LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Tuesday, November 25, 2014

rambut kenteng ke lurus ?

As salam.

I suka rambut tebal & lurus.well ,who doesn't kan.rasa cam cun giller la sapa rambut gitu.nanti boleh buat style macam2.terpaling suka jenis bob cut tu.rambut tebal sesuai sangat buat cenggitu.
tapi tulah ,rambut i ni jenis curly pastu tak tebal.rimas rambut panjang sebab mengerbang cam kak limah.tapi kalau pendek pun nampak pelik sebab tetiba dah mcm david arumugam.hahaha.sebab tu la dulu rajin betul rebonding.lepas tu bila tau tak bagus ,boleh bagi akar rambut rosak kalau tak jaga betul2 ,buat relaxer pulak.padahal sama jer.


Budak ni pun rambut curly ala k pop pastu tak panjang2.sedih nya hai gitu jer rambutnya.masa beranak dulu rambut tebal jugak siap terpacak2 cam lara anak schawal tu ( nak la jugak nak bagi contoh anak artis ).pastu lepas cukur ,maka pertumbuhan lambut slow.nak letak ribbon pun tak sanggup.kang nampak bunge dari rambut.



Ada la jugak ikut petua letak minyak zaitun la,siap beli spray yang konon boleh kasik lebat.nan hado ler.so jeles la bila tengok budak2 rambut lebat lurus ni.tapi,bagus jugak rambut pendek tu,eryna kuat peluh ,so tak la dia gatal tergaru-garu dek panas.pastu tak yah nak potong rambut dah.ni dah 2 tahun lebih cenggitu jer lah.hihi.



Tapi,orang cina suka rambut dia.siap datang pegang.banyak kali la jugak ada family cina datang borak2 & bagitau rambut eryna cantik.pulak dah.pastu nanti I cakap i suka rambut dorang pulak.gitu la manusia kan.apa yang kita tak suka ,orang pulak  suka vice versa .


Ni waktu 5 hari takdek beza kan dengan pic2 kat atas tu kan.kuikui.takperlah rambut sikit pun janji ada rambut kan.you are still the prettiest girl in the world i ever know.*kiasu mom activated*.



Monday, November 24, 2014

Mockingjay

As salam.

Semalam finally setelah sekian lama tak tengok wayang ,dapat la tengok.last tengok 2 tahun lepas kot masa Hunger Games - catching fire.lepas tu tak la rasa nak tengok sangat.lagipun nak bawak budak kecik ni memang tak lah.dia bukan boleh stick kat satu tempat lelama.

Dan memang  takkan bawak kot sebab dulu asben pernah sound this couple yang bawak anak dorang masuk wayang.haha.takder la marah.just cakap mintak tolong dia tengokkan anak deoa sebab budak tu keep on datang pastu panjat kerusi kitaorg.so since that mmg kitaorg takkan la nak bawak anak sendiri sebab tau dia macam mana.


Tengok sensrorang jer.sabtu malam asben p tengok dulu.semalam giliran i la pulak.gilir-gilir pulak.hihi.

I memang suka katniss ni.tak jemu tengok.and ni lah filem thriller yang i layan.selalu memang tak tengok citee2 gini tapi hunger games ni lain.suka sangat.cuma yang kali ni takder la hunger games tu sebab dorang dah start pemberontakan kan.takder scene dalam hutan dah.overall boleh la bagi 3.5 kot.dah tak pasal kena tunggu part 2 pulak.


Ni takdek kena mengena ngan semalam.pic hari jumaat, i kidnap my besties ni ajak makan kat ikea.opis dia kat the curve sana.dulu masa i tak kawin lagi,ni lah dia geng tengok wayang  back to back.i dah biasa lepak dgn family dia.selalu kami akan amik wayang awal sekali.siap breakfast kat mekdi dulu pastu nanti lepas lunch   masuk balik tengok cter lain pulak .

Kitaorg belasah jer tengok apa2 cerita not necessarily sebab baru keluar so kena  tengok.sebab tu la ada sekali tu kami tgk  cter thailand pasal 2 bestfren travel ke paris backpack.siap nak imagine tu we olls la.dah la masa tu kami 2 jer tengok.konker abis.

