Wednesday, September 24, 2014

Bila anak demam dan peluang membeli sambil beramal.

As salam.

Setelah 6 bulan ,hari ahad aritu cik kak kita demam.eh cik kak tu eryna ler.owh tu tak la bermaksu title dia dah naik jadik kakak.buat masa skang ni is belum.tungguuu.kikikiki....
Actually,demam ni berjangkit dari abah nya.ni pun jangkit dari tok wan.tu dia.berselang-selang kan.haritu masa ayah mai sini masa adik tunang tu ,dia demam.elok ja depa balik hari rabu ,tiba-tiba hari khamis asben bagitau kata macam nak demam.memang konfirm la ,sampai 40 c temp terus mc 2 hari.kiranya khamis,jumaat sambung sampai sabtu ahad.


Ahad tu asben dah ok,kita demand nak caramel latte.skang ni suka la lepak kat the strand mall ni.tempat baru ,orang tak ramai.pastu mengopi kat dr cafe.masa ni eryna macam dah dedar2sikit badan dia.tapi petang tu macam dah turun sikit so bawak dia keluar.sebab fikir dah 4 hari kami terperuk dalam rumah.agak nya virus tu pun dah berlegar-legar.huhuhu.



Untuk orang demam.buat bubur ala-ala sup utara.sedap ja orang demam makan :)





Seperti dijangka ,malam isnin dah panas suhu sampai 39.6-39.8 gitu.tapi dia tetap makan nasik sikit ,tetap susu botol ,bfeed jangan cakap la,melekap jer.sampai kita sendiri leh rasa panas tu.sian pulak tengok terlepek jer.selalu tu aktif ya allah.time ni lah kan baru nak cakap,cepat la sihat, aktif tunggang langgang pun takpa.cer kalau dia sihat tu ,kemain kita suruh dia duduk diam satu saat.ish ish...



Malam tu ,kita saja try buat cara tradisional pulak.bakar bawang putih ,pastu letak minyak zaitun.pastu boleh plak rasa sedap betui bau garlic ni bila dah bakar.hahaha.
senang ja garlic socks ni,terus sapu kat tapak kaki, kita terus letak seketui bawang tu pastu pakaikan stokin.motif ? untuk kasik cepat batuk hilang & tak selesema.


Jumpa doktor hari kedua.ni pun membuas jugak kat klinik.suka hati la nak oiii.janji sihat kalau tak mama susah hati tau.
Alhamdulillah, hari ketiga ,semalam dah tak demam.berpeluh-peluh dah.sign paling nyata dah melompat sakan dah. :).



Pastu tadi ,kuar jap bawak p main kat big aeon.ada gym budak2 ni kasik dia happy.puas main nak dekat sejam pastu dia nak balik.mengantuk la tu.
sempat la intai nak beli bunga kantan,sekali tengok harga RM 3 untuk sekeping bunga yang nipis terus tak jadik beli.letak balik.hahaha.

Singgah beli kat mini market jer.ni pun kecik cam batang pensil ,RM 2.pastu beli petai ,dah siap kupas harga RM4.90 sebab teringin + ada udang banyak lagi dalam fridge.malam ni ingat nak masak sambal udang petai & asam pedas ikan kembung.dua tu jer sudah.

Owh,lepas ni kita nak bagi eryna konsisten meal shakes 1 sudu sehari sebab dia dah mula memilih makanan dah.risau la sebab kita masak best-best dia buat main2 jer kan.lepas tu suka makan nasi kosong dengan sup.sayur tu dia suka jugak makan.tapi banyak main2 jer lah.as a mom ,risau la sebab kita pun tak nak nutrisi yang dia perlu utk budak baya dia tapi dia tak dapat.

Tau tak,dekat usa ,meal shakes ni di jadikan 'fast food' untuk kanak-kanak dalam usaha memerangi obesiti & nak ubah tabiat pemakanan yang tidak elok kat sana.kita pulak, lebih suka bagi anak junk food which is not good.so,apa kata mommies semua consider meal shakes sebagai makanan tambahan anak-anak.cukup lengkap nutrisi yang mereka perlukan.
Selain meal shakes ,eryna pun ambik vit c chewable.alhamdulillah, kalau demam pun cepat sembuh.



Dan,apa yang lagi spesel ,setiap pembelian 3 canister ,selain percuma 1 canister ,sebanyak 10% dari belian set ini, akan disalurkan ke rumah kebajikan di bawah MyKasih Foundation.kira nya membeli sambil beramal la ni.

Ok,kalau nak cuba 1 canister pun boleh, nak beli 1 set ajak kawan-kawan share pun boleh.
Just let me know k , full consultation provided .save this no 019 4545 482.

2 comments:

eynda said...

Susah hati kan kalau anak tak sihat...

FadlinaMokhtar said...

Betul tu kak eynda.huhu

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...