LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, April 1, 2015

bila ayah kena jaga anak .....

As salam.

Hari isnin baru ni ,taska eryna ada visit to kidzania.dari awal cikgu bagitau, kami memang tak bagi dia follow.sebab dia kan baru join taska tak sampai sebulan.bagi la dia behave dulu walau cikgu cakap sekarang ni dah takdak drama nangis2 nak mama.lagipun eryna belum masuk 3 tahun lagi.kalau kira bulan,baru 2 tahun 7 bulan.cikgu pun bagi options,nak pegi atau tak nak pegi, takder hal.cuma silap paham nya,rupanya student yang tak pegi kidzania bererti parents kena jaga.huwaaaaaaa......

Dekat taska tu ada white board and kalau ada announcement depa akan update di situ.everyday i amik dia,clear sgt takdak mention pasal parents kena cuti.cuma ada tulis student yang nak g kidzania kena mandi dulu & pakai baju taska.itu jer.takdak pulak tulis pasal kena amik cuti pulak.

So,isnin tu, as usual asben antar. ( sekarang ni pagi en asben yang antar eryna taska.so that petang i boleh chow at 5pm and amik awal.sebab jalan nak ke opis i tu tahap babas nyer jem,mesti kuar paling lambat 730.tu pun pukul 815 paling awal sampai.kalau mcm tadi jem gilos , 845 baru smpi.tp i chow awal jugak hahhahahaa.boss tak kisah janji kerja settle.syukur la flexi.)

Btw,time tu i tgh duk harung jem tiba2 hasben kol cakap takdak sapa boleh jaga eryna sebab semua cikgu p kidzania..tak pasal bertekak pulak sbb i tak alert.eh , yang awak tak baca white board kenapa ???? Padahal i konfiden sangat takder notis pasal parents kena cuti.i nak amik cuti jer tapi hasben tak bagi pulak sbb i baru jer kerja balik kan.taknak record buruk la konon.cehhhhh..i ni jenis tak kisah.lantak la kan.hahahhaha.

Kebetulan  la hasben on leave ,tapi dia cuti sebab ada hal nak settle.dah satu perdebatan pulak kang mcm mana nak jaga eryna pulak.maklum la dia kan bukan gheti dok diam.takkan nak bawak dia p merata tempat.so , terpaksa la balik rumah , mandikan and stick to plan.antaranya , bawak g bank and pegi um nak beli buku.elehhhhh mcm banyak pulak tempat kan.tulah dia kalau laki jaga khennnnn.



Pic 1 : hasben mandikan eryna.seperti ku jangka ,baju basahan taska dia bagi pakai.malas nak cakap ,kang nanti kena sound lagi.hahahaha.mesti dia rasa bangga tu dapat siapkan anak.kahkah..

Pastu wasap lagi tnya nak bawak apa.so ,i list down la : makanan,baju spare ,pampers ,susu bla bla bla.sebab eryna ni bukan boleh jangka tiba2 berak pulak.haruuuu..



Pic 2 : Suasana di bank.hadoi, apa la si eryna ni buat.hahaa.ini memang dijangka la.dia kan banyak akal.kuikuikui




Pic 3 : tidoq dalam keta.time ni hasben p post barang.pastu dia cakap terpaksa tinggal sat dia lari p post.huwaaa saba jer la.mujur la post opis tu bangunan dia jer.letak keta kt parking terus lari zass cepat.bukan la jenis kena park jauh2.sadissss wei..




Pic 4 : eryna tengah berak.hahaha.ni kat um.hasben p beli buku utk master dia.dah ku agak konfirm berak punya.bagus eryna.good job :).merasa la basuh berak anak kan..mujur la bawak bekal.

Pastu hasben cerita , punya la susah carik tandas pastu hujan lebat pastu lapar.last2 depa makan kacang yang kebetulan ada dalam kereta.amboi sadis sangat kan.laki aku kalau bab simpati memang win la.i jaga anak pun tak wasap banyak kali gambar.ni baru first time outing berdua ,tu dia penuh update.hihihihi .




Pic last.hujan lebat.baju dah tukar lepas berak tadi.and again...baju taska.sian selekeh anak aku kan.

Pastu asik cakap lapar lapar.ok la, i sampai jer rumah terus masak laju2.elok depa sampai ,kari ayam dah settle ngan sayur kubis.habis semua makanan.keboloq ke apa tak tau la.

sebagai ganjaran jaga eryna ,i sempat la g sogo belikan deodeoron hugo boss yang dia asyik mintak tu.motif nak bagi hadiah bagai ????.actually mmg dah niat,first gaji nak bagi,so bila jadik camni, lari la kejap g sogo beli.kang gst kena bayar lebih pulak kan.ala- ala mcm reward la kan.cehhhh..padahal,apa jadik pun mmg salah seorang kena emergency leave pun.abis sapa nak jaga eryna kan.

Itulah dia ,diari seorang ayah jaga anak pompuan nya.kecoh betul kan.hihihihi.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...