Eh tadi nak cerita mockingjay dah melalut.tu jer lah nak bagi tau best hunger games tu.g la tengok :).


Thursday, November 20, 2014

Current obsession.

As salam.

Uniknya jadik pompuan kan.we do have a lot of interest.harini nak itu ,tetiba malam mimpi apa ntah ,esok pagi nak yang ini pulak.

That's   what happened to me last  two days.entah caner ntah boleh pulak minat tahap die hard fan dengan storkstak  diapers bag ni.sebelum ni bukan i tak tau.pastu dah baca banyak review pun pasal beg ni.tak la terbukak hati ke apa.tapi semalam tu kenot tahan already.

Wait.i tak beli lagi la.tengah kira bajet lagi ni.maklum la tgh jobless ,so kena berkira banyak.tapi kalau tahap die hard fan tu maksudnya boleh membawa mudarat kalau tak beli.acaner tuh.


I suka yang ni. Jenis olivia.huwaa cantik kan.tak nampak macam diapers  bag.jenis nylon yang ni.ada jenis leather mahal lagi la.design pun lawa2 tapi hati i jatuh kat yang ni sebab nampak cam prada sikit2.

Selama ni i duk heret beg diapers yang gedabak keras tu.pastu bila eryna dah besar ,i asyik sumbat pampers dia & segala macam dalam handbag i.pastu lama2 hancoq la beg tu.beg keras tu dah lama tak bawak sebab stroller pun tak bawak so takdek tempat nak gantung beg keras tu.jadi alang2 tu baik la beli storkstak ni,dah la design lawa,tak nampak pun macam diapers bag.spacious boleh sumbat macam2.  


Close up.lawa kan.ada nampak cam diapers bag tak ? Aduh nak nak nak.ok semalam I check  olivia ni rm600.sebab nylon.tak payah leather la sbb i ni jenis cepat boring so nanti mesti akan beli juga handbag lain.enough with this bag.

So,kenal tak sesapa jual ni.tolong la promote sat.serious buyer ni.gitu. :)



Friday, November 14, 2014

cili giling puteri ,pearl cafe kolagen ,review serum estee lauder & vivix shaklee

As salam.

Tamak betul tajuk hari ni.tak tau nak letak tajuk ,hanya terlintas cili giling tu ,terus la nampak macam saya ni promoter utk cili giling keluaran puteri ni.obviously ni bukan sponsored post yer.verangan sangat la traffic pun berapa ketul jer takkan nuffnang nak pilih i.uhuk uhuk.


Semalam i baca blog fillanie ,sambal ikan bilis tu nampak sedap so pagi ni sebab ada lebihan nasi goreng dinner semalam,so terus hati meronta2 nak buat jugak.macam terlior-lior kenot tahan so terus zap zap buat.

Selalu i buat sambal bilis ,kuah banyak so bila bilis goreng tu mix dalam sambal ,end up jadi lembik jugak.
macam yang filla buat ni ,sambal dia pekat ,terus gaul dengan bilis goreng & makan.so dapat la krup krap rangup tu.


Sedap bila jadi pekat cenggini.best habis terus semangkuk..i guna cili puteri ni utk masak apa jua sambal.bagi i ,cili jenis ni paling best antara semua.utk yang kurang rajin macam i nak blend cili ,u might consider this brand.still kena masak la,tapi takyah lelama.sampai pecah minyak la jugak.pastu asam jawa dah ada rasa dalam tu,toksah letak bebanyak.i selalu letak  bawang banyak2 memang lagi sedap.


Pastu pengaruh la ni.i kan suka coffee.tengok tajuk blog sudah la kan.so tau la pencinta coffee ni selalu kena minum banyak air sebab kafein leh buat kita dahaga & kalau amik supplement kena jarak masa nanti rugi kafein serap abis.

So konon kalau i minum coffee kolagen ni ,tader la rasa guilty sebab minum coffee .hahaha.padahal  mcm pelik jugak yer ,boleh ke kolagen hidup dalam kafein ?


