Monday, June 1, 2015

Eryna soon to be 3 years.

As salam.

Alhamdulillah, bulan ni ,kira bulan ketiga la eryna masuk nursery ke play school sama jer.sebab ada orang kata ,nursery semata-mata untuk hantar jaga macam babysitter and play school obviously ada aktiviti.apa-apa lah janji anak terjaga.
So far ,dekat school tu ,kalau ikut yang i pegi survey masa dulu tu ,depa ada la aktiviti berjadual ,macam hari isnin ada tour sekolah ( jalan-jalan kenal alam sekitar ) , selasa buat aktivit lukis ,rabu pulak memasak and so on.tak hafal dah.

Ada la few times , hari rabu ,time pick up nanti eryna bawak sekali hasil baking dia tu.macam haritu dia bawak balik pie pastri.kulit pie tu of course ler ready made cikgu buat ke beli tak tau ler.deco kat atas tu dia buat sendiri.punya la excited ,habis dia makan.maklum la 'baking' sendiri katanya.
Lagi yang i ingat ,depa buat apple dip with choc.rugi pulak tak amikkan gambar buat kenangan tunjuk kat eryna apa dia buat. she might not remember all during her 0-4 years i guess.sebab macam i pun , i cuma boleh recall time i masuk tadika kemas masa umur 6 tahun tu jer.yang lain tu kena tengok gambar baru macam ingat ,owh aku p sini ,aku buat itu ini.




Sekarang ni ,tabiat baru dia, p sekolah nak mama ja hantaq.abah hantaq mula la keriau sepanjang malam.stress la jugak sebab haritu dah elok dah rutin ,abah hantaq ,mama ambik.
Lepas dah dia keriau sampai muntah-muntah ,pastu buat perangai ,i terpaksa jugak la hantar.sebab takmau la jugak ,dia p skoll stress.padahal bila tanya cikgu, depa kata, masuk taska ,pandai pulak dia diam pastu carik kawan.Attention seeker betul la budak ni.

Any development so far masuk taska ni ? Hmm.bab study tu tak nampak lagi.sebab she can read A-Z ever since dia dekat rumah.i pun ada ajar dia.and she can recognise the alphabet dah.1-10 pun dah boleh.i dok gak tunggu kot ada other new things macam pandai baca number sampai 100 ker, alif ba ta ker..so far takdek la lagi.
Cuma ada notice dia suka jugak sometimes nyanyi lagu 'lompat si katak' , ayam and few lagu-lagu rakyat tu...tidak lah saya expect tinggi pulak.sebab dia kan budak lagi.as long as she faham apa orang cakap,know how to reply the conversation,boleh faham yang mama-abah has to work,and skool is tempat dia stay during weekdays pun dah ok.

Cikgu pun bagitau,kalau lapar,she will ask for the foods.nak susu ke, i mean selain dari waktu yang berjadual tu.foods pulak depa sentiasa ada macam biskut and roti.selalu tu,kalau g amik,roti letak jem tu kiri kanan la,pastu asyik cakap sedap.yo la tu.yang skool semua ok.

Hari-hari pun i akan tanya dia,makan nasi tak.makan apa hari ini,main apa.and she will tells all her activities which makes me happy.as least i know eryna pun suka duduk skool.siap ada bestfren pulak ,nama Darina.nama pun nak dekat sama dah.




Si budak notty.if u read this in future, just want u to know,that mama and abah love you so much,walaupun pagi-pagi selalu buat drama swasta.macam pagi tadi,tiba-tiba sibuk nak mandi.lepas tu,dah bukak segala baju nak pulak  nangis kuat-kuat.so,kena la marah dengan mama.pastu merajuk la konon,takmau pakai baju.nak susu, tapi dah buat ,takmau pulak.nak botol lain pulak.
Dah la mama ni jenis amarah jugak,dah berangin pagi-pagi.ish not good la like that.mujur kat taska elok jer.salam and kiss then masuk taska sambil kakak pimpin dia.

Umur 5 tahun ni dah kena masuk kindergarten sebab taska sekarang sampai umur 4 tahun jer.tak tau lagi nak pilih yang mana.ada few dalam list,antara nya ,Islamic pre-school.maklum la,mama and abah pun kena banyak belajar lagi,and memang ada terfikir jugak nak masuk kelas mengaji kat masjid kd.kita ni,kadang rasa solat kita dah ok,rasa dah pandai mengaji quran,tapi kita tak tau,ada yang perlu diperbaiki.cara sebutan and so forth,nak baiki lompong yang ada,insya allah..

Tahun ni rasa nya celebrate kat skool jer la kot.style budak-budak sekarang kan.sebab kawan-kawan dia pun mostly buat kat skool.tak tau la nak tema apa pulak tahun ni.nak masak sendiri ke macam mana.benda-benda ni saja jer,suka-suka.kalau ikutkan anak,depa syok masa tu jer.bukan depa ingat pun kan.hehehehe.

xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...