Friday, September 19, 2014

Jumpa ct nurhalija

As salam.

Tajuk tak nak kalah kan.nak kena highlite ct tu pulak.tapi,memang hati berbunga sangat dapat jumpa ct depan-depan.alah,bukan tak pernah nampak masa dia buat roadshow simpli ct tu ka kat mall.tapi,sebab kali ni kita dapat ambik gambar banyak2 jadi nak show off sikit la :D.

Weekend haritu, adik bertunang.so,lepas majlis dia, kami ramai2 gerak ke bangi.majlis kawin sedara.buat kat dewan ukm bangi.since masa majlis tunang tu dah makan banyak + kenyang ,so kami lewat sikit la p kenduri belah sana tu.kami tu terdiri daripada mak ,ayah, kakak,abang ,adik ,paksu maksu ,sepupu sepapat.mmg ramai la.dah kata kenduri sedara kan.so,semua dijemput la.

Masa sampai tu, orang ramai sangat-sangat-sangat.tapi flow makanan sangat bagus sebab station banyakkk.so,tak payah queue lama.cuma nak kena cari tempat duduk.kami kena separate sebab kaum kerabat ramai sangat.


Dapat buku ruqyah asas perubatan islam & souvenir .dalam tu ada agar kering.cantik bekas tu so boleh buat letak kerongsang ke.owh air tu bukan air berubat ke apa tau, ayaq mineral je tu.cuma label dengan darussyifa.

Lepas dah kenyang makan,amik gambar seround dua ,ingat nak balik la.sebab orang makin lama makin ramai.tak tau la berapa ribu dijemput.banyak la jugak nampak vipsss.pastu ,teringin nak makan cucuq pisang & teh tarik ,masa duduk tu ,tetiba terdetik ( ceh, poyo je ayat ). eh ,ct tak mai ka,datuk k kan baik dengan pak lang haron ( kami panggil ustaz haron sebagai pak lang .ustaz haron ni sepupu ayah ).
Tetiba ,asben cakap "tu ,ct kat belakang ,tudung hitam".masa tu mmg la tak percaya sebab muka dia selamba ja macam tipu-tipu.pastu mak cakap, 'eh ,betul la tu ct'.

Terus pusing ,tengok ha ah la ct,masa tu dorang stop betul2 kat tengah lane dekat ngan meja kitaorg.apa lagi,terus la fanatik berlari.ish ,tak malu sungguh kan.kehkehkeh.eryna siap jatuh2 kejar mama dia yang over,
Pastu ,kazen ajak pergi meja ct amik gambar.rupanya kakak ku lagi laju,depa dah siap posing kemain lagi dengan ct,huwaa..tak leh jadi.so, kita suruh hasben jaga eryna ,sebab nak posing banyak. :D.


Yeay.dapat jugak.ramai gak kat meja dia masa ni.semua dah kerumun.tapi ct sporting jer.time ni ada kakak tu tolong amikkan .memula kita amikkan pic dia,lepas tu wajib la dia tolong kita pulak.tapi, tulah dah kemana-mana mata ct tu tak fokus.

Putih melepak kan ct.macam doll huwaa.berlemoih sangat muka i olls masa ni.yerlah dari pagi dah keluar rumah,mekap pun dah cair ,time ni dah melekit.amboi,tak nak kalah tau :).



Ini kita dah elok tengok ,dia pandang belah lain pulak.datuk k senyum simpul jer.
Pastu yang jaga meja tu dah cakap bagi ct makan.ok lah kak ct, makan dulu yer,satgi kami mai lagi amik gambaq ok .kehkehkeh.

Ct ada gak nyanyi ,tapi asma ul-husna la.tak habis pun ,sebab dia nak p tempat lain pulak.ada amik video dia ,tapi bising dengan suara orang jer,yang pasti sedap sungguh suara ct.
Time dia nak balik ,sempat lagi selfie dengan ct.dia ok la,cuma tak la cakap banyak.agaknya pening ramai sangat kerumun.dengan datuk k sekali dah ketinggalan kat belakang.
Eh, baju dia pun lawa tau.pastu boleh tahan jugak tinggi dia.ke pakai heels berapa inci tak tau la tapi kita suka sebab dia mmg lawaaaa..minat since dia juara HMI lagi.



Ok,dah la dengan ct tu.ni family kami dengan pak teh hassan .adik kepada ustaz haron.dorang ni ramai adik beradik ,tak silap 11 beradik kot.ada la jumpa dengan yang lain tapi ambik gambar ikut sempat jer.sibuk nak kejar ct lettew.


Ni abang punya pic kita cilok.tengok akak aku tu sibuk dengan anak dia bergambar dengan ct.muka dah berlengas.hahahha.sian si shazwan ,tengok tu nasib dia tak siku jer ct tu.
Oh ,btw yang atas tu gambar ayah dengan pak lang.dalam ramai beradik tu ,ayah paling rapat dengan pak lang haron sebab depa pernah sebilik dulu masa belajar kat kolej islam klang.

Lepas tu, masa ayah sambung studi kat ukm ,mak kata pak lang haron yang tolong dapatkan bilik.masa tu pak lang still pensyarah biasa lagi.belum masuk tv lagi.so selalu la depa tidur kat bangi sana.


Time ni masa pregnant eryna.kenduri rumah paksu.sempat gak amik lagi gambar.hehehehe.
Oh,btw majlis tu adalah majlis kahwin anak pak lang yang bongsu.


2 comments:

wa said...

Amboi seronoknya...jumpa ct ..bukan senang nak jumpa dia kan ..

FadlinaMokhtar said...

Hehe dia mmg best.humble pulak tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...