LAZADA SALE PLEASE CLICK AT THE IMAGE TO THE WEBSITE

Monday, August 11, 2014

Sambut birthday lagi & trauma seminit :(

As salam.

Last sambut besday eryna.so,malam tu kami decided makan kat the curve.sebab nya hasben nak beli baju raya.sabar je la.actually,dia dah beli haritu, tapi sebab dia suka giller baju tu so nak beli lagi kaler lain.tempat lain macam jauh ,so nasib kat the curve ada columbia ,so p la situ.besday eryna tapi mak bapak yang sibuk lebih.kehkeh.

Mujur la ada sales lagi ,so dari nak beli selai ,alang2 sales, rembat 2 terus.haritu beli kaler hijau, ni beli kaler merah & turqoise.pilihan kaler mesti la dari yours truly :).
So,dah abis beli ,jom la cari kedai.dah lapiaq kot.kat the curve ni kedai banyak ,pilih jer la mana berkenan.nak masuk marche macam tak best jer.dah 2 kali makan sini, tempat tu best la, tapi food wise biasa jer.dah la tu ,boleh tahan mahai.

Pilih punya pilih ,mula nak makan sushi,tapi baru haritu few days before balik raya ,dah buka puasa kat sushi zanmai ou.so,nak yang lain pulak.
last2 ajak masuk Tony Romas jer.sebab dah lama tak masuk.hasben malas nak masuk sebab haritu makan kat sana ,dia kata tak kena tekak dia.yer lah,masa tu dia order steak kot.specialty kat situ kan ribs/lamb.eh,tapi steak dia pun sedap apa.
Hasben kata chillis lagi best.tapi ku paksa jugak masuk tony romas.fish manhattan takmo sebab muak.huhuhu.


Besday gurl dah siap beraksi.dia ni memang payah betul nak ajak amik gambar.
Semua la gambar ada je la slack.ni dia tengah ralit menconteng.jenuh jugak tu pinjam pen sebab dia takmo duduk.sibuk nak explore restoren..+_+.



Order set ni.sedap..huwaaa.dah la tengah posa ni.sambil type sambil nangisss....
Sesuai untuk 2 orang.lamb rack sorang seketui ,pastu steak seketui.tu pun dah kenyang sebab portion besar.tu ada tangan demok sibuk nak 'acik..acik.'..nasi tu add on 2 mangkuk.
Seiously bila tengok bill, makan kat sini lagi murah dari chillis betulnya.air warm water depa bagi free ja.pastu ada free roti.hahahahha.dasar sangat.eh lagi,dapat kek free kalau besday.save duit dessert..mihmihmih.


Tengok tu apa la dia bebel ntah la.yang penting mama menten posing.


Amboi..nampak cam eryna tengah cium mama kan.yang hado betuinya.dia tengah cakap apa ntah ,kebetulan hasben snap.kehkeh..eryna ni sanggup cium bersungguh sungguh time dia nak susu ja.time tu suruh la apa pun ,sanggup jer dia.time tu syok buli dia.semua orang dia sanggup p cium.
Tapi,paling touching tu,time dia cakap " sayang mama" sambil cium peluk tak nak lepas.huwaaa memang so sweet..itu time dia tiba tiba nak express sayang la tu.pastu malu.hahahaha.


Brownies free ,macam biasa nyanyi2 dulu.eryna confuse nyanyi kat sapa ni.kebetulan ada satu meja tu sambut besday gak.so depa datang bagi kek jugak.ye lah lebih nak bawak balik macam leceh kot,so depa bagi kat kami.ada 2 potong kek la malam tu.rejekiiiii....rasa nak muntah laks overload malam tu.




Hadiah untuk besday gal.kitchen set.syok la tu.sakan dia memasak macam nak runtuh dapoq tu.saba jer la.skang ni bangun tido ,selain mengigau i pad & mosh ( mickey mouse ) ,bangun tido jer terus ...'mama ,jom ashak (masak )..holloh..cute je tau.nanti besar rajin rajin masak ok.mama nak order ja.


Hmm..nak cerita sikit ,semalam kami bukak puasa kat ikea.kan ahad ,tau la ramai orang kan.lepas kemas rumah ,rasa malas nak masak.hasben plak nak gunting rambut kat ikano tu.eh ,weekend pun kat area situ kan.buat camno,paling dekat dengan rumah..:)
Ok,sambung..lepas tu ,kami separate.bawak eryna main kat ikea.dia kan jenis takmau orang pegang dia.jenuh la paksa pegang tangan.suka suka hati dia ja lari lari.selalu tu memang under kontrol lagi la.so, time tu dah 7 lebih,pergi food court la nak chop tempat.

Eryna time tu jalan belakang sikit,puas panggil dia suruh ke depan.dia biasa la eksyen tak nak pegang.aku ni jalan pandang depan,pandang belakang.takut langgar orang.sekali aku toleh belakang eryna takder.Allah !!! berderau weh.aku terus gelabah.masa tu terus blank.nampak orang ramai tapi macam takder suara.
Aku terus pusing ke belakang tengok kot dia ke lift/eskalator.kat situ kan ada nak turun ke bawah.risau la sebab dia memang suka sangat kalau nampak eskalator.tengok takder.aku terus jalan still takder,Allah jer tau apa perasaan masa tu.blank terus.
Aku terus doa doa doa.Allah ,jauhkan dari orang yang jahat.aku tak leh fikir dah.aku panggil nama dia tapi ya lah,time tu semua orang busy hal masing2.

Tiba tiba aku macam dapat seru toleh kanan ,aku nampak macam orang tengah ramai.aku tak tau kenapa gerak hati nak ke situ.aku jalan ,alhamdulillah ,dari jauh nampak eryna tengah nangis sambil panggil "mama..abah"...hibanya hati aku.terus grab dia & peluk.,dapat rasa badan dia gigil.
Time tu ,orang ramai tu dok tengok dia nangis,depa tak pegang dia.eryna pulak mmg jenis tak suka orang pegang dia.so ada baik jugak sebab dia terus menangis & menjerit jer.at least dia tak layan orang nak dokong ke apa.

Dapat rasa badan dia gigil,aku terus baca ayat kursi hembus.pastu dia ok dah cuma dia macam takut ,dia tak nak duduk kerusi.aku terus la cakap banyak kali.lain kali dengar cakap mama ok.tapi sebak.huhuhuhu.dia macam paham terus nak dokong jer.
Tapi,balik tu dah abah dia ada,kemain main lari lari jugak.,tapi nampak la dia cam trauma sikit.agaknya takut terlepas dari kami lagi.hmm macam2 lah kan.

Apa pun,aku bersyukur sangat & lesson learnt to me.lepas ni ,dia nak ke,tak nak ke pegang tangan ,aku kena paksa jugak.tak leh biar dah.seminit yang sangat menakutkan.balik rumah,terus sujud syukur.terima kasih Allah kerana eryna masih bersama kami.semoga kau pinjamkan dia lama kepada kami....




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...