Haritu kan i ada cerita pasal advanced night repair estee lauder tu kan.dah seminggu apply ,i must say,am quite happy with the result.ni muka i semalam pas solat so no make up or filter gitu kekdahnya .abaikan serious/bored face sebab i dalam surau tetiba selfie.as u can see i ada open pores yang quite obvious ,and I notice mcm makin mengecik.nampak jerawat tetiba bawak mata tu ? 2 days earlier besaq kot,now dah kecut.i must say that ,am quite impress with the serum.or should i say,very very excited.i consider to stock up jer lagi.maybe beli botol kecik tu jugak sbb i nak tengok the resulta after sebulan .hopefully menjadik la.malas nak trial & error lagi dah.


And of course , paling penting   sebab i dah konsisten  vivix & kolagen.so result tu nampak  cepat.sebelum ni i pernah ajer try produk kaunter yang famous tapi tak nampak instant result. beautician  pun kalau buat skin analysis,dia akan advice utk kita amik supplement  & minum air masak utk cepatkan result.inner health tu mmg penting.takmau la organ  dalaman tua sebelum waktu pulak kan.

Yang nak dapatkan produk best dari shaklee ni ,as usual u can always contact me , 019 4545 482 .free consultation  lagi tau.and ada tawaran free membership jugak dengan pembelian vivix & kolagen.


Thursday, November 13, 2014

hepi yu yu ,12 nov.

As salam.

Semalam besday i yang ke 33.terbalik pun tetap 33.so redha la lagi 7 tahun dah nak 40 tahun.alhamdullilah ,masih panjang umurku & bangun pagi masih berfungsi deria anggota badan.syukur.
kalau eryna dia kata happy besday tu = hepi yu yu.

Takdek la plan apa2 pun sebab hari kerja kan.tapi tetiba asben bagitau dia apply cuti dah.so best la saya boleh g jenjalan.hari weekdays pulak senang sikit tak ramai orang.

Keluar pukul 12 mcm tu ,mula ingat nak breakfast dulu tapi dah lambat cenggitu kena la terus brunch.tapi takmau berat2 sangat la.light2 jer dulu .lepas settle semua urusan bank ,baru la ke empire damansara sebab nak makan boat noodle yang kengkonon in sekarang ni kan.


Always love the view here.cantik ,klasik camne nak cakap ntah.banyak kedai makan sini.first time dtg masa p damansara street fest kot.nanti boleh give a try cafe yang lain pulak.

masa first time nak carik mall ni dulu, cakap ngan asben empire damansara  ,dia boleh fikir nak p empire furniture gallery yang dekat bukit damansara tu.oh mai gucci.apa kes pulak aku nak p kedai perabot mahai tu.patut pelik apesal tetiba dah sampai dekat  situ pulak kahkah.pastu carik waze alahai dekat jer dgn umah.area damansara perdana jer.


Ada 4 jenis noodles.so amik sorang 1 mangkuk.rasa semua jenis.sebab tu ada 8 mangkuk kat sini .eryna dia makan dessert pandan tu jer.

Each bowl = rm1.90.rasa nya so so.letak la flakes kasik pedas.simple jer.good konsep.itu jer.nak p sana lagi tunggu la bila2.not really memanggil pun.

And bowl tu memang design dia jenis sumbing/serpih eh ? Maklum la i olls ni jenis org kg.com.kalau bucu pinggan serpih agak kepantangan di situ.haha.takder la pantang apa.aku rasa cam pelik jer makan pinggan serpih ni.


Budak yang mengamuk sampai buat orang tertoleh toleh.huhu.bawak keluar kejap sebab bising.dah dapat makan baru ok.lapar kot.huhu.


Lepas tu p curve.tmpt terbaik untuk yang ada anak kecik .sebab baby room dia cantik,so agak2 ngantuk boleh bawak nap.tak payah nak candle light dinner sangat lah.


Buat homework mickey mouse nyer.layan supaya tak cranky.pastu bawak g nap kejap supaya mood baik masa dinner nanti.


Makan kat sini jer.as usual favourite  lamb rib.yang ni kid eat for free.habis la jugak eryna makan 2 slice pizza.fries pun dia sebat.termasuk nasik yang asben pesan.tekak melayu kan ,masuk western pun nak jugak nasik.

