Monday, June 22, 2015

Kenangan pregnancy ( procedure d&c ) -finale

As salam.

Sambungan dari part 2 .
( entry panjang )

Dah confirm miscarriage,tetiba pagi esoknya rasa macam mild contraction.nak kena pergi opis jugak sebab laptop tak bawak balik.memang planned nak half day.konon nya la.mula-mula hasben kata dia nak hantaq.tapi,pikir kang petang baru nak balik,so malas la.baik buat kerja kat rumah ja.



Pagi tu siap pakai stokin siap-siap.motip ?entah,walaupun belum d&c ,tapi rasa macam dah berpantang dah ni.mujur pagi tu,eryna tak banyak kerenah,terus naik keta dengan abah dia.sebab i dah rasa macam tak larat nak pusing sana sini.alhamdulillah jugak,dekat tol duta pun tak berapa jem.selalu tu kalau waktu puncak,jem jangan cakap la.mau 15-30 mins stuck kat situ saja.

Sambil drive tu,dok rasa la contraction tu lagi.rasa macam cramp sikit belah kanan tu.dah siap bawak pad lebih siap-siap konon nak salin la nanti.sambil tu rasa jugak macam ala-ala heavy period gitu.huhu.padahal tak sedaq lagi tu apa yang dah terjadi.hohoho...

Mujur jugak la rasa nak pakai skirt ja.selalu tu seluar slack ja p opis.macam tau-tau saja satgi baju bakal lencun.




Sempat selfie lagi tu.padahal masa tu,dah la dok tahan sakit,pastu menahan sendu.huhu.time ni memang fragile sangat.tak boleh teringat sikit,jadik air hujan terus.wuwuwuwwuwu.sedih la,sapa tak sedih kan :(.

Elok sampai kat parking,baru perasan rupanya dah lencun satu badan.penuh la dekat seat tu. nervous gak masa tu sebab tak tau nak buat apa.pastu check bag,ada wipe tissue,lap dulu seat keta.dekat belakang,tengok ada newspaper lama,terus letak buat lapik.satgi nak balik konfirm la lencun lagi ni.

Lepas tu,tengok..alamak,dah mula menitik pulak.memang macam dalam drama swasta pulak.laju-laju lap pastu tengok kiri kanan takut orang nampak.dalam dok sakit tu,tapi sebab gelabah punya pasal,laju ja menonong p toilet.nasib la tak jauh sangat.sambil jalan,sambil tengok belakang.takut ada spot pulak kat lantai.huhuhuhu.

Masuk ja toilet...tu dia,memang habis la segala.masa tu,rasa contraction tu makin datang,sambil rasa nak terkencing ke berak entah.rupanya dah keluar dah,macam ketul darah yang besar.bila keluar,sakit pun tak rasa sangat.lamaaa la dok dalam toilet.almost 30 mins cuci kain,baju semua.pakai baju kurung tu,tak nampak sangat bila basah.kalau pakai blouse tu,memang tak naik atas dah kot.

Malas nak fikir dah,konfiden jer dah bebas dari kesan darah,terus naik atas.tengok tak ramai lagi orang mai.lega.kalau tak,leceh jugak nak bersoal jawab.tapi,my team mate dah sampai.dia pulak,elok nampak i,terus la tanya.dah la masuk tu cheq tengah sendu,terus menangis depan dia.huahua..malu plak.hihihi.dia pun macam tak tau apa nak buat kan.i pesan suruh bagitau boss sebab i tak boleh nak jumpa orang for now.sembang sat,terus balik rumah.

Otw back,dah agak la,mesti ada lagi benda kuar.lencun lagi sekali.bila dah banyak sangat bleeding,pastu breakfast apa pun tidak,mula la nak pening.mujur la dah sampai rumah.cepat-cepat naik atas lepas bersihkan seat kereta tu,pastu terus la melepak dalam toilet.i tell you,sebijik cam drama.scene yang kita tengok,orang kuar darah pastu doktor sahkan baby tak dapat diselamatkan.gitu la lebih kurang.

Elok cuci semua,terus nak pitam.laju-laju baring atas katil.sambil tu,lumur minyak herbanika NR tu.lega sangat.i recommend sangat produk NR ni.yang tu nanti i cerita on separate entry.minyak herbanika tu i beli semalam.sebab bila dah tau miscarriage,i pergi beli minyak ,akar herbanika and phytonatal.dah aim nak pantang lagi strict dari waktu dulu.sebab kali ni kan pantang sendiri,so tak nak culas.and nak makan jamu.dulu,tak dapat nak makan sebab takut baby panas.




