LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, May 22, 2015

Penting nya ada wasiat

As salam.

Hari jumaat tetiba cerita wasiat.huhuhu.
Tadi ,lunch tekak i nak sangat makan ayam penyet Best kat ampang park tu.sebab kat situ jer i dapat refill sendiri sambal penyet tu tanpa batasan.tempat lain nak kena call waiter/ersss sepoloh kali baru nak datang.oh , kat waroeng penyet the curve pun boleh refill sendiri kan.
By the way ,i macam biasa ,kalau lunch kat luar tu ,kalau takder geng ,i selamba jer makan sorang-sorang.malas nak fikir pasal lunch partner segala.janji kenyang.hahaha.

Lepas dah makan tu , entah caner teringat nak singgah maybank.tujuan nya nak tanya pasal penama.
Lately , i macam tetiba baca/dengar pasal kawan-kawan i yang suddenly kematian suami.last year , two of my school mates lost their husband.left behind ,anak-anak.ada sorang ni ,anak dua.yang lagi sorang ,anak 3 and she was pregnant her 4th child, and the only daughter.so sad kan.masa i pergi visit , my fren ni agaknya dah takder air mata.dia cerita la pasal ,betapa arwah sangat hepi as anak ke 4 tu girl ,after having 3 boys.siapa sangka, arwah tak sempat melihat.and tabah nya kawan saya tu ,melahirkan anak tanpa suami di sisi.aduh..mengalir air mata saat menulis..saat dia bercerita ,mata nya bercahaya , penuh rasa cinta.aduh ,i speechless betul masa tu.

Yang kawan ada anak 2 orang tu ,husband dia meninggal sehari sebelum Aidilfitri tahun lepas,yes ,di saat kita seronok berkumpul bersama keluarga, my fren ni ,di hospital uruskan jenazah.tabah nya sahabat-sahabat saya ini.i masa tu baru sampai rumah dari kl.balik beraya la katakan.pastu terkedu orang dok ucap takziah kat kawan i ni kat FB dia.so, i kontek kakak my fren  ni untuk cofirmkan.sedih sangat.hari raya ke 5 ,i pergi melawat.pun sama macam kawan i lagi sorang tu , tabah sangat kawan i ni bercerita.dah la waktu tu,anak yang no 2 tu asyik nangis jer.i guess he rindu the father. :(..

Latest ,akak satu bilik dengan i masa kt itm dulu.the hasben left her with one kid.subhanallah ,baru i noticed ,kawan-kawan i ni semua anak depa lelaki.except for yang dapat baby girl last tu..semoga hero-heroin kawan-kawan i ni akan jaga ibu mereka sebaiknya.




So, berbalik kepada cerita awal tadi , i pergi maybank pun nak tanya pasal penama la.baru terfikir ,mana tau apa-apa jadi ,agak-agak macam mana bank nak settlekan.so , i jumpa produk advisor and dia explain pun sangat membantu.

I ni ada loan ASB dengan maybank , so i just wonder la, kalau anything happen to me ,macam mana nak tuntut.so ,dia bagitau ,depa akan buat cara faraid and pembahagian secara islam akan dilaksanakan..ok, yang itu clear.
Lepas tu that lady cadangkan ,untuk buat wasiat jer.bukan hanya untuk loan ASB tu ,tapi apa saja la i nak buat macam housing loan ke , kwsp ke  ( if tak pernah buat penama ) and so on.






Untuk kaum isteri especially ,sangat penting untuk suami buat wasiat.macam katalah jadi kes macam kawan i ni, dah la ada anak-anak ,kalau takder penama ,semua akan goes ke ahli keluarga ,macam mak, ayah, abang ,kakak ,baru lah sampai ke isteri.and kalau lah kata family tak nak amik ,nak bagi semua kat waris dia pun akan ambik masa yang lama, mau dalam 2-3 tahun.

Banyak jugak dia cerita kes ,yang isteri teraniaya ,maybe family tak suka ke.pastu duit semua jatuh ke tangan family.kesian la kalau isteri tu tak kerja.macam mana dia nak sara hidup dengan family ?
Kalau yang family bertanggungjawab ni ,insya allah la , duit tu selamat.
Again ,my point nak cerita pasal wasiat ni adalah , bila buat wasiat ,proses tu akan jadi mudah.cepat tu tak sure.maybe tak makan bertahun kot.





Tadi, that lady pun explain la, kalau i nak buat wasiat ( terus seram ) ,buat jer semua in one short.and bagitau siap-siap berapa portion nak bagi.macam contoh bagi kat mak ,ayah, hasben ,anak ,each 25 %.
I saja tanya dia ,apa dia advise untuk  %. comel pulak bila dia cakap , kalau dia la,lebih baik la bagi kat parents and anak-anak lebih.hasben takper , dia boleh kawin lain.hahahahah.mak pak mesti akan bagi punya portion cucu dia.gitew.terus i sambung ..kalau wasiat hasben ,bagi kat bini semua la kan..pastu nak gelak-gelak pulak dalam bank tu.hihi.

Well ,kita ni pun tak tau bila ajal menjemput kan.so, just buat apa yang perlu.i pun tak nak ,kalau i dah takder , hutang i tak settle.tergantung wei dekat 'sana'.macam paling simple ,hutang time study.memang la tak banyak ,tapi kalau orang terdekat kita tak tau ,satu hal pulak.macam insurans tu lebih kurang gitu la.dapat duit tu ,tolong la bayar hutang study i ok T______T.

Macam rumah ,sebab kami joint loan, so automatik , if anything happen to one party, bank akan settelkan 50%..sekarang ni, laki bini kena buat wasiat.kalau nama mak ayah kita atau mentua tu ok lagi, buat nya nama apa pun takdak ,pastu takdak orang tau pulak tu apa harta kita ada ,sikit pun still kan.yang dah pergi tu confirm la pergi ,yang hidup kena move on ,so dengan ada nya sedikit peninggalan tu dapat lah bantu apa yang patut.

Oh ya ,wasiat kalau dengan maybank ni, fee dia RM 1,008 siap ada GST 6%.hoish ,bila la GST ni nak set off ntah.lepas tu ,kalau ada nak buat perubahan kat wasiat tu ,kena charge lagi RM 300.so ,sebelum finalised kan wasiat tu, baca betul-betul and tengok nama betul and % tu jugak.

Ni tengah dok baca lagi segala kandungan dalam wasiat terakhir ni.nak taip pun seram semacam.

xoxo.





2 comments:

Nastyna said...

Teringat pulak masa arwah my dad ada, entah macam mana dia macam dapat rasa ker apa, dia oraganise semua paper dokumen and baru beli rumah, bagi kat my mom pesan lagi elok2, tup tup few months after that he "gone", muda lagi in his 40s.

I pun balik hari tu dan la letak penama situ sini, tapi ada lagi yang tak settle. Penting ni benda macam ni, especialy untuk anak2.

Norsyadzila Mustafa said...

Ya wasiat sangat penting..ada jugak pemberian kepada yang hak secara hibah..maksudnya kita bahagikan harta siap2 semasa kita masih hidup..bagi saya yg ni juga bagus, supaya anak2 tak bergaduh nk harta lepas kita meninggal..disamping boleh bantu anak2 sedikit sebanyak secara adil waktu kita masih hidup..

(info seposen dari saya, sb pernh dengar org buat cm ni)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...