Monday, May 18, 2015

Buat blood test kat Tropicana Medical Centre

As salam.

Eryna ni entah la.every 2 weeks asik demam jer.dalam 3 hari dah sembuh.pastu lagi 2 minggu demam balik.susah sangat hati.macam last 2 weeks , time balik kg tu ,dok elok-elok main segala , tetiba bangun pagi esok tu demam.high fever sampai 40 c ,terus nurse kat klinik sumbat ubat bontot,dalam sejam ,terus peluh and aktif.kuat betul penangan ubat tu.huhuhu.

Hari jumaat malam baru ni,tetiba macam dedar sikit.padahal masa fetch kat taska,kemain lagi berpeluh baru lepas main dengan kawan-kawan.aiyoh. dah masuk kali ke 4 dah ni.tak leh jadi la.mula la risau pikir macam-macam.

Sebelum ni ,kalau demam ,masa dia baby ,bawak g paed kat kd ni.bagus dr chua tu.tapi, sejak dah ada panel kad ,so bawak g klinik biasa jer la.ubat tu lebih kurang sama jer dengan dr chua.cuma kalau g paed dia lebih details.kalau klinik biasa ni ,nak cepat jer.

Lepas tu ,eryna ni dah 2 kali on antibiotik which i think , lama-lama macam dah tak immune.abis tu, tetiba demam kan,apa kes pulak.
So, sebab demam dia tak kebah eventho dah sumbat ubat bontot tu ,so we decided for blood test.masa tu fikir , TMC jer la yang dekat dengan rumah.nak p KPJ damansara ,macam jauh sikittt la dari umah.and fikir kan yang demam dia tak surut.dok maintain 39.8 dari pukul 2 petang.

Sampai TMC dalam 5,30 pm , pergi kaunter and register ,tunggu punya tunggu, 615 pm baru nurse attend.aiyoh ,kalau aku tau lambat gini ,baik la p yang jauh dari rumah macam kpj tu.then ,nurse suruh mandikan and tunggu kat bilik.tunggu kat bilik tu pun lama wei.pukul 7 pm ada la mo check pastu dia kata buat blood test and bagi lagi ubat bontot tapi kali ni dos up , 250 mg.kalau ubat bontot yang biasa doc bagi tu dalam 125 mg.p
Pastu melepak la kami 3 beranak dalam tu.dok pikiaq tu nak admit jer la.at least insurans kaver la.ambik blood test tu mahai kot.





Again ,tunggu lagi almost maghrib nurse mai dengan doc.
Apa lagi ,meraung la cik kak tu first time ambik darah.siap boleh pulak sambil keriau tu, dia kata nak makan nasik.yerla ,tak makan ,tak minum since tengah hari,mana tak lapaq.
Lepas dah habis amik darah, kena tunggu sejam pula untuk result.

Kafeteria semua dah tutup.mujur ada 7 E.beli susu ,milo,nasi lemak and umpan chips.
Pastu bawak p main kat play room tu.
Dah habis maghrib pun tak jugak call.boring nya hai..
Effect ubat tu ,eryna aktif balik.bukan main lagi dengan tangan berbalut tu melompat sana sini.

Around 830 pm ,nurse call cakap test dah keluar.
Alhamdulillah , test influenza and dengue semua negatif.
Cuma ,ada jangkitan virus.sebab tu demam.tapi virus yang manja-manja.
Nak admit ,sekali bilik semua penuh tinggal suite saja.konfirm la insurans tak kaver. T______T.

So,terpaksa la balik rumah jer setelah berjam-jam kat sana.
Nak tunggu bill tu satu hal lama gila kot,nak dekat sejam.padahal berapa ketul jer patient kat situ.
Adoi, serba serbi slow motion la sini.serik pulak nak mai sini.huhuhuhu.
Seperti dijangka , bill total RM 580.fuhhhhh...

Yang ralat tu ,sebab takdak detail explanation untuk setiap test.yes, they do bagi la list apa yang depa buat tapi bukan nya kami faham semua.frust betul.dengan charge yang mahal tu , macam tak berbaloi.serik la pulak dah nak mai lagi walau dekat dengan rumah.

Anyway , tulah orang kata , anak sakit ni, kifarah dosa mak bapak.hmm ,kalau cakap kat laki aku ni, dia akan kata ,dia takdak dosa la tu..so, konfirm la ,sebab dosa mak ke apa ni.huhuhu.
Rasa-rasanya semua mak pun akan keep on saying.keep on wishing ,kalau kita dapat gantikan penyakit tu ,kita nak ja amik.yang penting anak kita sihat walafiat.same goes to me...well, only HE knows better.

Semoga eryna tak demam lagi and dijauhkan dari penyakit berbahaya.
Moga terus sihat & cerdas as always.

xoxo.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...