Dalam kelibut tu,tangan pulak kena ayaq panas.huhu.mengelembung ibu jari ku.lumur gamat,sekarang ni dah cantik balik dah. T_________T.

Maka,start la berpantang.hasben balik half day,belikan lauk sup ala berpantang gitu.sedap pulak tu,tapi makan sikit jer sebab pantang kan.kata nak slim balik.kehkehkeh.yang penting sihat.makan jugak supplement nak bagi tenaga.

Hari khamis tu ada exam,tapi tak dapat ambik.sebab pagi tu macam ada lagi still keluar.dah tak banyak macam hari semalam.dah tak sakit dah.tak rasa apa-apa pun.nak p pmc,dr ratna tengah cuti sampai ahad.since hari jumaat tu nak balik kg,so lepas balik semula nanti la g jumpa dia.nak suruh dia scan tengok.kalau keluar habis,tak perlu d&c.

Selasa minggu depan nya,pergi pmc awal pagi.tak breakfast sebab dr ratna pesan,kalau d&c kena puasa enam jam.so,in case kalau kena,terus ja buat.kalau tak kena,baru p makan.as usual,tunggu la dalam 3 jam baru dapat masuk jumpa.sadis betul.masa timbang,berat dah tinggal 67 kg.yehaaaaa.tu baru 4 hari cut nasik tu. :)

Bila scan,ada lagi sikit.dah tak banyak.sempat lagi mintak back dated mc since rabu lepas.sebab haritu kan dr ratna cuti.mujur la dapat.kalau tak,jenuh jugak kan.tapi,tak de hal sangat sebab memang dah mintak cuti sebab nak balik kg tu.tapi ,kalau dapat mc,mana tau dapat cancel annual leave,and ganti dengan mc jer.

So,kena d&c hari ni jugak.lagipun malas nak tunggu sebab dok rasa jugak sengal belah kanan tu.masa tu baru pukul 1130 pagi.d&c katanya pukul 2pm.siap keluar kejap p amik duit ,pastu konon nak pass mempelam harum manis kat member di shah alam.sekali,baru nak masuk highway,pmc call carik.terpaksa la patah balik.suruh hasben p sorang ja.tapi,dia nak teman dulu sampai masuk ward.



Orang lain pakai baju ni sebab bersalin,tapi cheq pulak........sekarang ni dah redha,ada hikmah nya tu.usaha lagi lepas ni.after tiga bulan yer baru elok mengandung....i nak pantang dulu.The best to conceive is after 3 months.atau after 3 kali period.sebab masa ni rahim kita dah cukup kuat untuk tampung janin.jangan la kalut sangat nak conceive sampai tak peduli kesihatan.esok-esok,kita yang tanggung.bukan sapa-sapa.

Masa ni,kami dok gelak-gelak atas wheel chair.mula-mula takmau duduk atas tu,tapi pakcik guard tu suruh jugak.dia kata,awak kan sakit.meh pakcik tolak.sabaq jer la.orang mesti pelik apa kena la kat kami ni,siap amik gambaq segala.





Lama sangat tunggu turn.dah pukul 2 pm,tapi doc tak mai lagi.bosan sangat.masa ni hasben kuaq.i suruh dia p shah alam antarkan buah and makan jer terus.sebab tak tau pukul berapa nak start.i duduk macam dalam waiting room pun ada jugak.untuk d&c,tak perlu warded,day care jer.abis procedure boleh balik.tapi,kalau baby dah besar,am not sure.in my case,less than 12 weeks,so tak perlu stay.




Tiba-tiba nurse masuk bagi kuih and milo panas.nampak sedap jer.tapi i tak makan sebab teringat dr ratna pesan.kang makan,satu hal kena puasa lagi 6 jam.pelik jugak apesal nurse bagi kuih.lepas tu,dengar kat luar,depa sembang.rupanya nurse tu tak tau.dia main letak jer sebab time tu agaknya time orang makan kot.so,dia pakai bagi ja.tak lama lepas tu,dia mai amik balik.kalau tinggal tadi,harus lah cheq bawak balik ja.sebab nampak menarik.kuikuikui.

