Thursday, August 14, 2014

Open house

As salam.

Last week dapat few invitations untuk open house.tapi,tak dapat nak attend semua sebab tempat tak sehala.since ada dua jemputan dari bangi ,maka nya bangi lah menang.
Pukul 12 baru gerak dari rumah ,kat nkve boleh tahan la slow traffic.waktu balik raya haritu jalan tak jem ,tiba tiba hari open house pulak jem.sangat tak kelakar.

By the way,rumah pertama tak tau seksyen berapa.ni rumah kawan hasben.sampai ja,tuan rumah takdak ,keluar kejap beli apa ntah.so ,kami makan je la dulu.nasib adik dia ada ,mana tau kot salah rumah,kau sibuk jer sedap kenyang perut.
Menu nya nasi arab, ayam panggang ,sate & ada la dessert2 gitu.nasi arab tu sedap.siap tambah 2 kali.padahal lepas ni ada lagi tempat nak p.boleh plak tambah T__T.


Ini budak sailor moon kan,tak mau makan.ada la 3 ketul nasi impit dia makan, lepas tu dia mula la jalan sana sini.laman dia besar jugak,lepas tu ada pokok rambutan.banyak daun kering tu dia asik kutip buat main.lama lama biarkan jer.yang penting dia tak p jauh pun.sebab tu makan bertambah tambah tu.kehkeh..

Pastu,dah jumpa kawan tu, balik lah.solat kat masjid seksyen 8 dulu.asal p bangi mesti solat masjid ni.dari dulu pun gitu.gilir gilir la solat kan.sebab payah lah nanti eryna ikut sampai tempat wuduk takut jatuh.risau jugak kadang tu dia kan suka lari lari.memang la tak jauh dari kita tapi kang tak khusyuk solat satu hal pulak asyik fikirkan dia.
Ada sekali tu kat masjid,ada geng student ni konon nak jaga dia la waktu aku solat,tapi memang nan hado la.eryna ni bukan nak orang pegang.sudahnya dia main jerit jerit pulak.bingit.baik duduk diam2 dalam kereta.



Rumah kedua ,dato samuri sate kajang.actually, bukan open house dato buat,ni anak dia buat.kazen aku kahwin dengan anak dato yang bongsu 2 tahun lepas kot.
Best tau rumah dato ni sebab anak2 semua duduk sebelah menyebelah.kalau tak silap ,setiap rumah ada access satu sama lain.memang besar la tanah dia.
Rumah dato ni,situ la tempat asrama pekerja, situ jugak opis, situ jugak rumah sedara mara.imagine besar tak besar.and sangat tenang.



Belanja gambar raya sekeping.baju beli dari fabolous hijab.gigih malam sebelum balik raya p padang jawa beli baju raya.kehkeh.pukul 10 malam dok sibuk test baju.nasib ada yang muat.
Ada belt kat pinggang tapi sebab macam longgar sikit ( eceh ,sikit je la... ) ,so tak guna pun.

Yang belakang tu rumah kazen aku duduk dengan wife dia.best tau.naik tangga tu pastu ada balkoni facing pool.dah la dapur dia cantik..huwaaa berkenan tengok...


Ini kejadian eryna beraksi nak terjun kolam.saba je la tau.dia ni memang takleh nampak air.lajuuu jer.dah la tu ,ingat dia pandalela ke apa main terjun je.ni hasben tengah ralit amik gambar.tengok aku kat hujung sinun tengah jerit tu.sebab eryna boleh plak minum air kolam tu.
Ok,dah dah jom balik.tak puas round rumah.




Singgah One City mall usj.saja nak lepak skypark.cantik jugak tempat ni.ingat nak tunggu sunset, tapi tengok gaya swimming cik kak tu ,ok lah tak payah lah yer.dah salin baju kot ,boleh pulak dia baring kat situ.
Itu kan glass floor.kiranya orang bawah tu nampak kita kat siling.eh, paham ke ??? sebelum tu ada few remajas la dok sibuk selfie gaya baring atas ni ,tu yang eryna tiru tu.huhuhuhu.



View dari roof top.makin berkembang usj ni.eh ni dah dekat ngan putra heights dah ni.dulu dulu takder menda sangat pun.selalu la datang area sini sebab ada pak sedara kat sini.

Ok,last pic.suka la baju ni nampak la efek kecut sikit.sikitttt je la.kasik la chance.-___-.
Eryna dah seksi dah tu ,elok la balik.sebelum dia terjun kolam kat belakang tu.


Lasttt..singgah The Strand pulak.berkopi di sini.oh ya, scones tu sedap nya.best.caramel latte dia ok lah.saja tak singgah setabak.now ada byk options, cuba dr cafe pun not bad.

Till then,another open house is waiting...alhamdulillah ,hari ni puasa enam settle.first time buat puasa enam in my life ever.teruk kan.huhu.selama ni ,memang tak pernah nak buat.rugi sangat lepaskan so many benefit & nikmat.takper lah,what is pass..let it goooo..let it goooo..semoga aku akan jadi lebih baik day by day.

Oh ya,promote sikit,bulan ini shaklee promosi GLA ,beli 6 percuma 1.
Yang belum daftar keahlian ,meh la join group saya.best sangat tau.
Nak join member biasa boleh ,nak bisnes lagi la dialu alukan.
Sila lah baca blog shaklee saya di sini , shaklee blog.
Yang nak jana pendapatan pulak, bulan ni memang the right time ,so lets do it NOW ok.




No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...