Lepas dah dapat kek free ,g carik hadiah.tambah charm jer seketui.haritu butterfly sold out ,semalam dah restock balik terus ambik yang tu.collection baru ni Christmas ,macam tak best jer.haish dah berbulan beli tak pernah cuci lagi.dah macam karat jer nampak pandora i tu.huhu.


Ok last belanja gambar.berlengas betul keluar dari pagi .dek kerana letih semalam ,ada orang tu EL pulak hari ni..pasni nak ajak p mydin lah ,beli barang basah.weehoo i loves weekdays.selamat bekerja u olls. 


Monday, November 10, 2014

jom berkasih sayang

As salam.

Haters.Bukan i la.i bukan la glemer sampai tahap nak ada haters tu.blog pun picisan jer.ni ramdom jer la i dok tengok now kat insta ni haters makin menjadik & kita pun rasa tak best bila baca.gatal jugak la kita pun nak baca.

For me,haters ni penyakit bahaya.sebab mungkin dia nak suka2 tapi pastu ketagih .kalau tak, takkan sanggup nak create akaun semata2 nak bash orang.belum masuk ustajah jadian pun ramaiiii.haish kdg2 i rasa dorang ni dah downgrade diri sendiri.

Paling best kalau sapa follow insta chef wan baru kena.terus kena block.plus sapa kat profile takder pic pun kena block.bagus buat cenggitu at least dia takmau semakkan ig dia.belum lagi dgn online seller.seriously,promote kat insta org boleh laku eh.cos i never do that :).


Fynn ni salah sorang i tengok selalu kena hentam.tapi dia mmg cool.and siap ada fan yang support dia.bagus lah.

Actually  i nak cakap, sabtu haritu i jumpa fynn kat the strand.tengah kejar juna.i tak perasan pun mulanya.cuma i notice ada sorang budak ni tengah lari laju giller & sedaya la nak elak.rupanya juna.comey giller ok.

Juna kan anak istimewa.so i salute sangat fynn cekal hati jaga.banyak pahala oo.tu pun ramai gak nak cakap dia itu ini.eh haritu masa i tengok juna lari laju giller tu ,dia bukan pedulik orang dah.hidup dalam dunia dia.masa tu hasben fynn takder.maybe solat ke apa tak tau la.fynn siap lari mall sambil tolak stroller kejar juna.semput weh.orang ada anak mmg paham perasan tu.sebab as i know autism kid ni lain sikit.panggil pun bukan dia respond.

Tu jerlah nak cerita pun.takder motip betul entry.saja la nak galakkan semua orang spread the loves not hates.kalau semua orang berkasih sayang & tak mudah judge orang bukan ker bagus. :)


Main bubble balloon kat setia city mall

As salam .

Kesian kan budak zaman sekarang.asyik terperap kat shopping mall.lepas tu main pun dalam playground indoor.sangat tak mencabar.kalau weekend i memang malas nak bawak main indoor selain sebab mahal ( RM 30 per entry contohnya  ) ,pastu sesak ya ampun.budak kecik besar semua ada.yang budak besar tu kalau dah seronok main bukan dia nampak budak2 kecik ni.main tolak jer.kang mak kiasu ni mula la nak sound anak orang.

And sebab lagi nya ,boleh cepat merebak penyakit.ada jer parents yang terlalu bijak bawak anak2 main kat tmpt open macam tu padahal anak tu demam ke flue ke batuk ke.tak fikir boleh kena anak orang.sebab tu weekends mmg sori la nak bawak main.

So bila dapat tau kat setia city mall ni ada padang yang sangat luas & boleh main belon la ,wau la and macam2 lagi so terus la bawak eryna.kira dekat la jugak walaupun charge toll pergi balik dari kd ke sana pun dah rm6.


Suka setia city ni.cantik.tapi jauh sikit la.rumah lawa2 pulak tu.pastu mall dia pun besar jugak.ini bukan kali pertama kat sini.dah few times.minggu sebelum tu dah datang sekali hujan lebat tak dapat main.mujur la semalam cuaca elok.



