Wednesday, October 29, 2014

mydin mall best , food festival ttdi

As salam.

Kisah hari ahad haritu.gigih bangun awal semata nak p mydin mall.orang sopink kat pavi ke mid v ke ou ke.tapi kitaorg serbu mydin mall.kihkih.sebab utama nak beli barang basah lah.kat sana fresh kalau pergi pagi2 tu.selalu tu asben beli kt pasar malam jer , tapi kali ni saja cari pasal nak merayap.bukan jauh sgt pun dari kota damansara nak ke subang ni.kebetulan , mak sedara warded sebab demam lanas lat sjmc so boleh la singgah.


Beli salmon besar2 ni baru rm15.utk 3 org makan , sampai penuh kenyang. Kalau makan luar, gravy belum tentu best.kalau sedap pun harga salmon bukannya murah.masak sendiri la puas hati kan.

Ayam kat mydin pun murah dari pasar malam.rm10 sekor yang potong 12 tu nila bahagi dapat makan utk 3-4 hari.kalau pasar malam skang ni sekor rm20.sama jer size nya.


Tembikai ni setengah bijik baru rm2.95.dapat 2 jag penuh pekat.puas hati kot.dah la manis tak yah letak gula.

Lepas ni nak p mydin jer.tapi tulah orang ramai kena bertahan la.huhu.kalau anak sorang ok lagi la nak kejar2.tapi sama jer pun kalau p giant ke big aeon kt sini pun.
Hidup dok bandar kan.mak kata duk kampung hari2 p pasar fresh jer.abis tu nak wat camno kan.


Grill salmon.buat gravy white sos.best.gravy buat extra so siram sampai penuh.sayur semua fresh. Tinggal lagi rajin ke tak nak masak jer.



Lepas p mydin, singgah sjmc visit mak sedara pastu decide nak singgah food festival kat ttdi ni.mula nya nak pergi sabtu tapi sebab hujan tak jadi.

Sempat balik rumah simpan segala haiwan2 tu dulu pastu baru ke sana.memula renyai pastu tengok dah tak hujan ok la jom kita ke sana.

Parking kat luar sebab penuh.sekali jauh jugak la menapak.huhuhu.


Dari jauh dah nampak khemah.tapi alahai banyak ni jer.pastu sebab hujan kan , lecak sikit la.banyak jual benda yang sama.western la paling banyak of cos sebab mudah kot.ada cakes , aiskrim , pisang cheese , nachos & lelain.


Beli ni dalam 5 ketol jer harga rm6.ok nasib sedap.kita support jer la kan org muda menjual.rata2 memang budak muda juai.gen Y ni.i dah masuk kategori 30 an gen lain kot.ehehehe.


Pulut ayam ni rm7.ok jugak goreng panas2.eryna suka pulut.half ni dia makan.half lagi asben makan.i makan sesudu jer.

Pastu beli borito.sedap.rm10.tak tau la dia jual kat mana tak ambik business card.yg pasti dia jual atas lori kecik tu.sedap siap nak beli lagi tapi sebab hujan tak jadi.


Masa ni tak hujan.sekali rintik2 terus lari ke pondok rehat tu.huhu.eryna baru nak main kat situ.dah bayar rm10 nak main tak sempat buat apa dah hujan lebat. Kira mcm sedekah la pulak. Ingat nak pergi ambil balik duit tapi ntah org tu pun dah pergi mana.rugi.baik beli borito jer tadi.tsktsk.

Lama jugak kami stranded kat sana.sampai maghrib sekali kat surau situ.lepas tu balik bila hujan makin renyai.overall tak best la sebab takleh nak enjoy.


1 comment:

El Janna said...

ala.. comelnyaaa.. btw mcm sedap je salmon grill tu^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...