LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Thursday, October 9, 2014

Burgerbytes damansara perdana

As salam.

Haritu singgah makan burgerbytes kat damansara perdana.alah , yang zizang punya tu.haritu dah masuk jjcm.since dekat dengan rumah apa salah nya mencuba. 

Masa tu weekend , balik dari ikea terus singgah sana.padahal dah makan meatball sorang 5 ketui kat sana.ish buruk lantak betul.sebab dari siang asben asyik sebut nak p sana.ada sekali haritu dah lalu depan kedai tapi tak singgah sebab dah kenyang sangat2.so kali ni kita p jer la kang kempunan pulak.

Time ni ramai orang balik kg sebab raya haji so kedai pun tak crowded. Waktu lalu haritu macam ramai la jugak, full house la.lega lak banyak seat kosong. Hehhehehe.


Menu simple jer.tu pun berebut bergaduh dulu dengan eryna.dia kan sama sibuk nak tengok menu.ada size and jenis2 burger boleh tengok kat menu.
Ada side orders gak and also sapa nak makan daging jer tak nak roti pun boleh.


Order kat kaunter. Nanti dorang serve kat meja.deco simple jer.ala-ala romantik pun ada jugak sebab lampu malap.tapi meja kami tak romantik la , nak terbalik ada la sebab eryna mula mengganas.sebab dia dah kenyang makan kat ikea tadi.so dia mula nak melawat kawasan.



Kejap nak duduk atas kerusi , kejap nak duduk dalam baby chair. Adus semput mak enon.ni baru sorang.siap dia tahun depan bagi adik.hahahaha.



Food presentation simple je macam ni.i order lamb burger.asben amik chicken.rasa nya ok .nothing extravaganza pun.just like biasa.patty tu just nice. Ada cheese , vege.fries pun bukan home made.as simple as that.size pun normal.memula nak share last2 habis jer sorang seketui. Hehehehe.

Kalau korang ada nearby boleh la singgah.tapi kalau dok jejauh semata nak makan ni tak worth la kot.lagipun banyak ja kedai burger yang ada la ni kan.dah macam cendawan tumbuh lepaa hujan la orang kata.overall nora bagi 3 bintang. 

Location , korang boleh waze jer burgerbytes tu.sungguh tak membantu eh.ok la, kedai ni shoplots dekat dengan 99 speedmart.ke tak membantu jugak.kihkih.yang pasti depan dia tu ada cafe besar 'friendster' ke apa ntah.

1 comment:

LINA EVERLYNN said...

sedap plak yerr tgk nie :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...