LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Friday, February 6, 2015

Day 2 : Hello kitty, Little big club & Lat's place

As salam.


Sambungan dari PART 1 : LEGOLAND.

So, hari kedua kami check out dari Hotel Nusa City and check in pulak ke Traders Hotel.Kenapa Traders ? sebab hotel ni attached sekali dengan hello kitty town ,little big club and Lat's place.senang cerita , turun bawah ,jalan kaki ke block sebelah dah sampai. 
Jarak dari hotel nusa city ke sini pulak dalam 15 mins macam tu.guna waze insya allah tak sesat.
Kalau datang beramai-ramai ,boleh consider duduk di apartment yang baru siap dibina sebelah hotel Traders ni ,iaitu Somerset.check rate di Traders hotel di SINI .

Hello kitty town .

1. Hello kitty di aras 1 ,manakala Little big club di aras 2. 



Harga tiket , imej by goggle.
Kanak-kanak bawah 3 tahun adalah percuma.
Boleh beli single pass atau combo ( pass untuk masuk both hello kitty & big club. ).



Aktiviti yang boleh dibuat di sana.
Bila kita masuk ,akan dapat entertainment schedule macam time parade ,hello kitty performance and lain-lain.so, time ni boleh la bergambar dengan maskot.

Aktiviti kat hello kitty ni ala-ala girly sikit la.
Ada 3 bilik khas untuk aktiviti macam cookies decoration ( lepas deco terus makan ) , costume dress up , jewellery making ( dapat sorang satu rantai stainless steel ,lepas tu deco la ikut charm kita pilih ).
Nanti bila dah buat setiap aktiviti ,akan dapat kad khas dorang chop.tanda dah masuk.


Deco la ikut cookies yang dah sedia.
Eryna suka pulak cookies tu.orang semua dah gerak ,dia masih gigih habiskan cookies :D.



Buat hello kitty guna doh.ni pun sampai ke sudah tak jadik.hahahahaha.
Semua aktiviti yang kita buat boleh bawak balik.
Boleh la buat kenangan kan :).



On the way nak selamatkan hello kitty, black wonder.
Nanti dorang bagi lampu ,ada password so masuk jer dalam castle tu.
Sampai ke sudah tak jumpa password.staff tu datang bagi jawapan, pastu dapat la certificates.hahahhahaha.




Dalam hello kitty house.comey betui rasa cam nak buat satu kat rumah.hihihi.
Time ni eryna dah tdoq .boring agaknya sebab aktiviti girly-girly.mama yang enjoyed to the max :p.

So, kalau ada anak lelaki ,tak masuk pun takper.terus proceed ke litlle big club jer.sebab aktiviti nya memang untuk girl.tapi, kalau mak teringin ( sebab time kecik tak merasa ) boleh la masuk sini.hehehehehe.

We spent 3 hours kat sini.sebab terpaksa beratur bila nak join aktiviti.bila ada parade ,kena stop dulu tengok show dalam 15 mins.lepas tu bila ada budak ni ,ada time depa meragam tu ,so tak boleh nak cepat sangat.


Little big club.

Dah settle kat hello kitty boleh la naik ke aras 2 pulak.yang ni best la sebab ada playground.mata yang mengantuk terus segar bugar.
Ada thomas ,angelina ( ada ballet kelas ) , bob the builder and few games.
Eryna macam enjoy giller kat sini.hahahhaa.
Kami pun sempat naik train thomas tu.






Lunch kat sini pun ok.sedap.harga sepinggan nasi ayam dengan air adalah RM15.ok lah jugak sebab dapat 2 ketul drumstick ayam :).
Facilities ,staff semua bagus.toilet bersih ,tempat pun cantik & ekon ( well, malaysia kan panas ).
Lepas main kat sini ,boleh la tengok souvenir kat kedai hello kitty.

Lat's place.

Restoren Lat ada kat sebelah blok jer.kami planned dinner kat sini.boleh booked awal untuk reservation.dinner start at 630 pm sebab ada special performance.

Setiap hari ,dorang ada buat special performance and dinner .kiranya dinner dihidang secara ala-carte.
While waiting for dinner ,nanti ada special appearance dari Lat's and friends.
Harga RM70 per pax.and again, kanak-kanak free.

Since kami tidur di Traders ,so lepas habis main kat hello kitty semua ,naik bilik kejap mandi ,solat segala , dapat la rest kejap pastu turun makan.kiranya tak la penat sangat terkejar sana sini.
Maklum la, bawak budak kecik ni,jangan dipaksa sangat ,kang nanti apa pun tak boleh.hahaha.




Sedap.semua sedap ,habis licin.
Lepas habis makan berhidang ni ,ada dessert pulak.

Menu :
Ayam percik
Daging masak hitam
Sambal udang galah
Sayur
Ulaman
Sambal belacan.

Dessert :
Pulut durian
Buah-buahan
Coffee




Tu ha tengah 'sembang' dengan Lat dekat layar :).
Show dalam sejam jugak.selain kami ,malam tu ada lagi 2 family ,pun dari key ell.



Gambar blur :) .lepas abis semua ,dorang bagi complimentary photo.so boleh la buat memori daun pisang kat sini.



Lepas check out di Traders , on the way balik ,kami singgah JPO ( Johor Premium Outlet ).
Perjalanan ambil masa dalam 30 mins dari hotel.
And we spent almost 6 hours kat JPO.

Overall , we had fun ( or only me..hahah sebab eryna at one time bosan plak ).
Yang penting tercapai hasrat nak p sini.dah lama sangat plan.
So, apa lagi ,yang belum pergi ,sila la consider pergi.cuti-cuti malaysia pun ok what :).





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...