Friday, June 19, 2015

Lauk sempoi 1st Ramadhan

As salam.

Frust betul semalam tak dapat nak makan ayam golek sedap tu.entah mana brader tu pergi.tahun ni pasar kat seksyen 6 tu dah pindah ke jalan depan.mungkin nak elak crowded.bila round semalam,banyak lagi gerai tak bukak.and tak nampak tanda ada ayam golek pun.kambing ada la.tapi tak rasa nak beli.

Mujur la ada berger malaysia tu.mau tidak kempunan.beli RM2 dapat 5 bijik.tak sure awat p beli sampai RM2.sebab tengok semua orang beli RM2 ,so nak tanya boleh beli singgit ke dak kang satgi dia tak jual pulak.huhuhu.

Balik rumah masak sambal ikan tengiri and sayur air sawi,dah, cukup la untuk berbuka.malas nak pikiaq dah nak masak lauk apa.ketandusan idea gitu.tu pun dah ok,bertambah-tambah nasik.bukan i la,sebab i dah target nak kontrol nasik.lauk takpa banyak-banyak.hehehehe.




Lauk sahur pagi tadi.lupa nak snap masa berbuka,so tengok jer la lebihan tenggiri and sawi tu,ada lebih buat ratah.berger malaysia pun tak habis sebab hasben p beli cucuq udang,so dia makan yang tu.jenuh la nak habiskan sampai 5 bijik.

Ayam percik tu hasben beli kat pasar seksyen 4.situ meriah sikit,tapi nak parking susah.kalau bawak keta kecik and motor senang sikit nak menyelit.pastu semalam,dah p amik eryna malas nak singgah memana dah.kang payah pulak nak kontrol.tu pun semalam,boleh pulak dia buat drama dalam keta,nak naik rumah,nak berdokong.adoi,memang tak la.paksa suruh jalan,boleh pulak keriau macam kan kena dera.T____T.

Bukak apa hari ni ? Ingat nak masak kari ayam and sayur kobis pastu goreng pekasam ikan puyu garing-garing.dah pesan suruh beli kuih ja.lauk tambah tu tak ada pun takpa.cukup la apa ada kan.kang membaziaq sapa nak makan banyak-banyak tu..

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...