Monday, December 15, 2014

JJCM dengan aron ajis

As salam.

Amboi.tajuk nak gempak jer.takmau kalah la kira.hari jumaat haritu en asben cuti pastu dia ajak teman p s.alam sat.ada hal sikit.so menunggu la we olls since dia jumaat kat sana.lepak dalam keta jer la malas nak kuar2 takder tempat untuk budak2 pun.

Lepas dah settle dalam pukul 3 camtu ,nak kopi2 pulak.so dok pikir2 mana nak pegi.asben kata jom p setia city mall.pastu macam malas sebab scm kan macam crowded caner ntah.plus dah selalu pegi.pastu tingat ,eh jom la kita p cafe aron ajis.dekat2 scm tu.so terus set waze p sana.sebab nya kat situ eryna leh main ( tengok dalam insta kata ada tempat utk budak2 main ) and nanti takler dia boring bila mak pak nak ber social.hahaha.

Kafe kidz and creme kat setia city .bukan dalam mall.cari jer kat waze konfirm jumpa.area shop lots.so ,masa sampai nampak wife aron kat luar tengah sembang apa tak tau la tangan ke atas kiri kanan syok bercerita .lawa wife dia.dalam gambar cam biasa2 jer.tak makan gambar orang cakap.eh,panjang nau intro.ok la pastu nampak van tv3.ingatkan  owh ramai la orang datang lepak.pastu masa nak masuk tengok ,eh ada shooting ke.sekali diyana cakap ,eh takper masuk jer.

Sekali masuk ,ha tengah shooting jjcm.aron dgn naz tengah makan lagi.wahahaha.nerves ahkak.diyana suruh duduk belakang meja dorang tapi tak sanggup la nanti imej jadik 2 kali kembang   dalam tv.kihkih.terus g belah belakang bawak eryna main.


Tengah sibuk shooting.nampak jelas la sebb kafe ni tak besar.aron masa ni kejap ke belakang cafe pastu ke depan.sama la dengan naz tu.masa sampai dalam pukul 5 camtu lah.kira dah half way shooting dah.


Section ni budak2 boleh main.ada dapor.and boleh join kelas baking.ada pakej nyer.eryna suka la main sampai takmau balik.busy betul dia makan pun tak.


Sibuk betul budak baju putih tu kan.kami dok kat meja budak2 ni.sebab semua tempat penuh.muat2 montot jer la kerusi tu.tsk tsk.


Tu budak yang baju hitam tu join baking class kot.ada staff layan la.nanti la eryna besar sikit leh join baking ok.skang ni main la yang tipu2 dulu.


Order coney dog & fries .and coffee.ingat nak try nutella tart yang orang kata sedap tu.tapi terlupa pulak asyik tengok shooting.hehe.

Tengah santai2 tu,tetiba staff dia datang cakap,abg aron belanja coffee.so boleh pilih sorang satu.kalau tau abg aron nak banjer,baik la order air lain tadi.coffee overdose sudah.every table dapat belanja.so order cappucino & machiato pulak.


Budak ni sampai kena dokong sebab takmau balik.sebab dah sejam lebih kot ,asar pun belum.pastu dengar crew jjcm cakap dorang nak shoot area baking ni.so takmau ganggu kerja orang.

Pastu nampak aron dah kuar.asben dah bagi hint ajak balik.ingat dah tak jumpa la.time ni jjcm dah settle bab makan2 tu.dorang start interview kastemer .
aku dah lari awal2 hahaha.lagipun nak komen apa jer.takat makan roti tu.

Kat luar nampak asben tengah selfie dgn aron.amboi,hover nampak.i olls pun nak jugak tau.maka dipersembahkan.....

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-








Amboi.scroll la sikit, nak belanjer gambaq ni.hihi.dapat gak ambik pic kan.santai betui aron ajis.ada gaya nak p piknik tak kami ? Kuikui.dia dah nak balik dah ni.nak amik gambaq dengan wife dia ,tak nampak pulak.





And dengan host jjcm , si naz ni.sengih sakan dia kan bila bergambar.kecik jer orangnya tu.

Tak tau la bila nak kuar ni.kalau nampak bayang2 pompuan kat atas ni abaikan jer la.ahaks.

Pastu dalam keta i bagitau asben ,ha ni mesti niat i tak terpesong so dapat jumpa aron ajis.sebab p sana pun,kafe tu child friendly.bukan sebab nak jumpa aron ke apa kan.sekali ha,jumpa siap boleh ambik gambaq.kahkah.over sangat.maklum la i olls tak la minat sangat aron.suka la adi putra.apa2 pun,asben i tetap henzem la ( ayat ambik hati ).

-------------------------------------------------------------------

Ok.pastu nak bagitau ,ada promo lagi bulan ni.3 combo best punya.



Ada 3 promo boleh pilih nak yang mana ok :

- beli 6 vit c percuma 1 botol vit c.
- beli 6 vit e percuma 1 botol vit e.

- beli 2 botol vit c diskaun 5%
- beli 2 botol vit e diskaun 5%

- beli 3 kotak kolagen percuma 1 kotak.
- beli 6 kotak kolagen percuma 2 kotak.

Ni semua boleh pilih mana2 jer tak kisah.promo open sampai 31 dec ni tau.macam biasa sila wasap/sms no i olls ok.anytime.yang duduk area kota damansara ke subang bestari ke boleh cod no hal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...