Thursday, May 14, 2015

Nasi berlauk kak wok JJ , TTDI Jaya

As salam.


Sekarang kan weekend kena berdikari buat hal sendiri.ada times ,kalau rajin ikut la hasben p kelas.setakat drop jer la,pastu merayap la ke mana-mana.kalau hari ahad memang malas sebab kelas dari pukul 8 pagi.dah gaya macam nak pergi opis pulak la awal pagi dah siap mandi.

Sabtu haritu ,ikut sekali.since kelas start pukul 11, so takder la nak terkejar apa pun.siap punya siap,kemas itu ini,sekali tengok jam dah pukul 10.30 pagi.so memang tak sempat la nak breakfast sesama.jadi , drop jer pastu p makan dengan eryna.

Mula-mula tekak tu macam nak makan megi goreng.so far yang sedap kat restoren subaidah dekat dengan rumah ni.since dah ke shah alam ,dok pikiaq nak makan kat hakim jer.sapa duk shah alam ,especially student itm mesti tau hakim ni.legend ooo.kaya hakim ni.tapi sejak ada banyak choice ni tak tau la best lagi ke tak.dulu zaman studi mau seminggu tak makan tak sah.


pinjam dari goggle


Tengok jam ,dah almost 11 am.ntah camne tetiba boleh nak makan nasi berlauk kak wok.terus pasang waze, tengok dalam 11 km.ok la,jom la p sana.
Nasi berlauk kak wok JJ ni kat TTDI jaya sana.jangan silap TTDI  pulak.bukan kuala lumpur tau, tapi TTDI Jaya shah alam. kalau datang dari shah alam tu , from Giant tu straight jer hala ke monfront boys school.kalau datang dari NKVE , kena amik kiri.

Landmark , sekolah kebangsaan TTDI.berdepan dengan sekolah tu ada shop lots, so masuk jer kat situ .kedai dia kat hujung sekali ,corner lot.




Masa sampai tu tengok queue panjang jer.siap berdoa, jangan la kau habis yer nasik.kempunan mak encik nanti.dah la kami berdua ja, si eryna pulak tak mau berdiri.kena pulak dokong.kat situ depa dah buat 2 lines ,so beratur la tunggu order.
Tu brader tengah bungkus nasik.laju pulak tu depa buat kerja.




Makanan kat sini cuma nasi berlauk ayam.lepas amik nasi ,sila la order air and bayar.pastu baru makan yer.
Kat sini ,makan takdak pinggan ,semua bungkus dalam kertas brown tu.so, sampai turn cakap jer la nak berapa.sebungkus RM 5.50.dalam dia ,nasi putih ,ayam goreng ,kuah gulai and sambal.untuk eryna ,tak payah sambal.





Nasi dia ok la, ,memang kena ada sambal baru umph sebab gulai dia tak pedas.kelantan kan,and bukan gulai macam utara.lain sikit.sedap makan panas-panas.tambahan ayam tu depa potong kecik and goreng garing..memang best.sambal dia sedap.haritu lupa nak mintak banyak.sikit sangat dia letak..mana la cukup untuk pencinta pedas macam i olls ni.




Untuk air ,boleh la cuba air bandung kaler hijau .yang lain tu air standard jer.since tak pedas, eryna makan setengah bungkus tu abis.
Bagus jugak konsep kedai cenggini sebab tak payah basuh pinggan.basuh gelas jer la.pastu lap meja jer.tempat pun banyak jugak.even orang ramai ,takder masalah,semua orang jenis, dah abis terus bangun.nanti staff datang kemas.

Sebab tak puas sambal haritu sikit sangat , insya allah weekend ni nak p lagi la sana.nak mintak sambal extra banyakkkkkkk.biaq bengkak bibiaq tu.ehehehehehe,

xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...