Thursday, October 16, 2014

wood & steel kota damansara.

As salam.

Weekend selalu memang makan kat luaq.sebab weekdays dah masak , so hari minggu macam tak puas2 round shopping mall.actually mall yang sama jer pun.kalau tak ikea , ikano , ou , paradigm mall.itu kan paling dekat dengan rumah.we can lepak walaupun just nak minum coffee atau pun bawak eryna masuk book shop.she loves book so much.dalam erti kata lain , bukak laju-laju lepas tu 'mengemas'.memang stress jugak nak kontrol tapi nak tanam minat membaca tu kan dari kecik.walaupun dia banyak koyak dari baca.hahahahaha.


Kat popular paradigm mall.tu sibuk mengemas la tu.buku terpaling dia suka of cos mickey moshhhh.memang itu dia cari dulu.lepas tu mula la tak tentu hala tak tau nak sepah buku mana dulu.



Tengah pikiaq apa la buku nak ambik tu.tapi i tengok2 la dia.kang dia bukak kasar2 & koyak satu hal pulak.everytime dia amik buku baru , ajak dia baca dulu ( walaupun dia tak fokus pun haha ) , seronok ambik pastu letak balik.



Lepas paradigm , singgah wood & steel kota damansara. Shop lots depan dengan giant kd.satu baris dengan restoren ombak.the strand area.dah lama usya nak p sini.padahal tadi kat mall dah makan kat old town. Teman eryna makan tapi tumpang gak makan nasik.kihkihkih.


I kan peminat coffee.so kena la ber latte walaupun dah pukul 9 malam.kat sini takder caramel latte.ini betul nya tersilap.order 1 jer.masa memula tu hasben memula order latte pastu dia tukar cappucino.rupanya depa tak kansel latte.so bila dia antar, depa kata complimentary jer sebab dah buat.ok, i suka la 100x lain kali sila buat lagi :).



Order untuk eryna la konon.agak2 siapa abiskan.huwaaa.malam2 makan dowry deep fried. Wedges & salad jer eryna makan.yang lain , u know la sapa habiskan.

Rasa ok-ok jer.


 Salmon fettuccine hasben punya.pedas sikit.ok la not bad.just ok.


Deco kat dalam. Tak besar sangat.masa kami sampai tak ramai , pastu tetiba makin penuh sampai full house.cafe pun tak besar & deco memang kayu ler tempat lepaj nya pun.

Tetiba amy search pun ada lepak situ .kurus sesangat dia sekarang.ke memang kurus.eheh.
,

Harga nya.standard cafe2 atau restoren la kot.overall cafe ni boleh la nak santai2.kat luar pun ada kerusi gak.smoking area.since kafe ni tak besar sangat, so toksah la nak duduk lelama.kasik chance org lain pulak yer.


Licin tu sebab orang lain yang tolong habiskan. Sobs sobs.sedih makan berat la konon tapi entah bila nak insaf :(.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...