LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, May 11, 2015

Lima restoren / kedai makan yang harus di cuba di Lembah Klang/ Kuala Lumpur.

As salam.

Sapa suka makan ? Well ,who doesn't kan.
Kalau ada tempat makan baru jer, mesti tak sabar nak try.
Lepas tu tak sabar nak share dengan kengkawan.
The beauty of Malaysia, kedai makan pulak bersepah-sepah.dari hawker sampai ke high end.Pilih jer la , sedap ke tak sedap.lepas tu halal.senang hidup.

Teringat pulak dekat ex-colleague filipino.masa tu i attended meeting kat Manila, so masa makan, i memang tak makan la sebab yang depa order tu selain dari pork ,ada beef and chicken.last day tu baru depa orderkan pizza vegetarian sebab kesian kot asik 'puasa'..hehehehe.

Lepas tu ,kawan i ni datang sini pulak for meeting.pastu dia pelik apesal pulak semua benda i makan pulak.so, dia tanya la kenapa kat Manila tak makan , tapi kat sini semua bedal.hehehhehe.so, terpaksa la explain pasal halal....

Owh, betul nya nak review pasal makanan yang sedap di tekak i and restoren yang i suka makan.
Biasa la melalut sikit untuk intro :)

1. Asam laksa sedap di Jom Bali , Tesco Mutiara Damansara.

Banyak kali pergi Tesco sini, and selalu sangat lalu restoren ni.dalam tesco mutiara damansara , berdepan dengan kfc.
Tak pernah la terasa nak masuk sebab assumed macam kopitiam.




Satu hari , wife ashraf muslim ada post kat IG dia pasal asam laksa yang sedap kat situ.sebagai pencinta tegar asam laksa , oh wajib la i cuba.selama ni asam laksa yang sedap di tekak cuma Mark's Asam Laksa di OU , tapi sejak ditutup ,tak pernah dah rasa asam laksa sedap.oh ada satu lagi ,iaitu di Jaya Jusko food court Mid Valley yang sedap.

Asam laksa ni kena cukup masam dengan rencah.tambahan petis tu buatkan lagi umphh.kebanyakan nya macam kurang rasa ,samada cair atau tak rasa langsung.





Asam laksa sedap.yang memenuhi segala aspek.dari segi masam ,kepekatan mahupun segalanya.ada dua size, i pilih yang kecik.pun dah kenyang.sebab nya takut la kot pilih yang besar nanti tak sedap pulak.sekali sedap pulak...so, wajib la ulang makan lagi lepas ni..

Disebabkan dekat dengan rumah , kebarangkalian untuk ulang makan sangat tinggi.hopefully, rasa nya tetap mengancam.harga nya pula , hanya RM 7.90 semangkuk.


2, Nasi lemak ayam crispy Village Park , Uptown Kota Damansara.

Nasi lemak wajib la dimakan tiap-tiap minggu.
Macam area rumah i ni, so far belum jumpa la sambal yang menawan hati sehingga teringat-ingat.
Tak boleh lawan nasik lemak yang makcik stall bukak dekat kuala lumpur sana.
Itu tiap-tiap minggu mesti beli.sejak dah tak kerja area situ, memang jadi rindu sangat la ngan nasik lemak.

So, the best options is nasi lemak ayam di village park uptown.
Parking nya leceh sikit , so, kalau nampak parking tu cepat-cepat la masuk.and make sure jangan park sesuka hati ,kang kena sama pulak.hehehe.

Weekend sangat ramai , please bersabar tunggu queue.
Tapi, servis sangat laju.
Selain nasi lemak ayam ( signature ) ,ada macam-macam jenis lauk.tapi, i just pilih nasi lemak ayam ni jer.ayam nya crispy and sambal sedap.
Few times datang sini and alhamdulillah rasa masih sama.santan nya tak la terlalu lemak , just nice.
Harga sepinggan RM 9. And teh ais tu sedap kot....





Dulu , rasa nya nasik tu macam banyak sikit ,sekarang ni macam dah kurang sikit portion dia. but, ayam masih sama besar nya,



Eryna pun suka jugak.owh, dia ni memang tekak melayu makan nasik.
Mau nasik lemak tu ,dia makan macam tu ja..banyak gak dia makan.good girl....

