LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, May 25, 2015

Hujung minggu di perpustakaan raja tun uda shah alam

As salam.

Weekend haritu , tetiba i nak makan nasi berlauk JJ kak wok tu.so, bila hasben tanya ,nak breakfast tak ,i terus cakap nak g JJ.kira nya , i akan ikut dia pegi kelas la.Eryna pun bangun awal sabtu tu ,dari pukul 8 pagi dah sibuk mengadap robocar poli back to back lepas tu siap sambung Thomas.dia dah tak minat sangat dengan Hi 5 and sofia tu.skang ni minat train ,kapal terbang pastu kartun robocar poli tu.pitam sikit la kan T_______T.

Sampai kat kedai dalam pukul 930 am, orang dah ramai as always.tapi queue tak lama pun ,dalam 10 mins ja.nampak geng the red warrior dah semangat awal pagi dah siap ber jersey bagai.semangat itu penting walaupun tak menang kan.opsss.hehehehehe.

Kali ni, i dah siap pesan brader tu ,nak sambal lebih.hambik kau, banyak dia letak, baru tercungap pedas weh.kes nak balas dendam haritu sambal sikit sangat.tapi suka la sebab rasa pedas gitu.
Lepas tu ,boleh plak hasben kata kelas cancel.lecterur sakit tekak.alang-alang dah sampai shah alam, takkan nak balik pulak.kang balik ,dok mengadap tv jer la.
Dapat idea nak p library shah alam.goggle tengok dekat kelab golf shah alam tu.tak jauh dah.
Eryna pulak ,cakap jer nak ajak tengok book ,terus semangat berkobar-kobar.haha.dia memang obses sikit dengan buku.walaupun baca nya tidak ,koyak jer lebih.huhuhu.

Library ni located dalam kelab golf sultan aziz shah tu.masuk jer ikut pintu gerbang , pastu amik kanan,kanan, then jumpa la tiba-tiba seketul library kat situ.orang parking kiri kanan jalan jer.
Untuk budak below 10 years, ada bilik khas kat bawah tu.yang dah lebih dari umur tu ,boleh la naik kat atas.since i tak naik atas , so i tak tau la ada apa kat atas tu.siap ada pameran kereta ,itu agak konfuse la jugak.
Libray ni bukak dari pukul 9 am-9 pm on weekends.









Nak masuk sini, kena bukak kasut .depan pintu tu ada banyak recycle bag tu.ingatkan untuk apa, rupanya , bukak kasut ,and letak dalam tu.bagus gak camni ,at least takder la kasut bersepah-sepah.
Masuk dalam tu ,bawak la sekali beg tu.jaga sendiri kasut masing-masing.




Besar jugak dalam ni.siap ada tempat untuk baring-baring tengok tv.ni mak bapak pun join anak-anak landing.
Eryna plak ,dah tak tentu arah semua buku dia nak pegang.pastu buat sepah.adoi ,sabar jer la.



Pokok ni dah jadik tempat budak-budak berlari main kejar-kejar.i ni siap pindah kejap g sini ,kejap g sana.tak leh duduk diam budak ni.tak tentu arah semua tempat nak p.
Si eryna ni siap berguling dah ala-ala hindustan dah.pastu dia tengok ada budak panjat atas rak tu ,dia nak join jugak.memang suara sapa lagi yang dok jerit ala-ala tarzan dalam tu.satgi-satgi "eryna"!!!!! satgi -satgi " eryna" !!!!..stress orang dengaq tau T________T.

Ada jugak sections untuk komputer.budak-budak ni melantak tengok youtube.
Kena bayar internet ,tapi i tak tau berapa charge nya.pastu ,ada 1 pc tu ,internet berjalan ,tapi tak tau sapa yang bayar.eryna selamba jer lepak tengok upin ipin .hihihihi.







Ada surau khas tuk budak laki & perempuan.surau mak pak ada kat bawah.luas and bersih jer.
Dalam ni pun ada toilet , so tak yah susah nak keluar masuk.suka la duduk sini.
Eryna boleh pulak siap berry.adoi ,padahal kat umah dah selamat berry kot.dah la seronok main ayaq dalam tu.toilet pun bersih.lega.





Kat sini ada banyak sections nak duduk.so sangat selesa.
Kafe pun ada ,tapi kat luar la.macam i tengok budak-budak ni ,depa p makan situ ,and harga pun  murah ,kira ok la.bersih pulak tu.
Teringat zaman i dulu ,p library negeri ..weekend jer la boleh p.tapi ,lebih kepada nak menggedik jugak aku rasa.muahahahahaa.usya-usya jer, takder aku berdating kat situ.kita mana ada bf masa sekolah.tak laku ..lolssssss.

Overall ,i rasa bagus la library cenggini.kalau dari kecik kita dah biasa bawak ,insya allah nanti anak-anak dah terbiasa mesti depa suka.
Lepas ni boleh jadi next stop centre la kalau ikut g shah alam.daripada dok tawaf butik jer, anak boring pastu buat pasal, kang mak sama naik hangin.elok lah g sini ,eryna dia suka jer.

xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...