Friday, April 10, 2015

stokin bawang

As salam.


Harini eryna ada sukan.tapi parents tak dibenarkan tengok.alah , macam small gathering untuk budak2 jer.bukan la year end pun lagi.mula-mula mcm nak la jugak amik cuti.maklum la first time nak tengok anak bersukan dekat taska.

Pagi tadi ,mujur la eryna tak banyak songeh.selalu tu payah jugak nak suruh bangun.cikgu dah pesan awal2 suruh mandi dulu.pastu terus antar g dewan.mesti sampai sebelum pukul 8 pagi.dah siap bagi jadual untuk games segala.excited sangat si eryna ni pun.asik cakap sukan..sukan dalam kereta.agaknya apa la definisi sukan tu untuk dia..main la kot kan..






Muka kena paksa senyum.tu yang jeling semacam tu.tadi masa p amik, cikgu cakap dia tengah tdoq.jarang dia nak tdoq petang time2 dah nak balik .mesti kes letih bersukan tu.
Sekali masuk keta ,amboi siap dapat medal & sijil lagi ha.semua budak2 pun dapat benda sama.yer la kang ada yang menangis pulak hadiah tak sama...

Dalam keta asik batuk.entah bila la nak baik.huhuhu.kesian dengar bunyi batuk dah macam orang tua.antibiotik doc bagi tu tak abis lagi.baru masuk hari ke 3.hari ke 5 baru buang.sbb ubat tu tahan 5 hari jer.ke camne ntah.

Suhu dia tak la tinggi sangat ,tapi kita tau la demam.hmmm..mujur la esok cuti ,kurang2 takler berjangkit.sempat la nak rest betul2.
So, sebab malam ni still batuk, so kita buat lagi stokin bawang.mintak2 tu kurang la sikit.



Pic dari en goggle.
Resipi stokin bawang :

Stokin
Bawang besar dihiris nipis

Lepas bawang hiris nipis , masukkan dalam stokin.sebelah bawang tu boleh la guna untuk sepasang stokin.




Masa pakaikan stokin tu, pastikan bawang tu dok kat bahagian tapak kaki.sebab kat tapak tu la titik badan kita kan.kalau akupuntur pun dorang ada guna teknik rawat dari tapak kaki.

Ada jugak yang petua ,rendam stokin dalam air apple cidar tu,biar lembap pastu pakaikan.untuk turunkan suhu badan.
Boleh jugak mandikan anak dengan sedikit cuka apple tu.carik kat farmasi insya allah ada.

Cuka apple tu dulu cheq dok buat minum ja.sebab depa kata boleh bagi kuruih.tapi tak berapa boleh telan la pulak.semacam bau dia.huhuhuhu.




Dah terbongkang dah anak mama ni.tu , baby cot jadik hiasan jer la.dia takmau tidoq dalam tu.buat panjat ada la.menyempit kat katil la jugak.dah la makan space.






Masa goggle pic bawang tu jumpa pic ni.alololo comey ja kan.sedap ja bau lemon.ni mau letak kat eryna, takut plak kang dia p buat rasa ingat untuk dimakan.

Natural remedies ni selalu nya berkesan.doa jer la banyak2 semoga anak2 kita sentiasa  terpelihara dan di bawah lindungan NYA selalu.

Selamat berhujung minggu.

Xoxo.


1 comment:

wa said...

Ingatkan.stokin bawang tu hiasan hantaran tunang ekekeke.....nati boleh cuba tip ni

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...