Friday, June 26, 2015

Kahwin adik

As salam.

Takdak post makanan hari ni sebab asyik tayang lauk beli ja.
Harini insya allah nak masak kurma ayam tiru dari blog filla ,pastu nak goreng ikan merah sebab tengok blog sue.baru teringat dalam fridge ada ayam 2 pek yang dah diasing, ikan merah seketui and ikan siakap sekoq.boleh la buat berbuka.muak jugak asyik beli kat cafe.mungkin nak usya kuih muih jer kot.

Semalam dok teringin kuih cara hijau tu,takdak kat pasar.ke habis tak tau la sebab hasben p lambat.
Terliuq teringat kuih cara haritu masa kat umah mentua,mak buat punya la banyak.pulun makan panas-panas,.yums...balik nanti nak ajak buat la.cehhh ajak la sangat,padahal order nak makan ja.hewhewhew *menantu hantu*.

Btw, ada gambar lebihan masa my sis kahwin haritu.so,tinggal lagi si bujang tu belum ada jodoh nak kawin.ingatkan nak sekali harung,tapi miss right belum muncul,dahulukan la sapa yang dah gatal nak kawin tu..hehehehe.





Miss tres hermanas :D.kami enam beradik, empat pompuan,2 laki.belah kanan kakak no 2, yang perantin tu adik bongsu.kakak sulong entah p mana.mungkin tengah ligan ( kejar ) anak-anak dia yang suka buat onar kat rumah tok T________T.

Yang belah kiri paling cun.kahkah.tu tengah dokong budak tu.gerammmm jer takmau pakai dress tu.mengamuk sepanjang pagi nak pakai baju boboiboy.haru betul la.masa ni,dah la dalam pantang la ni..baru 2 hari lepas g jumpa doc tu.patutnya tak leh dokong la,tapi nak amik gambaq punya pasai,dokong jer la..




Our special guest.ketibaan diiringi hujan yang sangat lebat.like seriously lebat sangat.sebelum tu,dok komplen,panas la apa la.sekali,hah amik hujan lebat and pak lang harun pun sampai.actually, bukan time dia balik kampung pun,tapi ada ceramah kat penang,so beliau singgah perlis dulu dengan menantu yang no 3 kot.memang datang straight dari key ell,lepas tu akan singgah penang and balik semula ke key ell.masa kenduri i olls dulu,rasa nya pak lang tak berapa sihat,baru lepas operation kat IJN.alhamdulillah,nampak sihat.last jumpa masa kenduri anak bongsu kat bangi.




Family photo ramai-ramai.tumpang kamera orang ja.sibuk layan tetamu malas nak pegang phone.tak lama la hujan,dalam 30 mins berhenti and cuaca elok balik.tetamu pun start ramai masa ni.anggaran jemputan dalam 1000 orang jugak la.kenduri buat kat rumah sendiri senang,nak panggil jemputan ikut bajet kita.and takdak protokol.

Antara menu :

Nasi tomato and nasi putih
Gulai kambing
Daging dendeng
Ayam goreng berempah
Acar sayur
Ikan masin

Kuih-muih :

Roti jala
Kuih sagu
Candies
Cucur badak

Teh tarik and air oren.

Semua makanan habis dan tak membazir ,alhamdulillah.lebihan yang ada tu,untuk kami ulang makan.paling win mesti la daging dendeng.sedapppp.siap simpan untuk bawak balik tapau.haritu makan waktu sahur,memang ngam ho.ada lagi sikit kuah dia,boleh buat cicah lagi.



Pengantin dengan kawan-kawan dia.ramai jugak yang mai.kira antara yang terawal kawin kot batch dia ni.sebab tengok yang bawak anak and dah kawin dalam dua orang kot.yang lain semua single lagi.available ke tak,macam tak sure.hehe.



Gambar kat rumah pengantin lelaki.time ni,dah sudah makan.kami tak cuti lama.patutnya selasa baru balik,tapi habis kenduri kat rumah adik ipaq tu ( isnin ),terus straight balik key ell.sebab nak g jumpa dr ratna untuk scan and apply mc.

Raya kali ni tak dapat cuti lama pulak.apply 7 hari ,tapi dapat 4 hari ja.hari rabu dah kena masuk opis balik sebab ada urgent pasal software baru nak kena run.huhuhu.eryna pulak ,boss suruh bawak datang opis jer.sebab i bagitau,takdak sapa  nak jaga since taska tutup dari 15 -24 .siap la hampa tak jaga anak aku.sebab dia ni cepat bosan.dulu bawak p opis,asyik ajak balik jer.tak leh nak buat kerja pun...depa kata,takpa ramai nak tolong jaga.ok,will seeee.......

xoxo.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...