Rezeki utk orang bisnes.semalam cuaca elok so laku la.belon tu ada 3 jenis.small rm2 ,medium rm4 & large rm6.yang beza tu size bila belon tu jadik ,yang macam air sabun tu tetap satu mangkuk kecik jer.


Ambik size medium.mula2 tak pandai tarik.best kena ikut arah angin baru jadik banyak.eryna berlari tak cukup kaki kejar bubbles.dah la belah tepi tu ada kolan.risau plak kang terlebih lajak.dalam kolam tu ada ikan.ada gak yang jual makanan ikan.


Ni bukan eryna ja syok.mama pun over.hahaha.boleh la bekas kecik tu takat nak buat main.2 kali beli.kali kedua beli,ambik yang jenis kecik pulak.so total damage rm6 untuk bubbles.takper lah,janji anak seronok.exercise kasik keluar peluh.asyik ber ekon jer.  


Bubbles besar.ni dah pandai sikit.haha.paling best sambil buat bubbles ni sambil lari.cantik jer bubbles.boleh buat photoshoot kawin ker ,family ker memang best ni.


Pastu p main kat playground sebelah tepi tu.lama jugak la dia main kat sini sebab banyak slides.sesuai untuk baya2 eryna tapi of course kena full supervised la.jumpa kawan sebaya seronok tegur2.



Berpeluh peluh main.rest kejap makan cornetto.best pulak new flavour ,red velvet .punya tak sabar nak main,eskrem pun tak berapa layan.nampak sangat la tahap jakun tu kan.maklum la selalu main indoor ja.hihihi.

Overall we had fun yesterday .lepas ni nak bawak lagi.best.and baru jugak perasan ada food court cantik & bersih kat sini.singgah dinner sekali sebab tak tau nak makan kat mana.cuma tak berapa best tu pekerja food court dipenuhi warga asing.tokey jer la orang kita.hmmm.


Friday, November 7, 2014

persediaan anti-aging / awet muda :D

As salam.

I ni kan jenis la tukar pakai skincare.kejap jenama tu kejap ini.rasa nya semua orang pun gitu kan.ke i sorang jer sebab tak jumpa yang serasi ke apa tak tau la.tapi i rasa sebab i jenis cepat jemu.i dah try macam2 jugak skincare ni be it yang kat kaunter ,yang local ke semua la.tapi tak pernah pun stick lelama.bila dah abis mula la dok pikiaq nak tukar jenama apa.

Tapi,supplement tak pulak i tukar brand.so far dah hampir 3 tahun i stick dengan shaklee.ok lah mcm nak promote pulak,tapi i cakap kira as a user la.sebab semua vitamin dia sangat2 bagus.so i mmg tak amik yang lain dah.


Jangan nak terperanjat sangat la tengok muka i gini.tu projek semalam i buat masker vivix.kaler merah sebab vivix tu kan dari anggur muskat.dah la sedap ,boleh pulak buat masker.i geram sebab blackhead tu nampak ,tapi takleh nak picit keluar.memang patut buang jer.nak p facial ntah bila .

2 jam letak vivix ,elok basuh ,nah semua blackhead timbul macam serah diri mintak di picit.seronok betui i.haha.giller kan.i picit easily guna alat tu pastu cuci muka.lega bangun pagi muka rasa fresh.

Oh i amik vivix ni sebab anti-oksida tinggi.repair skin dari dalam & radikal bebas.bagus untuk cegah kanser.yang penting   awet muda gitew.


Ni muka i kalau hari nak period tu.mesti naik jugak kat situ.pastu nanti hilang.itu i tak risau sangat.yang nyampah tu bila open pores la.tu la dulu gatal guna nv la,olynn la.tak serasi terus la night mare until i.

so i pun goggle la camner nak kecikkan pores  ni.lepas tu ada la kata nya umur 30 ke atas dah elok sangat guna serum.in fact before that.dulu i pernah la beli sk2 miracle essence tu.beli trial rm199 kot ada 3 benda.pun tak habis guna.



And hasil survey semua,ramai cakap estee lauder advance night repair tu sangat2 bagus.memang majoriti vote avr tu.sampai tengah malam i ngadap forum pasal nak kecikkan pores.kahkahkah.

