,balik kerja terus test.of course la happy kan.( tu urine,dah buang ok.tinggal bekas ja tu untuk amik gambaq ).






Esok tu, g scan kat pusrawi kota damansara.rupanya doc bibi dah takder.yang ada doc laki jer, dr zul nama dia.since dah sampai,so scan jer la dulu.hajat tu nak p kat pmc sungai buloh , check up dengan dr ratna,tapi baca review,ramai kata nak tunggu lama.dah makin glamer la pmc.masa eryna dulu check up tak lama pun.

Lepas tu bila kol sana,depa suruh g petang pulak.malas la nak skip kerja balik awal pulak.kalau boleh tak nak bagitau opis dulu.nak tunggu 3 bulan.check up kat pusrawi ni pun ok cuma segan dr laki.charge check up rm101.dalam 30 mins jer tunggu.

Kali ni dah decide tak mau dah p klinik kesihatan ( kk ) kelana jaya tu.reason being,ramaiiii sangat orang.sampai pukul 7 pagi,dalam pukul 8 pagi,baru boleh start ambil number,habis prosedur ( ambil air kencing,darah and check bp ) dah almost 11 am..nurse situ semua baik,cuma orang terlampau ramai.nak duduk pun boleh tahan payah.kk tu pun tak la dekat sangat dengan rumah,leceh jugak la.boleh tak nak cadang,buat kk kota damansara satu ???

Telefon pulak kk ttdi,depa tak bagi sebab alamat lain.padahal,kd dengan ttdi dalam 15 mins je pun.sebab ttdi tu dikira kuala lumpur, and kd tu dikira selangor,so depa tak terima..walaupun nak guna alamat opis kl pun depa tak nak terima

Ramai kata kk ttdi tu lengang.yer la kawasan orang kaya kan, semua orang check up swasta ja.macam i, nak buat dua-dua sekali.swasta and gomen.sebab kalau kes eryna dulu,check up kat kk and private, if la apa-apa komplikasi ( mintak simpang-kita ni merancang,Dia yang tentukan ),kalau ada buku merah kk,gomen boleh terima.

Lepas tu kk ttdi kata boleh cuba check kat kk jalan tanglin sbb dekat dengan opis.dalam 10 mins ja from opis.call kk tanglin depa kata boleh.lega sikit.cuma dok aim bila la nak g register kat pmc sg buloh.





As usual,selera mak yong mencanak-canak naik.and takdak mual segala.masa eryna dulu pun memang takdak alahan.pening gitu jer la.kali ni, takleh nak makan kambing bakaq plak.selalu dekat cafe tu pantang ada kambing,muka ni chop kat depan.

Pastu dah la kat opis tu jenis meeting 24 jam,pastu makan.makan.makan.mana la tak gemok.ish.tu yang haritu asik nak ber ayam penyet sentiasa.boleh kata setiap minggu mesti la nak makan ayam penyet.paling senang,makan kat ampang park ja.sorang-sorang pun sanggup makan penangan ayam penyet.

Mak pulak dah pesan kontrol makan,takut baby besaq la macam eryna dulu 3.8 kg .huhuhu.tapi,tu lah walaupun cuba kontrol la jugak tapi berat boleh tahan la jugak.hewhew.risau kenangkan nak 9 bulan nanti, mau 100 kg kalau tiap-tiap bulan naik.T_________T.




Nampak gak dah kembang.padahal baru masuk bulan kedua masa ni.actually ,lepas wean off eryna.badan memang naik sikit.sedangkan dulu,elok ja abis pantang,siap turun sampai 55 kg tu.kira berat ideal la tu.patut kena la maintain kan berat.ni,makin bertambah pulak.

Vitamin macam biasa,teruskan ja dengan shaklee.selama ni pun memang dok amik dah.keep continue jer la.so far, kawan terdekat ja yang tau and family.aku nyer style bab pregnant ni memang tak nak la asik canang.sebab ada few frens especially kat fb yang belum ada rezeki anak walau dah lama kawin.

Ingat lagi waktu bersalin eryna dulu,ramai yang tiba-tiba mesej tanya ada makan apa-apa ka untuk preggy and nak petua.time tu cuma update bila eryna dah selamat dilahirkan.
so, untuk pregnancy kali ni pun tak nak la beria sangat.kawan-kawan kat opis pun semua tak tau.and decide nak cakap bila dah lepas 3 bulan.




12 minggu,badan dah semakin kembang.so,terus bagitau boss and the team.segan jugak sebab depa semua laki.in my team, i sorang ja perempuan.lepas ni kalau nak hire staff,nak amik girl la pulak.huhuhu.




Trick kamera sangat.nampak macam ada curve la sebab cekak pinggang tu.padahal,dah kembang sangat dah tu.seluar opis pun dah tak muat.mujur ada satu seluar tu size xl,tak pakai haritu.so,bila dah kembang setaman ni,dapat la pakai.huwaaa size xl sudah...T___T.

Tapi....langit kan tak selalu nya cerah.memang kena betul pepatah melayu tu.Dia yang berikan rezeki ,dan Dia jugak berhak menarik bila-bila dia kehendak kan.nanti lah sambung tunggu part 2 lah pulak.ada drama air mata sikit :D.

xoxo.




2 comments:

zai zamree said...

tahniah :)

!EFIL said...

Congratulations! Alhamdulillah have been secretly reading your blog. Hope all went well insyaAllah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...