Tuesday, May 12, 2015

Lauk masak-masak

   As salam.


Lately ni malas betul nak memasak.memang kena tunggu seru betul-betul baru rajin nak masuk dapoq balik.last masak last week kot.tu pun sekali ja ,masak puluit pelam.hehehe.
Yang lain beli ja samada kat cafe atau pasar malam.
Lagipun foods kat cafe ni sedap and murah , so setakat nak masak dua orang tu ,haish malas sangat.huhuhu.


Tengok handset ,amboi banyak pulak food kita masak-masak suatu waktu dahulu.
Presentation pun biasa -biasa ,tapi tetap bangga dapat masak.hihihi.





Time takdak idea.pastu tak tau nak masak apa.nak beli pun tak tau nak makan apa.punya la tahap kronik.so end up makan megi.pastu masak cucuq manis.cicah dengan sos.pun boleh.
Eryna pun suka jugak ni.dia boleh habis 3-4 bijik .pastu abis dia ratah-ratah tomato sos tu.




Nampak macam penuh serdak ja kan.tapi sedap wooo.
Ikan siakap fresh ni.buat steam limau.
Actually, banyakkk kali la jugak masak steam limau ni, tapi macam tak berapa menjadik.
Ada times macam tak cukup rasa.ada sekali tu letak limau nipis, mai aih kelat.huhuhu.

Lepas tu, try letak asam boi , and perah limau kasturi.terus jadik..sedappppp
Resipi nya , tumis bawang merah ,putih ,serai.dah wangi letak la air.and masuk kan asam boi tu.agak dah mendidih ,masukkan tomato ,bawang besar and perahan limau kasturi.siappp..curah jer atas ikan yang dah siap di stim.
Ikan stim tu kalau tak nak hanyir ,perap dengan kunyit ,garam ,halia & serai.nanti wangi jer.





Sup ayam.ni pun baru start belajar makan kaki ayam.sebab nya kat rumah ,mak tak pernah masak kaki ayam.dia geli.mau nampak ni,konfirm dia tak akan makan.
Sebab cik hasben suka betul beli, so try la.eh ,not bad..

Kaki ayam tu kalau nak bagi lembut ,rebus dia dulu.biar la lama sikit.
Pastu masukkan kentang.agak kentang macam separa lembut, masuk la isi ayam.
Sebab nya isi ayam tu cepat masak.i suka potong kecik-kecik.so, cepat la dia masak.

Bila masak sup ,i tak suka plain camtu ja.mesti letak 4 sekawan tu and paling senang letak sup bunjut.rasa macam hanyir jer kalau tak letak salah satu ni.




Ketam berempah.lagi sekali don't judge the look ok. :)
Sedap tau.habis semua 5 ekoq ni.
Ketam kalau nak buat cara macam ni ,kena goreng dia dulu deep fry.baru rangup.
Untuk kuah tu , tumis bawang and daun kari , pastu masukkan sikit rempah gulai ketam/daging ,agak dah masak ,masukkan sikit jer kicap and sos.sebab tak nak hilang rasa rempah tu.
Pastu masukkan ketam yang dah goreng tadi.biar kejap.last pecahkan teloq.kalau ada teloq masin pun mengancam jugak.




Menu paling senang & bahagia dalam dunia.
Kalau masak kari tu ( orang utagha panggil gulai ) ,kalau ada lebih tu jangan la buang.simpan.mana tau emergency boleh la jadikkan kuah.

Macam ni ,just goreng bawal sorang sekoq garing-garing.pastu drizzle dengan kicap manis.lawan dengan sambal belacan ,gulai and sayuran.sedap woooo..




Kalau rajin ,masak nasi tomato pun syok jugak.
Dalca tu first time masak.selalu tu malas nak berdalca bagai.buat nasi tomato ,pastu ayam masak merah.tapi haritu ada sayuran lengkap ,so mari lah berdalca.sedap wooo..puji diri sendiri la pulak.tapi ,serius sedap.and senang nak buat.ikut resipi che mat gebu.tapi ,derhaka gak ,tak ikut semua.hihihi..

Nasi tomato pulak tak susah.macam nak buat nasi ayam jugak.cuma ambik masa la sikit.
I suka tumis bawang & 4 sekawan tu dengan minyak sapi.rasa nya memang sedap lain macam.hehe,
Pastu ,susu cair mesti nak jenama Ideal.kalau tomato puree pulak ,jenama Heinz.
Ni semua sebab terikut cara mak masak.dia memang details setiap brand tu.and hasilnya memang sedap sangat.


Dalca kalau nak sedap senang ja.pandai agak-agak dekat rempah and santan.toksah banyak ,just untuk rasa jer.lepas tu masuk jer semua bahan & dalca yang dah di rebus sebelum tu.
Nasi tomato kalau ada daging rebus lagi meletup.ayaq asam jangan lupa.
Orang utagha punya style ayaq asam sangat simple.
Blend kasar tomato ,garam & gula.lepas tu masukkan dalam mangkuk, hiris bawang merah nipis-nipis ,tomato ,asam jawa ,and perah limau kasturi.done.
Dulu ,masa baru nak start belajar buat ayaq asam ni ,memandai blend tomato & bawang.rasa dia kelat tak sedap.pastu mak ajaq la rahsia nak buat ayaq asam sedap macam resipi kat atas tu :).


So far, untuk rempah ,i suka cap Babas.sebab nya mostly gulai dia tak payah letak santan.
Kalau mak ,dia suka rempah cap O. pun sedap jugak.





Stok seminggu sekali.kami beli barang basah & sayur kat pasar malam.
Tapi, sejak malas masak ni ,tak banyak sangat stok basah tu.kang membazir.
Selalu nya beli ayam sekoq , ikan dalam enam ekoq ,daging ,sotong /udang.
Sayur pulak wajib kobis sebab boleh buat banyak jenis masakan.

Minggu ni konfirm tak masak since hasben tengah kursus .so beli jer la senang.balik rumah pun mata takleh tahan.semalam ,pukul 9 pm kami dua beranak dah standby atas katil.pastu kroh kroh...

xoxo.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...