Friday, September 5, 2014

Kemas rumah

As salam.

Perkara paling tak rajin kemas rumah.walaupun rumah apartment kecik jer pun malas.apa nak jadik.sebab kalau dah start kemas ,rasa nak vakum ,sental semua tempat.selalunya memang tak boleh settle in one day.mesti macam sempat vakum jer.mop tertangguh.pastu tingkap dah lamaaa tak cuci.rasa haritu first masa upah bibik on wheels iaitu setahun lepas.hahahaha.

Pastu rasa cam melekit je dapor lama tak mop.sapu tu boleh la sesambil sidai kain.sebab dapur basah ni sekali dengan tempat dobi.yard depa buat besar.kalau sapa yang just buat satu jenis dapur jer ,yard ni leh buat stor.tapi,sebab masa beli haritu ,owner lama dah buat dry kitchen complete kat belah sana, so no choice terpaksa la ada 2 dapur.sayang plak nak pecahkan dapur lama tu sebab kemas & dia kata kos dia buat dalam 5k .tapi, now rasa hmmm..kalau wat store kan bagus tak lah bilik no 3 tu jadik stor.lepas ni bilik ke 3 tu nak buat bilik solat jer.sebab ada space lagi tu.katil eryna la menyemak,last-last dia tak nak pakai pun baby cot tu.tunggu adik dia la pulak guna T_T.




Nilah wet kitchen i olls.ok lah boleh muat nak masak.tapi ada limit 3 orang jer sekali masuk nanti pitam pulak.dari haritu nak beli kipas dinding tu ntah bila asik luper jer.ni dah tengok gambar baru teringat nak beli.+_+.

So,bila rumah jenis gini ,kena la pasang tempat penyidai tu.beli yang besi tahan lasak tu ,terus drill.so,nak sidai kain kena panjat sikit la,beli kerusi kecik kat ikea tu.penyidai tu beli kat houz depot dlm RM 150 kot.kuat tu,leh tampung sampai 50 kg ke lebih.

Sebelah mesin basuh tu ,beli konon boleh letak makanan lepas masak,tapi dah macam2 semua letak situ.hish.tak organise ni.pastu yang rak kecik coklat tu ,guna jer apa apa dulu.hajat hati nak beli kat ikea harga RM99 jer,ala yang jenis rak kayu 3 tingkat tu.asik sold out .aku syak kedai kek la banyak beli ni buat display sebab tengok kat kedai kek mana ntah banyak giller dia beli rak kayu tu buat display kek & kuih.




View belah sini pulak.semak nyer hai.ni baru lepas mop nampak tak kilat di situ.kehkeh.tingkap tu takder asalnya , kita tutup sebab nanti nampak jiran seberang jalan.suruh kontraktor yang buat wet kitchen tu buat kan sekali.

Rak kabinet ni pun ,kalau ikut ai takmo buat tutup sampai atas, mcm nak buat just mana perlu ,especially bahagian bawah tu sebab nak tutup dapur jer,tapi ntah cemana buat jugak full.last last belah atas tu tak guna pun.so banyak jugak ruang kosong kat atas tu.tak koser nak panjat letak amik barang.

Periuk belanga semua humban letak dalam almari bawah.mmg cukup ruang sebab rak tu luas gak.mintak dorang letak aksesori jenis stainless steel tu siap-siap,
Ada pintu nak masuk sini.ada orang yang tanggalkan pintu tu ,so terus access.tapi aku tak mau sebab itu nama nya memudahkan eryna free access ke dapur.haritu dia pergi amik segala rempah ,main tin sardin semua pastu campak dalam tong sampah.ada tu dia campak dalam baldi biru tu.punya la cari mana la rempah kari haritu macam beli banyak.nak sidai kain baru nampak.tau la sapa culprit nya pun.dia memang suka main penyangkut baju tu pantang terlepas masuk.kadang-kadang saja bagi chance dia hulur penyangkut kain time sidai kain tu.happy sangat dia kalah tengok upin ipin.



Dapur kering.nampak pintu tu.menuju ke yard sebelah sana.so,ada orang dia buat satu jer dapur.muat jer pun.tapi ada pro & cons gak,kalu sini wet kitchen mmg bertabah gak nak masak.sebab takder pintu kan.unless buat pintu kat tepi tu tapi macam tak kena sebab depan tu pintu masuk.
And lagi satu tak la bau makanan sebab dapur sebelah sana.so masak pun belah sana je bau.kira nya kalau basuh baju kena angkat la sebelum masuk.sebab tu ai selalu sidai baju after masak, by esok dah kering sebab area situ mmg serap haba ke apa kain cepat betui kering.
Masak pun ala-ala sauna u olls takder kipas.hahahahaha.

Coffee table tu kami upah asing.nak kasik sama kaler dengan dapur kering.dalam tu campak la segala barang drills ,barang yang tak guna lagi,tisu segala.kira stok barang kering la.kerusi tinggi hitam tu beli kat home depot RM 99 kot sebijik ke RM 150 ntah tak ingat.jarang-jarang jugak duduk sini sebab eryna nak join ,dia dah tak nak duduk atas baby chair tu.
Yang kat tengah2 merintang jalan tu stroller eryna ,haha dah malas nak bawak sebab dia takmo duduk dah .tu sebelum simpan kat stor.

Nak senang ,kami lepak makan kat meja makan sana jer.lagi senang.so far coffee table ni jadik tempat letak makanan.ish sakit mata.nanti ingat nak beli rak & nak gantung kat tepi-tepi tu.letak pasu ke bunga ke nampak seri sikit.pun sama tak tau bila nak buat.hahaha.

Eh,tadi nak cerita pasal kemas rumah ni cerita pasal dapur pulak.tu jer la nak cakap.kemas dapur kecik ni pun makan setengah hari sebab sapu ,mop pastu rearrange balik.ni sebelum kemas, lepas kemas tak daya nak amik gambar dah.penat kata nya.hehehehe.


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...