Tuesday, May 26, 2015

ahad hari tu


As salam.




Sempena meraikan kelantan ke final , walaupun tidak bernasib baik :D , kita breakfast nasi kerabu ayam percik.hari ahad haritu , bangun tidoq jer teringin nak makan ni. kt kd ni ada satu gerai juai masakan kelantan yang sedap.gerai ni dekat seksyen 6.actually ada banyak gerai situ ,and i can say boleh tahan sedap-sedap jugak.cuma so far ,yang masakan kelantan , i would recommend here.
''Selera Pak Da Pantai Timur " nama dia.kalau malam , gerai ni ada dibukak kat uptown kd.

Dah dua kali p sini nak beli nasi kerabu daging bakar , tapi dah habis.huhu.padahal ,masa tu baru pukul 830 pagi.korang ni sarapan macam nak masuk kerja ke apa.so, terpaksa la pilih ayam percik.lepas tu lupa nak suruh letak teloq masin & solok lada.kalau tak, mesti lagi umpphh..

Apa yang best kat sini, depa tak kedekut segala sayur & jugak rencah.sambal tumis tu siap letak banyak-banyak.haritu lagi best ,akak tu siap bungkus asing.memang puas makan.sedappppp..
Banyak choices pulak tu, ada nasi dagang ,nasi berlauk ,laksam,kuih-muih,pulut and so many foods yang memang tempting jer.next time nak try laksam pulak.and mungkin kena p beratur pukul 600 pagi baru dapat nasi kerabu daging bakar T________T.




Sebab breakfast dah berat , so terus skip minum petang.teringin nak makan laksa & bihun sup utara.yang follow blogger kathy jem /ceera noh , mesti tau gerai JZ coconut shake ni.sebab ni gerai best fren depa gak. adik kepada ayu blogger.
Tengok macam sedap jer and masakan utara ,so nak la try.dah la dekat dengan rumah.

Gerai ni dekat kg melayu subang tambahan.senang sangat , betul-betul berdepan dengan signboard "bandar pinggiran subang".u -turn kat depan sikit ,dah nampak.ini kalau datang dari arah kd /sungai buloh.kalau dari denai alam , just belok kiri.

Bihun sup tu memang sedap.letak sambal ,fuhhh best.daging pun banyak.terubat rindu bihun sup utara.very recommended.i order dua bihun sup and satu laksa.
Semangkuk tu cuma RM4.murah and berbaloi dengan rasa.




Try jugak coconut shake.letak milo tabur.pun sedap. harga RM 3.50 segelas.hasben amik ayaq nyoq tak mau gula tak mau ais.pun sama RM 3.50.



Laksa pun sedap.habis la semangkuk makan.kekekekkkee.
Lepas tu ,nak makan bihun sup pulak.maklum la ,share dengan eryna, dia makan berapa kerat jer,main jer lebih budak ni.



Nak makan sendiri ja, yang masuk mulut boleh dikira.berdikari la nak ,senang hidup mak .hehhehehehe.kalau suap jenuh bersilat ,so makan sendiri jer la senang.





Lepas dah kenyang , nak mendobi pulak.since cuaca tak menentu ,jemur kat yard tu ,kain tak berapa best pulak bau dia.so ,buat dobi sendiri jer la.sekarang ni bersepah dobi self service ni.kebetulan yang ni tengah promosi.10 kg cuma RM 2.50.untuk dryer pulak RM 2.

Tapi ,tulah dryer tu ,still ada yang lembap.tu kami dah bahagi dah tu.amik 2 dryer ,kira 1 dryer dalam 5-8 helai baju ja.pun ada yang lembap kena balik sidai kat rumah.
Lega jugak la baju dah siap basuh.tak la sakit mata.
Promo ni sampai hujung bulan ni ja.lepas ni ,cari promo tempat baru pulak lah.heheheheh.



First time buat dobi sendiri.selalu hasben buat.baru tau camno mesin ni operated.hehehe.
Beli dryer sendiri jer la nanti.tapi tengok mesin dryer tu pulas baju ,mak aih ,mau hancur rabak masuk kali ke 10 ni.so, kira alasan beli baju baru jer la nanti kan...T___T.


xoxo.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...