LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, October 30, 2014

Pencarian taska untuk eryna

As salam.

Kat area kd ni banyak jer taska..tadika lagi,bersepah.femes tak femes semua ada.tinggal sedia duit jer la.

I tak la terdesak sangat nak antar eryna taska since i kan tak kerja sekarang.tapi bila dia makin attached sangat dengan i ,kejap nangis kejap itu ini sampai nak mandi pun susah ,i decide nak antar taska so that dia boleh berkawan.





I saspek dia jadik manja tu sebab dia nak kawan.kt rumah memang la i layan dia main masak2 ke apa ke.tapi kesian pulak tengok dia sensorang.pastu asyik sebut kawan lama dia kat pengasuh dulu.
lagipun , i plan kalau masuk kerja nanti tak la kelam kabut sangat if dah biasa taska.

Masa i survey taska i bawak dia sekali .and seperti dijangka dia memang blend habis la dengan budak2 taska tu.macam kenal lama.siap dengan cikgu2 dia ramah mesra.ajak balik merajuk.yer la kita ni datang survey jer,mana boleh lama2.


Yang pasti taska2 tu i check kat web   JKM baru i walk in.ingat berani ke nak tinggal anak  nak2 bila harini jer dah viral pasal kat taska baby kena sumbat makanan,pastu ada plak share budak tu kena kasar2 dgn cikgu & pengasuh   ikat tangan   budak.
nauzubillah sangat.i memang tak tengok   video2 tu takut trauma.sedih sangat :(.

Ok dah pasal tu,now i nak share hasil goggle untuk pilih taska/tadika :

1. Berdaftar dengan JKM.boleh check kt website .and taska berdaftar JKM ni ada bendera malaysia.
2.  Mesti lot tepi.kalau 2 tingkat mesti ada tangga   kat bahagian tepi luar utk  ciri keselamatan.

Itu bab luaran la.lepas tu kita as parent mesti tinjau habis-habisan la sebelum decide.

1. Lawat taska di waktu operasi bukan waktu cuti.so boleh la tengok aktiviti.and cikgu tu mcm mana.
2.  Tanya aktiviti harian & menu makanan.
3. Bawak anak sekali.first impression penting . Kalau anak dari awal dah tunjuk sign tak best,takkan kita nak paksa pulak kan.

Dah blank pulak nak bagi tips apa lagi.so far i dah survey 6 taska.out of them ,ada 2 yang i finalise.i tak boleh la list down nama taska tu pulak kt sini . Sebab itu hasil dari i punya   review yang pergi tengok pun sekali jer.tak nak la jadi kontroversi . 

Tapi,i  boleh cakap ,semua taska i pergi tu pun ok,cuma yang 2 ni paling ok.so i akan teruskan lagi pencarian taska selagi i masih tak kerja.paling2 tahun depan jer i hantar   dia pergi taska.


Dah besar yer anak mama ni.tak sabar nak p skool katanya.semoga taska yang mama pilih ni terbaik   untuk awak & cikgu2 semua baik.sobs sobs.tetiba teringat pengasuh  eryna yang sangat2 baik itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...