Wednesday, October 15, 2014

suri rumah

As salam.

Sejak jadik suri rumah sementara ni ( which i hope forever la sebab misi memang nak work-at-home-mom ) , rasa tenang amat sebab tak payah hadap jem kat nkve tu.tapi stress tu tak sangat pun.sebab time kerja dulu flexi.boleh masuk 9 lebih lepas tu balik 5 lebih sikit.sebab opis hour mmg 9-5pm.ex boss kita jenis family person so kalau pukul 5 pm kat opis lagi nanti dia halau balik.best kan Hahah. Janji kerja siap tip top.ish..how i miss my job.sometimes mesti la rindu kan.takkan la tak pulak.

Rutin sejak duk rumah ni , asik bangun lambat jer.selalu lepas subuh , tunggu hasben p kerja lepas tu gatal jer katil tu panggil2.nak nak tengok eryna pun sedap landing. Oh dia kan , sejak tak antar rumah pengasuh , bangun lambat , tidur lambat. Adoi dah tunggang terbalik jadual we olls..kadang2 i malas nak kejut dia sebab teringat balik since baby lagi dia dah kena kejut awal lepas tu kena travel jauh2 ikut pergi pengasuh. 'Besar kot jalan' orang utara kata.so mcm nak repay balik tapi macam salah je tabiat ni.kang nanti kalau kerja balik, nak antar taska dah satu hal lak kan.


Tadi pagi bangun teringin nak makan megi goreng.ingat nak kejut budak ni teman g mamak tapi pikir kan nanti dia memain pulak masa makan , so masak kat rumah sudah.tapi tak jadik cam mamak masak.kena p jugak nanti ajak hasben p.hahaha.


Dinner pulak hari2 la masak.dulu time kerja masak jugak tapi bukan hari2.macam seminggu 3 kali ker.tapi ni dah kat umah melampau sangat la nak makan luar.save bajet ok.weekend je makan luar.
Ni semalam buat daging bakar .lauk korban haritu cicah ayaq asam.huwaa sedap dap.
Daging tu grill dalam George foreman nyer griller memang terbaik.kalah la magik pan tu.memang tak rugi beli gf tu.juicy jer.



Ayaq asam hasil perahan tangan. Kehkeh.benda simple camni jer pun makan bertambah2 kan.lepas tu buat sayuq kasik ada kuah sikit.ada la seberkas daging korban tu nanti boleh la buat daging masak kicap pulak.

Oh berbalik kepada rutin harian tu lah.lepas bangun , update bisnes kejap , pastu blog pastu gaduh kejap ngan eryna ( hahaha ) pastu kang masak simple2. Kita berdua. Selalu nasik goreng jer.kang malam baru masak best2 sikit.terbalik pulak makan nasik malam.abis nak wat camno .

Dulu2 pernah la berangan nak duduk rumah jer tak nak kerja.lepas tu berangan kalau hasben dpt kerja oversee ker boleh la ikut.haha.berangan jer lah.nasib free kan.

Seronok duduk rumah tapi kena buat something la utk dapat duit.maklum la hutang banyak nak kena settle.gaji sorang tak cukup nak tampung.alhamdullilah jugak income shaklee pun ada leh la top up sikit2.amboi ni nak promote bisnes ker.haha.tak lah , ni i cerita la.abis dah 4 bulan menganggur kot.mmg income shaklee la kita depends sekarang ni.kalau nak join dipersilakan .contact i ok :).


Semalam merayap dengan budak ni.syok tau bila masuk mall takder orang.heaven nya hai.lepak ngan kengkawan.i wish i can do this often.insya allah.my aim sekarang ni , i mesti usaha sedaya upaya supaya dapat wahm.dapat pencen awal.i tak nak kerja sampai tua.aim by 40 dah stabil untuk impian i ni.semoga impian tercapai & kena planned well.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...