LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, November 10, 2014

Main bubble balloon kat setia city mall

As salam .

Kesian kan budak zaman sekarang.asyik terperap kat shopping mall.lepas tu main pun dalam playground indoor.sangat tak mencabar.kalau weekend i memang malas nak bawak main indoor selain sebab mahal ( RM 30 per entry contohnya  ) ,pastu sesak ya ampun.budak kecik besar semua ada.yang budak besar tu kalau dah seronok main bukan dia nampak budak2 kecik ni.main tolak jer.kang mak kiasu ni mula la nak sound anak orang.

And sebab lagi nya ,boleh cepat merebak penyakit.ada jer parents yang terlalu bijak bawak anak2 main kat tmpt open macam tu padahal anak tu demam ke flue ke batuk ke.tak fikir boleh kena anak orang.sebab tu weekends mmg sori la nak bawak main.

So bila dapat tau kat setia city mall ni ada padang yang sangat luas & boleh main belon la ,wau la and macam2 lagi so terus la bawak eryna.kira dekat la jugak walaupun charge toll pergi balik dari kd ke sana pun dah rm6.


Suka setia city ni.cantik.tapi jauh sikit la.rumah lawa2 pulak tu.pastu mall dia pun besar jugak.ini bukan kali pertama kat sini.dah few times.minggu sebelum tu dah datang sekali hujan lebat tak dapat main.mujur la semalam cuaca elok.



Rezeki utk orang bisnes.semalam cuaca elok so laku la.belon tu ada 3 jenis.small rm2 ,medium rm4 & large rm6.yang beza tu size bila belon tu jadik ,yang macam air sabun tu tetap satu mangkuk kecik jer.


Ambik size medium.mula2 tak pandai tarik.best kena ikut arah angin baru jadik banyak.eryna berlari tak cukup kaki kejar bubbles.dah la belah tepi tu ada kolan.risau plak kang terlebih lajak.dalam kolam tu ada ikan.ada gak yang jual makanan ikan.


Ni bukan eryna ja syok.mama pun over.hahaha.boleh la bekas kecik tu takat nak buat main.2 kali beli.kali kedua beli,ambik yang jenis kecik pulak.so total damage rm6 untuk bubbles.takper lah,janji anak seronok.exercise kasik keluar peluh.asyik ber ekon jer.  


Bubbles besar.ni dah pandai sikit.haha.paling best sambil buat bubbles ni sambil lari.cantik jer bubbles.boleh buat photoshoot kawin ker ,family ker memang best ni.


Pastu p main kat playground sebelah tepi tu.lama jugak la dia main kat sini sebab banyak slides.sesuai untuk baya2 eryna tapi of course kena full supervised la.jumpa kawan sebaya seronok tegur2.



Berpeluh peluh main.rest kejap makan cornetto.best pulak new flavour ,red velvet .punya tak sabar nak main,eskrem pun tak berapa layan.nampak sangat la tahap jakun tu kan.maklum la selalu main indoor ja.hihihi.

Overall we had fun yesterday .lepas ni nak bawak lagi.best.and baru jugak perasan ada food court cantik & bersih kat sini.singgah dinner sekali sebab tak tau nak makan kat mana.cuma tak berapa best tu pekerja food court dipenuhi warga asing.tokey jer la orang kita.hmmm.


2 comments:

Nastyna said...

kat malaysia untung anytime of the year mostly boleh main2 kat luar dapatkan zat mentari, kat sini 3 bulan summer tu la orang berkejar berjemur hahaha and walau macam tu, still tak banyak la indoor game untuk bebudak.

FadlinaMokhtar said...

Tapi i teringin gak nak dok oversea mcm u la.hahaha.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...