Monday, February 23, 2015

Eryna first day kat taska

 As salam.

Harini , 23 feb 2015 eryna masuk skool.finally, setelah sekian lama mencari taska.kena la tulis date *kiasu mom*.mixed feeling jugak nak antar ni.maklum la, almost 7 months+ eryna kat rumah dengan mama.dah biasa bangun lambat * malam kerja overtime , selagi tak pukul 12 tak mau tidoq *.

So, since dah nak antar skool, dah train dia slowly, jangan tidur petang.so that malam, by 9 pm dah tidur.berjaya jugak la haritu.pagi pun tak susah nak bangun.pastu bangun pun tak meragam sebab dah lena puas.

Last week balik kampung , saja penuhkan jalan join orang beraya cny , so jadual macam terbabas sikit.



Muka tu memang tak leh nak senyum dah.pagi2 gitu la.tapi dia excited sebab dia ingat nak main bila nampak playground.dia tak tau lagi tu satgi nak kena tinggai.

Mujur la tak susah nak kejut .masa tukaq pampers , bancuh susu siap2 cakap kat dia." Nanti eryna p skool tau.suka tak.nak main tak.". pastu konfiden jer dia reply "nak mama.best nya skool".

Lepas salam & kiss eryna terus kuar dari taska.kebetulan banyak benda nak buat harini.so 2 hours later mesej cikgu (aka owner taska ) dia ok tak.cikgu kata dia carik jer la tapi tak nangis.ok, lega sikit.maklum la, dulu ngan babysitter tu , jaga bertiga ja.yang ni beramai2 takut dia tak biasa.



Barang2 nak masuk taska.kalah nak masuk sekolah asrama no....beli kat tesko mergong, alor staq.sebab takut tak sempat in case jem nak balik key ell sampai lambat , mesti malas nak keluaq.

Baju2 tu semua murah ja.padan la buat basahan.yang penting comey2 jer.beli 5 pcs shirt , 5 pcs legging , 1 dress ,3 set pijama total dalam rm150.so , sehelai dalam rm7 macam tu.cashier tu siap cakap ," tu dia, banyak nya baju beli".hihihihi.

Bukan apa, taska ni jenis kena bagi baju 7 set sekaligus .7 set baju siang , 7 set baju malam.baju busuk tu hari2 la depa bagi bawak balik.senang jugak la kita pack seminggu terus.



Toiletries ikut list cikgu bagi.kat sini nanti depa potty train.so kena la ikut apply kat rumah.kang tak menjadik pulak.hopefully,by 3 years old in august dah totally diapers free.

Bab taska ni pun haritu ada 2 taska yang dah finalised.satu taska A ( yang dipilih ni ) and satu lagi taska B.

Masa tu dah macam nak enroll taska B.sebab tengok style taska tu lebih kurang ja.ada playground, ada kantin, kemas, bersih ,besar ,tak mix dengan budak transit & baby. ( selain dari register JKM ).Since taska B harga murah rm100 dari taska A so ok lah hantar taska B.

Tiba2 asben bagitau,kawan dia ada story something pulak pasal taska B.dah hati berbelah bagi.bukan la pasal dera ke apa.boleh pulak bila tnya kawan dia,awat tak hantar situ, then dia bagitau,dah terlupa pulak apa reason sebab kes tu dah lama.pulak dahhhhh...so ,macam mana, nak percaya ke how.sabaq jer la.

Then, entah macam mana, masa p servis kereta ,bawak la eryna sekali kan.budak kat kaunter tu tanya , "akak jaga dia ke". So i jawab lah " a ah, tapi lepas ni nak antar taska". Pastu dia tanya la taska mana.masa tu i tak bagitau la taska mana2 pun.just cakap tengah dok carik.sekali adik tu sebut pasal taska B.Dia kata anak dia tak happy masuk situ.balik rumah nangis2.nak p sekolah pun payah.dia check takdak la kena dera ke apa.so lepas 3 bulan dia withdaw dari taska sebab ada kawan dia boleh jagakan.so,dia saspek, cikgu mungkin tak mesra  budak la kot.



Jadi, lepas dengar tu, ok lah dah 2 orang bagi review kat taska B.goggle pun banyak review yang best pasal taska A.Jadi , walaupun mahal sikit dari B , tapi demi yang terbaik, maka final la masuk taska A.

Semoga pilihan kami tepat la.huhu.next week dah nak masuk kerja.hopefully eryna cepat adapt.yer lah dulu boleh la nak lebih perhatian , sekarang ni kena la berkongsi.

Tsk tsk tsk......



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...