LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, April 30, 2015

Harum manis kembali

As salam.

Sebelum apa-apa , kena bagitau siap-siap buah pelam harum manis ni tak jual.masih jual shaklee supplement ja.hehehehehehehe.
Jadi, maafkan daku kalau gambar di bawah menggangu ilusi minda dan tekak.


Untuk orang perlis, time bulan apr -june memang musim harum manis.yang tak pernah makan buah mempelam ni, cuba la sekali. TAPI kalau lepas tu dok teringat ,am not responsible ok.


Yang tak tau , pelam harum manis ni hanya ada di perlis.tanam tempat lain dia tak menjadi.mungkin sebab keadaan baja ka tanah ka tak sure.kalau ada harum manis dari negeri lain itu nama harum tak manis ...hahahahaha..gelak p la kan..


So, harum manis ni akan berbuah sekali setahun , dan hanya sebulan mcm tu ja.proses nak tanam tu ambik masa la setahun ,tang berbuah sekali tu ja la.tapi sekali berbuah, banyak la.and yang penting rasa yang sedap ,manis dan sangat berbeza dengan mempelam biasa yang hampa pernah makan.


Harga dia pulak tak murah ,around RM25 per kg. dapat la dalam 1-2 bijik macam tu ja.tapi, buah tu besar jugak.and untuk belian selalu nya kena queue.kena careful kalau order online takut kena tipu.sebab orang yang tak pernah makan buah ni, dia memang tak kan tau la rasa macam mana.so, pastikan beli dengan orang yang hampa familiar.


I pulak, tak yah beli sebab ayah ada tanam .tapi tak banyak la.saja buat hobi ja sejak pencen.tahun ni menjadi elok compared last year banyak yang buruk and tak berapa manis.
So, last week, my bro balik kampung and dapat la bekal harum manis.boleh la merasa 4 biji.ni nak balik kg harini mesti dah makin lebat buah dia.syok nyaaaa....


Pastu, my in law pun ada tanam harum manis.yang ni memang untuk jual.tapi kami dapat free la.hehehe.and again ,walaupun depa jual, selalu nya pemborong dah start booking so, again tak berani janji if we can get any extra.gitew.




Orang utagha ni jenis makan pelam dengan pulut santan.i pulak tak gheti.kadang-kadang kami makan dengan durian.i lagi suka makan pulut dengan ikan kembong  ( atau temenung ) pastu letak nyoq sikit.sedap weiiii..


Malam tu, i tanak pulut satu pot.nak bagi lemak, rendam dulu lepas tu letak la satu cawan santan and satu cawan air.kukus lagi best.lemak elok.sedapppppp...pekena pulak dengan santan yang di masak dulu, perghhhh sedap wei.






Eryna siap makan bertambah.dia memang ikut pak dia betui bab makan puluit dengan pelam/durian ni.pastu asik siram santan tu.dia kata nak sup.hihihi.
This is how we eat puluit pelam.letak santan & nyoq.






Mama pulak, cam biasa la, pelam tu makan gitu jer la.layan makan pulut dengan ikan.sedap woooo.3 ekoq pun tak cukup.pastu letak sambal bilis hijau.mak aih, sepot tu tak cukup 3 orang,hehehehehe..terliuq pulak sambil dok menulis ni.mujur la satgi dah nak balik kg, boleh la makan puluit lagi.
Selalu time brekfes lagi ngam ho pekena puluit.memang terangkat la.

I olls cuti sambung sampai selasa.syok nya dah lama tak balik kg,
Nak makan nasi kandaq , rojak mak bee, restoran anjung keli ,pelam harum manis and bla..bla..bla..misi tambah berat dengan jaya nya.....


xoxo.




1 comment:

wa said...

Makan pulut dengan ikan memang favourite wa jugak...memang sedappp sangat...glamer betul harum manis ni kan..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...