Tuesday, June 30, 2015

Buat facial murah ,and berbuka di klgcc :)

As salam.

Dah lama sangat tak buat facial, so i was thinking to pamper myself. Suddenly,ada terjumpa IG aesthetic doc yang baru bukak saloon dekat alam avenue 2.and tengah having promotion ,RM25 jer untuk 40 mins facial.wah,laju-laju tanya la nak book sabtu.since hasben ada kelas,boleh la menyinggah sana sat.

Saloon spa doc sophia ni share dengan dentist.so,tak akan nampak sign board dari luar.kalau nak senang,waze jer Fiska Boutique,sebab spa ni kat tingkat 2 while Fiska kat tingkat 1.senang ja nak jumpa sebab tepi jalan.kalau dah sampai Alam Avenue tu mesti jumpa.



Mujur la ada tempat untuk budak.patut appointment pukul 11 am,tapi,hasben nak p kelas awal pulak,so watsap la dr sophia cakap nak datang awal dalam pukul 10.konon la,padahal 1030 pagi baru nak hegeh-hegeh cari kat mana tempat.kocoh-kocoh la dr tu datang,sebab dia kena on appointment ja,and she stays nearby.cepat ja datang.nasib doc tu sempoi.



Budak ni bawak menan tu keluar masuk.dah la menan ni yang The Dentist tu punya.huhuhu.cantik la tempat ni.depa pun tengah buat promotion,scalling baru RM50.ingat nak p try la next week.tak batal kan ??? makruh jer kan ?? huhuhu.




Best kan.luas and selesa.first time jumpa dentist mesra family camni.selalu tu takat tempat duduk and tv jer la.macam dr khairuddin kat shah alam tu,selesa jugak cuma takdak la toys segala untuk budak-budak main.

Nampak banner tu ? dalam tu la spa dr sophia tu.baru jer bukak dalam 2 weeks kot.sebab tu ada promotion.and she has her own skincare jugak.best la,sebab facial dia takder nak picit-picit sampai keluaq ayaq mata,ayaq hidung segala.some more doc tu peramah giller,dah serupa kenal lama.siap gosipping lagi ha.si eryna pulak keluar masuk bawak toys.pastu ajak balik sebab dah boring.T____T.

Lepas tu,time nak balik ,tengah dok sembang dengan doc tu pasal skincare (harus la terpengaruh beli sebab facial dia best kot + tengok muka doc tu lawa,skin smooth jer) ,boleh pulak eryna p tuang coffee scrub kat karpet.huwaaa malu mak kau ni wei.mujur la beli skincare set tu khennnnn..doc tu bagi yang baru ganti.hewhew..mujur la dia pun ada anak,memahami la sikit.kalau tak,mesti rasa annoying.lolssss...

Kalau sapa nak try,boleh la check instagram dr.sophia.y.aesthetic.skincare dia pun affordable,and i dah try masuk hari ketiga,puas hati.takder peeling ,soft ja.kalau nak buat treatment lain macam chemical peeling ka,vampire apa entah tu pun boleh.wasap jer dia.cepat ja dia reply.rajin menyembang pulak tu.





Balik dari facial,singgah OU.petang nanti nak berbuka kat klgcc.yang ni memang tradisi,tiap-tiap tahun berbuka sana.my bestie's parent yang belanja,alhamdulillah rezeki jangan ditolak.kami sampai almost 630 pm and parking pun dah nak penuh.

I suka ja klgcc sebab food spread dia banyak (walaupun tak makan semua ) and sedap.worth it la.tu tengah beratur sebab takleh park dalam,so,dok tunggu buggy datang pick up.kalau jalan pun boleh,tapi kot basah ketiak pulak.hohoho.






Sampai sana,dah ada meja reserve.klgcc ni yang best tu,depa banyak sangat space,and kena reserved.sangat senang la,so tak la jadik kes takdak tempat nak makan atau makanan tak cukup.rasa macam satu masa boleh accommodate 500 pax ke lebih entah.or maybe more.

Selalu nya depa takdak letak tempat mainan ni,sekali kali ni ada.ha,memang confirm la budak tu layan kat situ takmau masuk dalam.tensi la,dah tak boleh nak bersembang dengan my fren tu.hmmm..kena dating lagi la cenggini.tak puas borak.

Tu,yang pompuan pink duk cangkung tu kan,rupanya dia dok jaga anak hunny madu.ada one time,lepas dah makan,hunny tu ajak anak dia,sama sepesen eryna,meraung la ajak balik.memang dilema mak-mak betul la.



Playground berhantu.mula-mula eryna ja dengan budak tu main.lepas tu,haaaa penuh budak-budak.depa letak meja kat luar,last-last makan kat situ jer sambil tengok.dah la,waktu g amik food tu,bapak eryna ni boleh lak dok ralit main game,si eryna ni dah g terjun kolam.hadoiiiii..pening weh.. T_______T.




Dah macam kenduri pandangan dari atas.sapa dok area sini crowded sikit.kami dok kat dalam,ada ekon.tapi,tulah tak merasa pun ekon sebab last-last kena duduk luar gak kat playground.pfftttt.panas pulak tu sebab belakang tu depa dok mengipas sate and goreng apa ntah.dah serupa aku yang makcik goreng tu.




Food stalls banyakkkk.food pun banyakkkk.name it ja apa korang nak.ada kambing bakar,lidah bakar,ikan bakar,segala jenis mee,yong tau foo,nasi tomato,beriani,nasi ayam,nasi kukus,stall goreng cucur,segala kuih-muih,abc,cendol,buah..eh..macam-macam la.dim sum pun ada.



Andddd,aku makan ni ja.dan lagi sepiring kecik lobak goreng.tak mampu nak makan banyak-banyak.seriously.teh tarik minum 2 gelas.sedapppp.pastu kopi.perut penuh ayaq jer la.rugi kan datang buffet banyak tu ja makan.dah tahap nak terkeluar balik,so better stop.eryna makan satay 4 cucuk.



Tak sure sebab lighting ke apa.one day after the facial and lepas guna skincare doc sophia.i likeeee.takdak naik jerawat kecik atau macam ruam.tandanya skin i boleh tolerate la dengan produk ni.kalau tak serasi,takyah tunggu lama,sehari je,terus naik ruam.moga istiqamah la pakai produk ni,malas nak tukar skincare lagi dah.

Nak buka apa hari ni ?? rasa macam nak p ikea la.weekdays tak ramai sangat kot.

Xoxo.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...