Ok.dah terpengaruh so i beli la dekat bestbuyworld.com ni.pun i tgk dapat vote tertinggi.terus la semangat .aduh dasar betul la.i syak ni sample je.mmg boleh dapat kat kaunter.so jangan risau barang   nyer ori.so i beli yang 7 ml harga rm38.


I ingatkan  lambat lagi sampai.tetiba despatch kol cakap nak antar barang.mungkin opis dekat sini kot.sebab i order semalam settle payment semua dah 530 petang.


Kecik je botol nyer.tester punya ni.rasanya kalau guna hari2 ni seminggu abis la.so kalau menjadik boleh la beli lagi.kalau tak ku carik jer la jenis lain.krikkrikkrik.


Fungi serum.kalau tak kecik pores tu siap kau yer.ahaks.



Ok,kalau nak beli serum tu boleh la jengok website tu,tapi kalau nak beli vivix order dengan i ok.best vivix ni.awet muda lagi.rita memang pengguna setia kot .kalau tengok ig dia memang dia promote even before dia start menjual lagi.baru2 ni jer baru dia start jadi member & jual.gitu.

Ni no i 019 4545 482 . Save sekarang & kol i ke wasap ke.i dah la peramah ,baik pulak tu.tak rugi kawan dengan i.hehehehee.


Thursday, November 6, 2014

bila anak makan banyak.

As salam.

Syok nya hai bila anak makan banyak.nak nak yang kita masak.eryna ni masa baby kuat makan.badan pun bolat jer.bila dah masuk setahun lebih mula la memilih.pastu nak makan sendiri saja.tak mau suap.memang tabah jer la hari2 dia sepah makanan.yang masuk tu berapa ketui nasik jer la.


Ada la 3 kali tambah portion banyak ni.kalau kira memang banyak la.penuh sepinggan tu.sempoi ja i masak.letak sayur,telor lepas tu goreng dengan sos tiram.tumis bawang la sikit bagi ada rasa garam tak yah letak.suka la cik kak makan.kita pun happy.alhamdullilah . 


Ni semalam, as usual hari rabu bawak g main sini sebab hari rabu jer unlimited main hanya rm5.i suka sebab tempat ni bersih.dorang jaga.macam semalam masa i sampai ,adik yang jaga tu tengah dok sapu lap bagai.

Pastu weekdays budak tak ramai.sejam lebih gak eryna main sorang2 pastu baru la ada budak2 lain datang.
Puas la dia konker.tempat pulak besar  i tumpang sama melepak dalam tu.of course la kan.kalau tak sapa pulak  nak tengokkan dia yer tak :).

Tu budak tu dah jadi member dia semalam.boleh plak dia panggil 'abam' padahal sebaya tu.hihi.eryna ni memang pandai la jugak berkawan.ke hulu ke hilir berdua la depa.tu yang kena antar taska tu bagi dia berkawan.

Yang anak mat salleh tu kemain lagi siap sound budak2 kat situ tak bagi kacau house dia tu.padahal ada 2 house tu ,semua la nak berebut yang tu.pastu i bagitau eryna ,takyah la berebut .banyak lagi mainan.gitu.



And now no more i pad.i terus simpan & cakap rosak .gara-gara eryna ni kalau dah ngadap i pad tu sikit punya dekat mcm nak masuk dalam tu.i risau mata dia rosak .ao for now kami decide simpan dulu.not until errr entah la sampai bila.maybe dah masuk skool kot guna balik.itu pun kena ber syarat.so skang ni kat rumah dia tengok tv jer la.pastu lukis ,coloring gitu.

Iklan omega guard.

Bulan ni ada promosi best pulak tau.
Boleh beli omega guard samada nak beli 6 botol atau 2 botol.


Kalau beli 6 botol :
# percuma 1 botol omega
# percuma keahlian seumur hidup


Kalau beli 2 botol pulak ,dapat diskaun lagi 5%.mak aih untung memang untung sangat bulan ni.