Dalam pukul 3 pm,baru la nurse masuk kata dah ready nak masuk operation room.huwaaa takut.dah la tu,sensorang pulak tu.hasben ni tak sampai lagi.nurse tolak masuk,berdebar-debar wei.tengok OT room tu dah serupa macam dok tengok dalam drama ( again ).tengok nurse tu ambik segala besi,gunting,dup dap dup dap tau.terus tengok lampu OT tu.takmau tengok dah kiri kanan.

Pastu,ada dr masuk.nama dia ,dr amir kot.pakar bius.then,dr ratna datang."hai,saya datang ni"..i love u la,dr ratna.ada rezeki mengandung lagi,nak datang sini lagi walaupun kena tunggu lama...
Pakar bius tu pulak siap kenalkan diri."puan,nama saya dr amir.saya pakar bius.saya akan letak ubat ni.ada pedih sikit,lepas tu puan akan tidur"..sambil dia masukkan ubat tu ikut drip tu,sambil dia ajak mengucap and zikir.sempat zikir tak habis pun...tiba-tiba...zzzzzzz....

Tetiba,mamai-mamai,dengar orang panggil,"puan,bangun puan.dah siap puan"..owh,dah settle rupanya.tak rasa apa pun.dr ratna pun dah takder kat bilik tu.ada nurse jer.nurse tolak masuk bilik tadi and suruh tidur jer kalau still mengantuk.tapi masa tu macam blur pun ada.nak sambung tidur tapi tak boleh.




Tak lama lepas tu,hasben pun sampai.dalam 20 mins ada kot dalam OT tu.rasa macam lamaaaa la pulak.pastu dr ratna masuk check perut,and dia suruh makan.kemudian,suruh kencing and dah boleh balik.

Sebab kan tak makan dari pagi,kebulur sangat,semua pun habis licin.rasa macam sedappp la pulak.hahahaha.ada siakap and ayam masak kicap.pastu dah boring tak tau nak buat apa.tanya nurse,bila saya boleh balik.nurse kata kena tunggu sampai air drip tu habis.ok lah,sikit lagi.dah g toilet kencing semua,pastu salin baju.tunggu jer drip tu habis.lama tak lama,nak dekat pukul 6pm baru balik.dah la rushing nak amik eryna lagi.takut lebih masa.

Ni share sikit pasal pengalaman dan kos d&c :

D&c tu tak sakit langsung.in fact tak rasa apa-apa.kebas tangan jer sebab kena drip.jalan pun takder la macam orang bersalin.cuma kita sendiri la jaga toksah jalan laju-laju.jangan buat kerja berat.sebab rahim kita masih tak sihat.orang d&c less than 12 weeks ni tak payah bertungku sebab rahim belum kembang.ini i dah tanya tukang urut.kalau nak urut lepas seminggu dah boleh.tapi,i tunggu lepas 30 hari kot.sebab nak urut tu untuk buang angin jer and naikkan balik rahim atau sengkak.

Kos di pmc sungai buloh dalam RM1,350.semua ni termasuk la makanan,konsultasi doc,ubat bius and segala benda yang kecik-kecik tu.i suka pmc sebab doc dia baik and nurse semua membantu.insya allah,like i said,ada rezeki mengandung lagi lepas ni,nak datang check up and bersalin sini jer.

Kenapa tak pergi hospital kerajaan ?

Ni lah kelebihan kalau ada buku merah.remember,i tak sempat bukak.baru ja planned nak ke kk jalan tanglin,which happened,the same day,i got my blood spot and rush to pmc sg buloh.so,bila takdak buku merah,macam mana pulak nak ke gomen ? mungkin boleh tapi maybe akan mengambil masa la nak tunggu prosedur,and i really need a break. kalau boleh,at times like this,tak nak p kerja and jumpa orang.so,jangan la pandang remeh benda-benda macam ni.buku merah pun penting yer.

Maka,bermula lah mc 2 minggu starting hari d&c until 22 June.campur mc minggu lepas,almost 3 weeks la i mc.and office dah agreed cancel jer i punya leave haritu and buat semua mc.so,i ada banyak cuti lagi la.hehehehehehehe.bulan June macam i kerja seminggu jer kot.bukan mc suka-suka.i memang lepak rumah kot.work at home apa yang boleh settle and tidoq.yer la,kata pantang kan.apa lagi nak buat.

Next post,i akan share pantang orang yang gugur,my style.jangan ambik mudah yer bab pantang ni.cehhh,macamkan strict sangat ler tu.T____T.

xoxo.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...