LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, April 27, 2015

Teringin ayam penyet

As salam.


I memang penggila ayam penyet.tapi, le hasben tak berapa suka.kalau terpaksa ,dia paksa rela la teman.sebab tu ,kalau ada time waktu lunch hour, dapat makan ayam penyet ,baik la makan dari tunggu dia.

Tapi, haritu ,di sebab kan dah balik rumah after work baru terasa nak makan, so terus la ke the curve.setelah tengok dalam blog soraya tu ,kata ayam penyet Leko tu sedap.meh la kita cuba , pass tak kat tekak ni.


Ada waroeng penyet gak kat situ.tapi, sebab dah pernah makan, so nak try Leko la pulak.
Betul-betul sebelah dip & dip .ramai jugak orang makan eventho dah malam.
Tengok-tengok menu..hmmm boleh tahan jugak la harga nya.RM12 only for chicken.maknanya takdak set la.kena pilih asing-asing.




Ayam penyet sendu di tasik madu....




Ribs penyet sakitnya tuh di sini..hahahahhaha




So, i order ayam penyet, hasben amik ribs penyet ( baca review kata sedap ), pastu order nasi putih 3 pinggan , sup urat ( layu di tasik madu-sebab macam cair jer ) and air ( cincau + air kosong ).sebab laki ku itu nanti kalau takdak kuah, kang tercekik.persis bayi la sangat, makan takdak sup, nak tercekik.


Untuk makluman, first time la makan penyet-penyet ni takdak tauhu & tempe.kedekut ke camne ni? yang ada hanyalah sayuran yang sendu.ish..berapa la sangat tempe & tauhu tu kalau letak sekali dalam bekas tu.
Kalau nak order , sila la amik asing, harga RM 5.90 ,which tak berbaloi ku rasa.. T________T.

Sambal nya ada 3 tahap , tak pedas, pedas and sangat pedas.ala-ala nandos...kami amik pedas.and tak cukup la pulak sebab sikit sangat.mintak extra mujur tak kena charge.hahahahahhaha.

My review, biasa jer.sambal nyer tak umph.don't think to go there again ( unless ada org belanja ).
Harga untuk order tadi RM 65.sekian..terpaling mahal dalam sejarah makan ayam penyet untuk 2 orang..macam tak berbaloi.tapi, ok la sesekali cuba plus orang lain bayarkan ( muahahahah ).
And memang sekali ni jer la pi makan situ.




I have tried few ayam penyet yang sedap macam wang solo kat ampang.itu memang sedap gillos.tapi, wang solo kat shah alam seksyen 7 , bagiku tak berapa umphh.so, mcm tak pasti ini branch ke francais ? rasa tak sekata.
Macam yang ni nasi ayam penyet kat ampang point,sedap.boleh la kalau terdesak nak kena p sana makan,cuma parking sangat hazabedah ampunnnnn..

Disebabkan ayam penyet ni ada banyak kat ampang,sila jangan konfius...


Sebabkan tak puas hati makan sambal penyet yang tak best, so teringat pulak kat ampang park ada ayam penyet best ( nama kedai ) and memang best.selalu jugak makan sini.and portion besar.yang best tu , depa ada set yang berharga RM 12.90  ( dulu sebelum GST murah sikit la...ni harga lepas GST ) .dalam set tu complete nasi , ayam yang besaq , sambal sedap ,and sup.pendek kata puas hati.




Tapi, boleh pulak, hari jumaat haritu pi makan, sambal nyer macam terlebih tomato.huwaaa..dah kenapa semua ayam penyet nak sabotaj ni....BUT, memandangkan , portion nyer besar, serdak penyet pun banyak & boleh refill sambal banyak kali ,maka di maafkan,.yang penting ada tauhu & tempe tak yah order asing.haahahahhaha....
Gambar atas tu , masa i pernah tapau makan kat opis.masa ni sambal dia sedap jer.takder la terlebih tomato sangat...puas hati kan portion nyer.sebelum GST RM10.90 jer.mujur lah ,harga naik tapi portion tetap sama.jangan la ,harga naik ,pastu portion makin mengecut.kesian la kat rakyat marhain...maklum la dah 42 juta kan dapat kutip..opssss...T______T


Untuk tekak ni, sambal ayam penyet AP kat wangsa walk paling terbaik.tapi, ( banyak sangat TAPI ), restoren tu dah tutup.mula-mula ingatkan depa pindah, pusing punya pusing memang takdak.sedihhhh sangat sebab situ memang sedap.sambal nya buat kan i boleh feel lagi even dah lama tak makan.ayam penyet AP tempat lain tak best macam wangsa walk.so, sapa yang tau mana depa pindah tolong la habaq mai ok.yang dekat luar wangsa walk mall tu takmau, dah pernah makan.biasa-biasa jer....


Any suggestion ayam penyet yang SEDAP ? maksudnya , ayam penyet yang juicy & tender pastu sambal nyer tahap tak boleh lupa sampai bila-bila..dan TAUHU & TEMPE tak payah order asing. caps lock sangat sebab kes tak puas hati...... :D

xoxo.



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...