Tuesday, October 7, 2014

Tribute to office

As salam.

Dah lama nak buat entry khas utk opis tapi dok tunggu bila bila.so harini nak cerita pasal ex opis.ex la sebab now dah jadik house wife merangkap baby sitter.haha.bila tak kerja dah tak hantar eryna p bbsitter.tukar dekat2 dengan rumah sebab dah penat ulang alik ke kl dulu.alang-alang kalau masuk kerja balik carik belah sini jer.lagi bagus sebelah rumah.senang nak balik time lunch.hehehehehe.

Actually opis dah pindah ke manila.so otomatik la semua ke sana.takkan la nak p sana pulak kan.lagipun dorang ada new delegate nanti.plus i penah pegi sana & i don't think sanggup stay sana.pergi 4 hari pun rasa lama giler.jadi sekarang ni tgh jobless.nak mintak kerja balik , pergi interview ya allah malasnya.my experience  interview ni , alhamdullilah , dpt call-pergi interview-hired.so far selama 8 tahun pengalaman kerja , kira nya baru 3 kali tukar kerja and opis yang lama ni paling lama bertahan ,4 tahun.


Yang tengah tu boss lama i.yang tepi sana tu ex colleague dari jakarta.

Kalau opis tak pindah , still kat msia , mmg kerja kat situ jer.sbb best.boss best , time flexible. I mmg enjoy giller keje sana.sobs sobs.and my boss  termasuk yang lama pun sangat best.my first boss french. Muda lagi & gila-gila punya orang.bini dia from indian & anak dorang dah macam muka melayu.
Ada la few months jer kerja dengan dia lepas tu dia kena tukar.and dapat boss baru , orang german.yang ni taraf bapak2 and family person.dia selalu anggap i macam anak dia.

Selama kat sini , dapat chance travel tengok site opis.tapi kat area asia je la sebab projek kat sana.kita baru berangan kot dapat p berlin ( hq kat sana ) rupanya berangan jelah.hahaha.
First trip pergi cambodia.lama jugak dalam 8 hari macam tu.best tau siap pergi kampung tengok projek.dorang ada projek water sanitation & latrine kat sana.




Cafe yang sedap ni .hari hari makan sini pun takper.smoked salmon dengan scrambled egg lepas tu hot caramel latte.



Orang cambodia baik jer.tapi dorang macam terkagum tengok kita.padahal kita pakai baju biasa jer.sebab dorang hidup susah.rumah atap rumbia jer.tandas pun takder.anak2 tak p sekolah. Kesian tapi dorang happy.
Pastu kat phnom penh ni ada satu cafe ni sedap.orang french kawin dengan orang tempatan pastu bukak cafe situ.crossiant tu sedap sangat & caramel latte best.hari2 breakfast kat situ sebelum p opis.arghhh rindu nya cambodia.hajat hati nak p tengok sejarah pol pot tapi sebab takder geng so tak pegi.
Orang cambodia lemah lembut cakap pun slow jer.macam thailand pun ada.dorang tak shake hand kalau jumpa.just letak tangan di dada.jalan sana memang selamat.i even naik dorang punya public transport macam tut tut .tak ingat apa nama.



Masa p manila pulak i fobia pulak.dah lah masa nak depart , i punya set pencuci muka kena rampas.terlupa 100 ml kena declare.mujur pegawai kastam tu baik.i merayu so dia tolong simpankan.sebab i pergi sekejap so dia ok.tu pun kena diam2.elok landed jer terus i call pegawai tu.baik hati.

kisah nya dan masa sampai tu ahad.so ingat nak round soping mall la.pergi la sm mall kot pa namanya naik teksi.end up driver tu paksa2 i mintak duit extra. Adoi , fobia nak naik terus sanggup jalan kaki jer.pastu i tak suka manila sebab sesak semacam.entah lah.tak ngam.makan pun susah compared to cambodia.mujur pergi 4 hari jer.dah la hari last tu kena time raya haji.pilu betul haha.petang tu naik flight balik dapat feeling perantau pulak.
Tapi colleagues i baik2.kat cambodia pun.semua friendly.orang manila ni jenis panggil kita 'mem'.padahal kan kita kawan sekerja kan.dorang memang hormat la even penjual kat sana pun.yang gangster tu driver taxi jer.hehe.


Kat hanoi terus pengsan shopping kain silk yang cantik.


Kat hanoi pulak i pergi masa musim sejuk .mak aih memang sejuk sangat.dah negatif time tu.siap bawak winter jacket lagi.
Orang hanoi kecik2 tapi cili padi.dorang boleh tahan garang.ada sekali tu masa meeting dengan government ( untuk approve projek kena deal dengan govt dulu ) , tiba2 tengah elok meeting ( ada translator sebab dorang tak pandai english ) , dok cakap elok2 tiba sorang officer ni jerit2. Terkejut la we olls apehal pulak.lama la jugak dalam few minutes. Bila translate rupanya tengah diskas jer.entah kenapa macam bergaduh bunyi nya.

And my colleague yang vietnamese ni pun memang gitu. Jangan la kau tiba-tiba nak buat lawak yang tak kelakar.especially pasal kerja sebab dorang jenis take serious. Tak fun betul lah.hehehe.
Orang perempuan Vietnam ni kuat bekerja la.ni i tengok colleagues i la.dorang jenia kerja sampai ke weekend.pastu balik lambat.jalan kaki jer g kerja.tak pun naik basikal/skuter.

Ada sekali tu , colleague i ni datang opis sini, so i nak bawak dia jalan la.datang hotel bawak kelisa i tu.pastu dia punya kagum tu macam i bawak porche.haha.sebab kat vietnam, orang kaya jer beli kereta sebab dorang takder loan macam kita.kena beli cash.

Eh panjang nya entry.tulah , i happy sangat kat sini.takder diskriminasi.semua pun best.memang since awal pun i dah tau opis ni akan pindah akhirnya tapi i tetap apply and terima.masa farewell tu loser pulak nangis.hahaha.ye la sebelum ni kita farewell siap tak menyabar nak blah cepat2.


Boss i yang baju belang merah tu.masa farewell dia mintak tolong admin manager belikan hadiah sebab dia tak tau nak beli apa.comel kan.pastu kak is belikan i handbag.sebab i da request awal-awal.hihihi.


Itu lah dia .nama pun hidup kan.life must go on.sekarang ni i tengah happily lepak kat rumah jaga budak ni.carik la jugak kerja slow2.tapi kali ni memang tak nak travel jauh2.dulu ok la anak sorang.kata la lepas ni mengandung ( insya allah ) , jenuh la nak drive dengan boyot lagi, dengan eryna yang dalam keta asyik ke depan ke belakang. Kadang2 tiba-tiba dia datang loncat atas riba.memang urut dada sentiasa. 

Doakan yang terbaik untuk i ok.kalau boleh tak nak kerja dah.so far alhamdullilah , income shaklee pun ada.so tak rasa sangat la pasal duit tu.amboi , ni nak promote bisnes ke apa.hiks.tapi, betul la so far memang membantu.sebab tu kita slowly cari kerja baru tak kalut sangat.shaklee ni pun kira kerja la jugak kan.kalau nak join, u know how to contact me kan.hehehehee.

1 comment:

Ayu Firzara said...

seronoknye jalan2... ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...