LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, April 28, 2015

Rakshee Kota Damansara

As salam.

Haritu tengok kat IG si terlajak laris tu, dia tengah makan kat kedai ala-ala boat noodles.check tengok, ok dekat ja, dengan rumah.wajib la try.
Tapi, yang ni depa buat bakso.berasaskan daging.yang tak makan daging, macam tak berapa friendly la sebab  most dishes ada beef.

Be it bakso beef, burger atau pun pasta.mostly ada beef.
Btw, Rakshee ni dekat The Strand , KD. Sebelah Ariani tudung atau senang cerita , kedai serena anak chef wan dulu. pernah datang sekali makan char keoy teow pastu tak penah datang dah.sekali tengok , dah tutup. and Rakshee pulak masuk meniaga...

Ada setengah orang kata , kalau take over tempat yang pernah tutup , takut kena badi.tapi ,kita doakan semoga Rakshee berjaya dalam bisnes ni.and am sure they will sebab konsep dia yang santai & menu dia pun jenis light.sesuai untuk santai....
Eventho macam hampir sama dengan boat noodle  ( tang guna mangkuk kecik & price at RM 1.90 ) , tapi tak sama sebab menu lain.konsep la hampir sama.kira sama tapi tak serupa.







Design dia cute.cuma tempat jadik kecik sikit sebab ada kaunter kat belah tepi.
Kitchen dia , open concept.
Mostly muda belia lagi berniaga.bagus la, mesti Gen X ni kan.hehehehehe.




Ada teh botol and peach. sedap. tak cukup sebotol.
Harga sebotol RM 4.50.
Ada few additional menu besides boat bakso.
So, we gave a try thai linguine.




Konsep self service. so, benda warna merah tu akan berbunyi tanda makanan dah siap.boleh collect dengan kitchen kat depan tu.bagus jugak konsep macam ni. pekerja boleh tumpu sediakan makanan jer.depa pun tak charge on servis.



Fruit tea tu rasa peach.sedapppppp..




Kalau boat noddle lain sikit kan mee dia. so, bakso ni memang terserlah beef kat situ 2 ketui.besar la dari normal fish ball kita selalu tengok tu.
Kami order 6 bowl jer.eryna makan satu pun tak abis.kerja dia main-main jer lebih.

Noddle dia seciput sangat la pulak.T___T.ada la dalam satu sudu.sekali sauk ,jer dah settle.hahahahaha.makan la beef tu buat ratah.
Maybe pihak cafe boleh la tambah barang seurat dua bihun.tehehehehehehe..




Macam biasa, sos kena la ada.yang nampak cam air , itu lemon.i letak sambal hijau & lemon pun dah cukup kaw pedas.sedap la jugak.kalau ada chili flakes pun best jugak.but sokay, itu pun dah cukup dah.




Thai linguine.yang bulat-bulat tu beef la tu.ok jugak rasa dia.pedas.harga RM 9.90.
Not bad.dok teringin nak rasa burger beef tu.maybe next time.yang order tu pun dah cukup kenyang.ke sebab banyak hirup sup.kenyang sup la jawabnya.




Kalau nak makan kat luar kedai pun ok jugak.boleh jer lepak-lepak.
Sebab kat dalam kedai tu crowded and tertutup.
I tak suka lepak luar sebab risaukan budak kenit tu jer.kang dia lari ke apa ke.risau gak sebab depan tu kan jalan besar.




Tengok la budak kenteng ni.suka betul main-main.ajak amik pic, ni jer lah paling semenggah dia bagi.very playful.kat taska pulak jadi pelakon air mata.

Ni dah dua hari asik menangis waktu pagi.dia nak i hantar g skool, tapi masalahnya i tak boleh sebab nanti i akan sampai opis lambat,.mengamuk sepanjang jalan hasben cakap.pujuk pun tak jalan.sabar jer la.so esok maybe i akan hantar dia.but, kena la bangun awal.dah la nak gerak bangun tidoq pun payah.mau nya tidak ,malam orang dah tutup lampu semua, dia boleh dok buat gimnastik.geram jer tau..


xoxo.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...