3. Imaan Mee Tarik Cyberjaya.

Mee tarik ni macam tiba-tiba hot dekat malaysia.ada several pernah nampak.
Yang best tu mee tarik ni dibuat home made di kedai.so, memang rasa mee tu lain.
Kenyal dan berlemak.

Sesekali kita tak nak makan berat kan waktu malam, so boleh la makan mee tarik.





Boleh waze carik di cyberjaya.lokasi nya macam tak ingat, tapi tak jauh pun dari Saba nasi arab.
Restoren ni bagi free drink untuk main order.
Contoh ,kalau order 2 meal ,dapat la 2 drinks.refill la sampai lebam :).





Dry beef noodle with potato.rasa plain jugak ,letak chilli flakes baru mengancam.
Eryna suka , bertambah.sebab kuah tu tak pedas.




Beef noddles with potato version kuah.
Yang ni pedas. and sedap.



Buat tambahan ,order la lamb & chicken stick ni.sedap jugak..
Harga pulak ,dalam rangae RM 7-RM 8 untuk sepinggan mee.
Yang stick ni rasa nya RM3 each kot.

Nanti mee tarik warisan asli akan bukak di kd, so tak payah la saya travel jauh-jauh nak makan mee tarik.yeay !!!!


4. Nirwana , nasi daun pisang - banana leaf.

The best banana leaf untuk tekak saya.
Restoren ni kecik ajer , berdepan dengan Bangsar Shopping Centre , sebelah kedai roti Tous Le Jours.
Nak parking memang mencabar la, especially weekend , so kami selalu parking kat dalam BSC jer.





Queue started during peak hours.tapi tak lama.
Servis cepat.masa kita queue tu depa akan ambik order and by the time dapat meja, dah dapat makan.



Untuk set nasi daun pisang , it comes with acar timun , peria goreng ( yang kaler merah tu ) and tak pahit.best okeh..pastu ada sayur kacang panjang .boleh tambah rasam kalau nak.
Pastu siram la dengan kuah kari.yumsss sangat.

Set ni RM  9 per person.





Kami akan tambah lauk , selalunya kami amik sotong and kari ikan tenggiri.mak aih, sedap sangat.



Jangan lupa minum teh tarik yang super sedap ni.tak cukup secawan wei..
Untuk total , selalu nya kami berdua ( eryna free ) , dalam RM 40.
Teringin jugak nak try banana leaf kat gerai tu ,tapi bawak budak kecik macam tak sesuai pulak.panas...


5. Dim sum Minmax Restaurant  PNB Darby Park



Selain dari nasi and mee , of course la i suka dim sum , sushi and makanan korea.
Tapi terpaling suka mesti la dim sum.
Pernah makan buffet dim sum kat quality hotel long time ago. lepas tu jauh sangat nak p ,so the nearest adalah PNB Darby Park.

Minmax restoren ni terletak sebelah PNB. bukan dalam PNB , tapi dari luar dah boleh nampak la.
Kalau lunch tu pergi la awal sikit , tapi tempat ni besar gak , unless takder group booking , should be fine la nak dapat tempat.




Boleh lupa diri kalau datang sini.semua benda nak order.
Kalau mai dengan large group baru best sebab boleh rasa semua dishes.




Yang ni wajib. raddish goreng.sedapppp.ada sambal dia tu..perghh mengancam.



Crispy keledek also must try.
Ada banyak kot ,sampai tak tau nak pilih :).



Nasi goreng cina , pun sedap.saja order buat tambahan.
Price range selalu nya bila kami datang dengan group tu , adalah share dalam RM20 per head.
Ok lah kan dengan order yang terlalu banyak sampai ada  tu ,kena tapau lagi :).


Fuhhh..dah cukup lima.kalau nak ikut ada macam-macam lagi yang suka.nasi lemak royale la, tomyam la ,apa la.tak cukup hari dah nak tulis...
Meleleh ayaq liuq dok tulis entry makanan ni tau,..


xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...