Thursday, June 25, 2015

Lauk berbuka dan sahur sama ja.

As salam.

E-mail outlook down,jadi tak dapat nak baca e-mail office,marilah update blog kejap.

Semalam,finally dapat makan ayam panggang sedap tu.correction : bukan ayam golek,tapi ayam penggang.hahaha.macam mana la boleh terfikir ayam golek.kalau golek dia macam roller kan.ni dah sah brader tu panggang mendatar.gitew.





Bukan main banyak pulak lauk semalam.selalu memang 2 jenis ja.tambahan lauk ketiga tu macam teloq dadar atau teloq masin.semalam tu,nampak banyak sebab sotong tu actually untuk sahur semalam yang terbabas tu.tak nak membazir,so simpan dalam fridge and heat up.

I beli kat cafe cuma sup kambing ,udang butter ( sahur ) and gado-gado.pastu my bro watsap kata dia nak datang,so suruh dia tambah lauk.tu yang request belikan ayam panggang tu.mujur dia jumpa jugak sebab dia tak pernah p lagi pasar ramadhan uptown tu.ayam panggang tu pun actually hasben la bagitau,dia nampak brader tu baru start menjual minggu ni.alang-alang orang nak belanja,so kita pau dia ayam panggang sekoq.baru RM18,murah la sebab ayam mentah,sekoq pun dah RM18-RM20.yang ni,dah siap panggang,ada extra sos dia buat sendiri and yang penting sedap baru RM18.sampai ke sahur la makan.

Tugas beli kuih bagi kat hasben.dia beli roti john,air tebu and somtam.popia tu my bro yang belikan.sampai ke tengah malam la pakat ulang makan.eryna suka pulak roti john,so lepas ni boleh la belikan ,sebab ada orang nak makan.kalau tak kami berdua makan,tak habis.





Sahur tadi ulang makan ja.ayam tu ,dah ke sahur,heat up balik pun still moist.selera pulak pagi ni makan sahur.sup kambing sedap,udang butter sedap dan besaq,somtam semalam ( i tak makan sebab pantang ) and tambah teloq masin.licin semua kecuali teloq masin tu ada balance sebelah.so,jangan membazir,simpan dalam fridge nanti heat up.

Alhamdulillah, dah seminggu kita berpuasa kan.sekejap nya masa berlalu.nanti lagi 2 minggu kerja,dah nak cuti.i amik cuti lama jugak sebab sekolah eryna tutup seminggu after raya.dah sama macam cuti sekolah dah.tapi,memang dah tau since register lagi.taska tutup masa raya puasa 5 hari,raya haji 3 hari.mujur la cuti ada banyak lagi..

Nak berbuka apa hari ni ek ?soalan takleh tanya kat FB,nanti tiba-tiba ada orang share,jangan menunjuk makanan,kesian orang susah.jangan sibuk pasal makanan ,nanti bla bla.jadi,tayang kat sini jer la.heheheehe.

xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...