Tuesday, June 16, 2015

Kenangan pregnancy ( part 2 )

As salam.

Actually,tak tau macam mana nak mula and nak cerita.tapi,untuk kenangan,nak jugak la cerita supaya tak lupa kenangan yang Dia pinjamkan untuk seketika.

So,bersambung dari part 1, bila dah masuk 12 weeks,masa tu,dah ready la nak bagitau dekat kawan-kawan yang rapat..ala,macam member group wasap la.sambil-sambil tu,nervous jugak nak tengok apa pulak jadi bila masuk 2nd trimester ni.sebab masa 1st trimester takdak alah,kita mana tau if yang next trimester ni ok ke tidak kan.

Balik dari melaka  yang weekend vacation tu,dah mula la tak menyabar sebab hari jumaat tu nak balik kampung sebab adik kahwin.dah planned la nak makan itu ini.itu jer la kerja nya.makan-makan-makan.padahal hari khamis tu ada exam,lagi main-main dok pikiaq nak cuti ja.amik cuti dari khamis,sampai la selasa.

Balik dari melaka tu,on monday,pergi kerja macam biasa la.tapi,haritu tak ramai orang kat opis.ada yang cuti,ada yang on business trip.hajat di hati tu,nak share la news dengan one of my good fren yang i selalu lunch dengan dia,tapi dia on emergency leave pulak.oklah,tunggu esok jerlah.sempat jugak puasa ganti.ada lagi baki sehari jer.pastu,dalam pukul 3 petang macam tu,masa kat toilet,tengok macam ada brown spot.mula la cuak.of course la kan,sebab kalau tak pregnant tu,boleh la nak assume tu period.tapi,ni tengah pregnant kot.dup dap dup dap jugak.tapi tak sakit.so teruskan puasa sebab dah goggle  pasal brown spot untuk pregnant mom ni ( boleh puasa and solat sebab darah tu bukan dikira darah period ).

Esok tu,ajak hasben g check up.lagipun memang patut p last week.mula-mula ajak g petang sebab Dr Zul dekat pusrawi tu,hari selasa dia masuk petang.tapi,hasben ajak g pagi tu jugak.takyah tunggu petang.so,lepas hantar eryna,kami pegi pusrawi (padahal dah tau dia masuk petang),nurse cakap kena tunggu petang.tapi,sebab dah cuak jugak ada blood spot sikit pagi ni,so try la call pmc.

Call pmc sungai buloh,dr ratna ada pagi ni.so,nurse cakap boleh datang.kami sampai pukul 8 pagi,ambik number and check blood pressure.tinggi sikit la pulak.check lagi sekali baru ok.agaknya stress kot.huhuhu.timbang berat,tu dia dah 71 kg.padahal last month check up baru 67 kg.matik lah gini.




Lepas tu,terus g breakfast kat kedai depan tu.sempat la makan lontong sedap kat situ.masa ni,hasben siap pesan,lepas ni,takyah buat kerja berat lagi dah.memang la since dapat tau pregnant tu,takder la buat kerja berat pun,cuma dok dokong si mek tu jer lah.turun naik tangga lagi.fuhhh.so,deal,lepas ni,no more dokong.yer la tu T________T.

Masuk dalam hospital,tengok number tak jugak gerak.ramai pulak orang harini.dapat tengok macam-macam ragam la.tengok orang perut dah besar datang check up,terus rindu kenangan bawak cik eryna dulu.hehehe.lepas tu,boleh pulak nampak satu perempuan ni,kuar dari bilik doc,darah kat kaki.huwaaa nerves la kita ni.rasanya dia miscarriage kot.debar terus la i olls ni.huhuhuhu.

Dekat 3 jam tunggu ,kalah klinik kerajaan dah,baru depa panggil masuk.almost 11:15 am macam tu.masuk,cakap dengan doc,pagi ni ada blood spot sikit.doc kata,satgi kita tengok kat scan.elok jer scan,doc cakap,heart beat dah takder :(.
Pastu,nak confirmkan,doc check nadi dari bawah tu.huhuhu.mujur jugak tak pi kat doc zul, kalau tak,adoi malu gak tu.elok jer dia kuar alat tu,ada darah dah. :(


Ni masa scan bulan lepas .masa ni kan baru confirmkan pregnant.kantung tu kan ada.



Yang ni scan dengan dr ratna,sebulan lepas tu.macam sama jer kan.Terus la doc confirmkan,memang baby dah takder.kalau tengok dari scan pun,beza dari eryna dulu time dah masuk 12 weeks tu.patut baby dah form dah.ni ada kantung jer.and doc kata kantung tu pun dah penyek.....





Yang ni masa eryna dulu,boleh nampak jelas dah mula membentuk.geram pulak kan tengok cenggini.comel :)..sedih sedih..sobs sobs ( masa tulis ni dah almost 2 weeks dari kejadian,so sekarang ni dah makin ok la nak tulis.haritu memang tak boleh nak tulis,air mata memang tak boleh nak tahan dah ).

Masa tu macam speechless sikit.doc kata kena buat d&c.tapi dia bagi masa 2 weeks untuk keluar sendiri.kalau takder kuar apa-apa within that time,kena datang buat d&c.
Tanya la punca miscarriage,doc kata,benih tak jadi jer.lagipun janin still kecik.macam ibarat pokok,ada yang jadi,ada yang tak jadi.gitu lah perumpamaan.boleh baca kat babycenter.com ni pasal keguguran di awal kehamilan.

Mula-mula macam ok jer,macam redha,tapi sambil cakap dengan doc,sambil nangis.frust pun ada.and tak tau la cemana nak describe masa tu.doc suruh discuss dulu,nak buat bila d&c.pagi tu,ada orang nak bersalin,so doc pun nak cepat.kuar dari bilik doc,rasa kosong lak,masuk keta,sambil baca kat babycenter,sambil nangis.tapi gelak-gelak pulak,hasben kata,dia cuti hari ini.,jom la kita g memana tenangkan fikiran.so,i cakap,nak p butik cari baju untuk pakai wedding my sister nanti.sepanjang dalam keta tu,borak-borak la jugak kenapa tiba-tiba jadik macam ni.ada la hikmahnya tu.huhu.

Lepas dah puas round butik-butik tu,takder yang berkenan.ajak g giant jer sebab dekat situ ada gak kedai jual baju lawa-lawa.beli blouse jer nanti match jer dengan kain kurung.dah malas nak fikir,janji warna baju ikut tema.pastu,terus g tadika amik eryna.harini dapat la mc sehari.eryna pulak,happy la nampak kami dua datang amik dia.masa tu,bersyukur jugak sebab Dia pinjamkan eryna dekat kami.kurang-kurang dapat la cover sedih tu...

Ok,sambungan la part 3 masa proses d&c nanti :(.







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...