LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Wednesday, February 4, 2015

Cuti di Legoland

As salam.


Alhamdullilah ,selesai sudah short trip kami ke bandar nusajaya.kalau nak ikut kan , planned tu dari tahun lepas, asyik bertangguh jer.so, kali ni nekad, mesti pergi jugak :).

Ramai yang bertanya tentang penginapan & of course la tentang legoland , sanrio hello kitty & little big club.ok, jom saya share sikit based on my experience.

Legoland.

Kami bertolak awal pagi dari kuala lumpur ke nusajaya.perjalanan amik masa 4 jam.lepas tu terus check in hotel & ke legoland.kami booked hotel nusa city ( review later ).hanya 5 mins ke legoland.

Kat legoland ni ada pakej water park & theme park.anda boleh rujuk tiket ke legoland. kami beli 7 days in advanced ,jadik dapat la diskaun sikit.so untuk dewasa combo per pax berharga RM 156 .eryna pulak free sebab below 3 years atau height below 90 cm.so, cepat2 la bawak anak2 yang below 3 tahun, untung dpt free entry. :).

Tiket pulak ada 1 day pass & 2 days pass entry.





Nak masuk water park, eryna kena bayar rm10 & dapat 2 swimming diapers.ibarat bayar untuk swimming diapers la pulak.so parents tak perlu la beli sebab dorang dah provides.

Saya suggest,pergi water park dulu , sebab air masih ok ( kang petang2 keruh pulak ) & kalau hujan tak best la nak mandi kan.lagipun water park tutup pukul 6 pm.sebelah2 jer access nak masuk ke theme park.macam haritu kami pergi ,diramalkan petang hujan ,so dorang dah tulis notis suruh masuk water park dulu.but ,alhamdulillah cuaca cantik jer sepanjang hari kami kat sana.panas tapi biasa-biasa jer.pakai sunblock so tak la kena sunburn.




Kalau ada anak yang dah besar ,memang puas hati masuk water park sebab ada macam-macam slides.kami kena gilir-gilir jaga anak & main sendiri-sendiri.hahahaha.
Apa yang best tu ,ada banyak lego di mana-mana.even soft toys tu pun bentuk lego.comel sangat.Eryna memang excited sebab dia suka lego ,tapi bila tengok besar pulak zirafah ,bear semua tu ,menangis pulak dia ajak balik...:D






Lepas water park,boleh terus salin baju,and pergi theme park & terus balik.theme park tutup pukul 7 petang.lepas settle semua boleh la beli lego kat supermarket.
Theme park ni pun ada banyak tema.pun tak sempat cover sebab rushing.to me ,if u well planned ,kena masuk sharp pukul 10 pagi ,lepas tu keluar pukul 7 petang bila park dah tutup.or else beli 2 days pass dan spend masa sehari water park & sehari theme park.

Oh ya ,kalau beli salah satu tiket ,contoh water park saja ,so memang tak dapat la nak masuk theme park sebab tempat lain-lain.begitu jugak kalau beli theme park saja ,nak tengok water park memang tak boleh la (sebab ada taman tema yang kita boleh jugak masuk even though kita beli satu tiket jer ).








Sedikit info :

1. Parking berharga rm9 flat rate.ada open parking yang luas .kena jalan kaki jauh jugak la nak ke      legoland.so, pastikan bawak stroller kalau ada anak kecik.

2. Boleh jugak sewa stroller kat sana.rm40 untuk single stroller & rm60 untuk double stroller.
Ada banyak locker disediakan so tak payah risau bab beg.boleh bawak masuk air ,so bawak la mineral water and junk foods ker.sebab makan kat dalam agak mahal.kami makan kat luar legoland tu jer.ada kfc ,burger king ,old town.biar kenyang dulu ,baru seronok nak bergumbira :)

3. Legoland sesuai untuk budak 10 tahun ke atas sebab banyak yang adventurous.budak-budak ni boleh la setakat main benda yang simple-simple.water park lebih sesuai untuk kanak-kanak.kalau beli tiket theme park tapi tak main semua rugi jugak kan unless dapat free :).





Sebelum balik ,boleh la jenguk kedai lego ni.ada tu yang tak jumpa kat key ell.harga nya sama jer ,cuma ada collections yang takder di key ell.






Hotel legoland.boleh tahan mahal ,starts from RM 630. kalau ada anak ramai mungkin berbaloi sebab setiap bilik dorang sediakan katil double decker and 1 king size.so, kalau macam kami yang anak masih muat katil king tu ,so macam tak berbaloi.
Tapi ,ramai review kata worth the money.so mungkin korang boleh try :)






Review hotel Nusa City 

Hotel ni paling dekat dengan legoland hasil saya men goggle..hanya 5-10 mins jer dari hotel ke legoland.memang purposely nak cari hotel dekat sebab tak nak letih .since kami awal pagi dah gerak dari key ell ,so kalau boleh lepas main kat legoland tu ,dinner and terus balik hotel.
Maklum la, esoknya nak pergi tempat lain pulak.unless korang nak jalan-jalan kat danga bay ker ,itu dah kena carik tempat lain lah.






Gambar dari goggle ,and live pun sama jer.hotel ni baru.walaupun agak tersorok sikit ,sebab di area shop lots ,tapi hotel nya agak cantik & bersih.bilik bersih ,toilet pun sama bersih.modern design jangan ler risau :).
Staff kat sini pun friendly dan sangat membantu.saya recommend sangat untuk stay kat sini.harga untuk superior king hanya RM138 semalam.ada breakfast ,and bagi saya ok lah buat lapik perut.not bad tau. :)

Boleh tengok details di sini untuk hotel NusaCT .

Overall, we had fun kat sana.nanti saya sambung bab hello kitty & little big club serta Lat's place pulak ok :).






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...