Thursday, May 7, 2015

Cuti panjang haritu

As salam.


Haritu sempena cuti bersambung yang agak panjang , amik extra leave sehari.sebab dapat jangka kesesakan Plus highway nanti.
Mula-mula planned nak balik after opis khamis malam tu , tapi tengok hasben macam tak ready ja.dok kalut dengan assignment la , apa la.so gerak pagi jer la.
Konon jugak nak balik pukul 4 pagi, pun sama, tengok driver dah terbongkang bukan main lagi, malas pulak nak kejut.last-last pukul 7 pagi baru gerak.tu pun delay sebab eryna buat liat nak bangun pagi.dah rasuah dengan baju frozen baru nak mandi. T_________T.



Seperti dijangka, jem bermula sebaik saja keluar toll dari rumah ke arah sungai buloh.bercinta la wei.
Planned nak breakfast kat sg buloh , nak makan nasi lemak kecik-kecik tu ,hancur musnah sebab nasik lemak semua habis.punya la ramai umat.
Mujur la dapat gak tempat & yang penting , dapat makan.nanti tak tau nak stop kat mana lagi.
Dah macam hari raya puasa dah ni.


Slow moving sangat tahap 40-60 km/j ,or less.
Mujur la co-pilot.
Tukang bagi komen untuk meriahkan suasana.
So, kita amik pic pastu berkelai ngan eryna sebab dia asyik ke depan, ke belakang.


Sebab jem sangat , so, lunch masuk perak.
Nak cari nasik vanggey original.
Takmau yang dekat greentown tu.tak best.


Senang jer nak cari.guna waze, search nasi ganja Yong Suan.itu la dia.
Dari toll ipoh tu ,dalam 10 mins jer dah sampai.
Kata nya ni la original vanggey.
Nasi vanggey tu dijual dalam kedai cina yang juai air minuman.
Macam share kedai la.
Kena bertabah sikit menunggu sebab orang ramai.




Kami sampai dalam pukul 1.30 pm , time peak orang nak makan.
Mujur dapat meja, tu pun share dengan orang lain.
Queue dah start panjang.
Tak tau pulak kalau nak makan situ ,tak payah queue.
Mujur la bukan aku yang beratur.hehehehehe.





Specialties nya adalah ayam ni lah.
Ni kira set standard vanggey.
Cuma, telur rebus takder, depa bagi telur masin.
Sian mek eryna makan nasi kosong ngan timun.muahahahahaha.
Harga nasik RM12 ( for 2 sets )  , air RM 6.80. murah tak ? air macam mahal kot.nasik ok lah harga tu.







Rasa lagi best dari vanggey greentown.tapi, tetap takleh lawan nasik kandar zainol kat petaling jaya tu.sebab nya makan vanggey ni takdak la teringat-ingat pun.
Saja la merasa masakan lain pulak.

Balik kg takdak buat apa sangat.hanya makan, tidur ja.buat tambah berat badan.
Yang penting dapat makan kat anjung keli.sapa yang p perlis, boleh la makan kat sini no.landmark , depan sek men sains tuanku syed putra.sila la p awal, sebab even though tempat besar and luas, orang sangat ramai.
Specialties adalah ikan keli yang dibakar.and tak hanyir langsung and di bakar tak hangus.
Kalau nak banding dengan ikan keli seksyen 2 shah alam tu ,jauhhhhhhh beza tahap kesedapan.
Lepas tu ,jangan lupa ambik sambal buah kuinin..huwaaa sedap.
Mujur la dapat merasa keli sedap ngan sambal kuinin tu.BEST.


Lepas tu makan bihun sup & abc di restoran nira nipah di kuala sanglang.
Pun silakan datang , waze jer la.
Tempat ni memang cool sebab kita duduk dalam rimbun nipah.
Orang ramai sebab cuti.pukul 5 sampai , 630 petang baru dapat makan.nak carik tempat duduk pun mau sejam.


Puas la kali ni dapat makan harum manis ,siap bawak balik jual kat kawan-kawan dekat.
Tak ambik untung pun ,sebab tolong jer juai. RM25 per kilo.mai pick up sendiri kat rumah..hahaha.
Pastu ,dapat makan rojak mak bee ( siap tapau kuah rojak ) .
Cuma , kali ni tak makan laksa kola & seafood.malas nak melawan lautan manusia.


Apa-apa pun, syiok ooo balik kg.
Bulan depan insya allah balik lagi.ada kenduri adik pulak.
Tak zabarrrrrrrr.


Xoxo.








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...