Omega guard ni sangat bagus untuk :
# kecerdasan minda
# pembakaran lemak pantas  
# kawal kolesterol.
# baik untuk jantung  

Yang dah biasa bagi anak scott emulsion tu ,u might consider amik omega guard je.sebab nya omega adalah dari minyak ikan yang disuling.manakala scott emulsion tu dari hati ikan which khasiat nya tidak sebagus minyak ikan.ingat pilih MINYAK IKAN bukan hati ikan.

Ok ,as usual nak order boleh contact 019 4545482. Nanti i advise ok :).

Wednesday, November 5, 2014

konvo malaysia vs konvo oversea

As salam.

Bukan konvo saya tapi konvo adik.cepatnya hai masa berlalu.2 tahun lepas rasa baru ja p konvo dia now dah konvo lagi.kali ni master pulak.bagus la tengah bujang ni elok la settlekan study.jadik mcm i ni entah bila nak habiskan paper acca tu.

Semalam asben bagitau dia nak sambung   master.rajin pulak dia.i tak kisah.ikut la mana2.lagipun for me laki kalau belajar ke buat apa ke takder effect sangat.sebab yang masak ke jaga anak ke memang wife banyak buat.banyak jer masa terluang.and sebab asben rasa dia ada masa terluang la dia plan nak sambung..




Ni masa time spring adik i konvo kat uni of buffalo nyc.nama je new york tapi dah hujung  dunia nearby canada dah.bila ingat balik ralat pulak sebab tak singgah canada.padahal masa tu ayah i dah semangat nak p.ye lah nak p usa balik entah bila walaupun visa expired tahun 2022.insya allah kalau rezeki kan.i nak pergi balik niagara falls.best.

Lepas tu konvo oversea ni best.takdek protokol macam kita.tak perlu ber kior bagai macam i konvo dulu siap ada intersection  pulak.but that's the beauty la kan walaupun berlengas dari 12 tengah hari sampai petang baru settle.

Konvo adik i dulu ni sempoi habis.siap main jerit2 pulak kengkawan.dah tu cepat lak tu.siap boleh peluk canselor.kita kan protokol kena tunggu few second lepas tu jalan.lepas tu amik scroll tunggu kejap baru turun stage.kau berani ker nak peluk2 canselor tu.giler ke apa kan.dorang plak boleh peace2 posing atas stage.


Lepas tu konvo ada 2 hari.sebab tu la tudung i pun lain.hari kedua khas utk international students saja.kira 2 kali terima scroll la budak2 ni.

I ingat makan cup cake sedap giller dorang prepare.alcohol free & halal ler.dorang alert jer pasal muslim.in fact masa my sis baru masuk dulu,dia kan duduk hostel kejap.so makan kat dining pun siap ada khas section tuk halal food.


Masa ni i preggy dalam 28 weeks.tapi tak rasa penat pun sebab tengah spring kan.pakai winter coat sentiasa.bila dah kat Washington dc baru slowly panas sikit.sebab dah nak masuk summer.tapi still tak panas.i suka la buffalo ni sebab tempat dia best .tenang jer.mana tau kot eryna nanti dapat sambung oversea syok la boleh mama tumpang menyibuk. T_T.


Konvo haritu.adik i kena sesi petang.mujur la tak hujan.panas pun tak sebab dah petang.boleh la amik gambar banyak2.
Gambar atas kan tengah preggy,ni dah besar dah eryna kan :).






Eryna pulak asyik lari pusing padang jenuh kejar.orang ajak bergambaq moody teruih.
eh dah kenapa pic terbalik.kena rotate kat pc la ni.upload from fon terbalik pulak.




I suka skirt ni.beli on9 zefik collection.cantik design dia kan.


Eryna dengan sepupu.anak my bro.after 11 years kahwin baru dapat rezeki anak.hero pulak tu.so never give up.janji Allah itu pasti.


Ni kat umah lawan minum susu dengan 'awan'.ni anak my sis.eryna tak gheti panggil nama penuh ,shazwan jadik  awan.haha.penakut si awan dia.budak lagi kan.nanti kang besar sikit silap2 dia buli eryna balik.hehe.

Semalam my parents dah balik dah.so sunyi la rumah.insya allah kalau takder aral nak balik peghelih ,lama dah tak balik.last balik raya haritu kot.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...